Wednesday, 31 December 2014
Azam 2015
Baiklah, berikut azam saya :
1) mahu jadi ummi pada zuriat sendiri
2) mahu rasa pengalaman mengandung dan lahirkan zuriat sendiri untuk suami
3) mahu ada babyyyyy 2015.....insyaallah....
Positif2.....ada 12 bulan dalam tahun 2015 ...lama lagi tu....moga2 azam 2015 ni dimakbulkan Allah....Aaminnnnn (erkkk...maaf yer...sebab saya seorang TTC tegar, maka segala azam mestilah berkait dengan soal TTC...hihi) Azam lain ada je semat dihati....
Jadi,mari kita tutup tirai 2014 dengan sama-sama berdoa :
" Ya Allah, berikanlah peluang kepada diriku serta IEDA, tuan empunya blog ini untuk merasai nikmat mengandung serta melahirkan zuriat sendiri untuk suami. Kasihanilah kami, janganlah Engkau tinggalkan kami dimuka bumi ini tanpa sebarang zuriat untuk mewarisi keturunan kami, Rahmatilah kami Ya Allah. Berikanlah kejayaan atas segala usaha dan ikhtiar yang kami lakukan untuk mendapat zuriat kami sendiri Ya Allah...sesungguhnya, hanya Engkaulah sahaja tempat kami meminta pertolongan dan perlindungan. Maka kabulkanlah doa-doa kami ini Ya Allah...Aaamiiinnn....Ya Rabbal Aalamin...."
Saturday, 6 December 2014
Hepi Besdey to me ;)
Semalam 6/12 adalah besdey saya yang ke 33 tahun. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya untuk terus bernafas dibuminya. Allah juga menganugerahkan rezeki dan kesihatan yang baik pada saya serta memberikan kehidupan yang bahagia pada saya untuk terus hidup disamping suami dan keluarga tersayang. Segala puji bagi mu ya Allah dan tiada ucapan yang terindah yang boleh diungkapkan selain daripada ungkapan. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Untuk pengetahuan semua, saya sekarang sedang bercuti di kampung selama dua minggu. Sepanjang di kampung, saya mengambil alih segala tugas dan urusan rumah makayah di kampung dari bab masak, basuh, jemur kain, sapu sampah dan lain2 lagi. Kebetulan pula ayah saya sedang uzur, demam on off, kaki bengkak x boleh berjalan akibat gout, jadi segala urusan makan minumnya ,kencingnya semua ditempat tidur. Ada masanya juga saya bantu untuk mandikan ayah. Merasalah pengalaman jadi suri rumah sepenuh masa. Ada satu tahap saya kepenatan sangat, jadi saya cakap kat suami nasib baik saya ni bekerja. Kalo jadi surirumah memanjang x sanggup rasanya. Penatnya x usah cakaplah. So, memang saya respek lah dekat kaum wanita di luar sana yang jadi surirumah sepenuh masa yang terpaksa buat semua tugas tu hari2..anda memang hebat... Salute !!!
Malam semalam, akibat kepenatan saya tidur awal. Saya tersedar apabila suami datang dan cium pipi saya sambil wish happy besdey pada saya tepat pukul 12 malam sambil bagi kad besdey warna pink gambar teddy bear siap muzik lagi. Alahai...sweetnyalah Encik Somi ku ni... Apa yang membuatkan saya tersentuh ialah apabila membaca tulisan yang ditulis oleh Encik Somi dalam kad tu. "Dia tetap merindui saya walau sesaat tidak berjumpa, serta mahukan kami hidup bersama-sama dengan izin Allah".....Ya Allah, perkenankanlah doa ini Ya Allah...
Esoknya pula, Encik Somi amik peluang belanja saya makan di Secret Recepi ;)
Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku suami sebaik dia. Suami yang sangat penyayang, bertanggungjawab dan ringan tulang. Dialah suami, rakan, juga teman bertekak saya di rumah. Tanpa dia, sunyinya rasa kehidupan saya. Dia segalanya serta pelengkap hidup saya. Moga Allah suburkan kasih sayang dan kekalkan rasa cinta ini hingga ke hujung nyawa...
Thursday, 27 November 2014
Gurauan sadis
Hurm...semalam jalan2 dengan En.Somi kat Alamanda. Puas meronda, En. Somi ajak gi beli donut kat big apple sebab dah lama x makan. On da way ke big apple tu terserempak dengan pasangan suami isteri yang sedang tolak troli barang Aeon dimana didalamnya ada 3 orang anak mereka yang masih kecil dan si isteri pula berjalan disebelah dengan perut nampak memboyot, tanda preggy lagi. Somi saya tunjuk suh saya tengok gelagat mereka dan secara spontan terkeluar ayat dari bibirnya. " bestkan"...sambil mata melirik kepada keluarga tersebut. Gulp, automatik saya menelan liur. Faham sangat dengan ayat tu..best sebab tengok keluarga tu bahagia bersama dengan kehadiran anak2 mereka yang berderet tu. Masa tu perasaan saya terus berubah. Rasa sedih sangat dan rasa bersalah pula sebab masih belum mampu melahirkan zuriat sendiri untuk suami. Waktu tu juga mata saya dah mula panas dan air mata mula bergenang. Untuk selamatkan keadaan saya cakap dengan suara perlahan." Mmm...biarlah...dah rezki mereka..". Sekali somi saya pula menjawab, "abang pun ada rezki juga". Lepas tu ayatnya tergantung di situ je...Dengar je somi saya cakap macam tu, air mata yang bergenang tadi terus tumpah mengalir di kedua-dua belah pipi saya. Saya menangis sebab mana mungkin, kerana disaat ini seorang zuriat pun saya masih belum mampu lahirkan untuk dirinya. Rasa kerdil sangat jika nak dibandingkan dengan perempuan tadi. Terus saya berjalan menjarakkan diri dari somi dan dengan perlahan menyapu air mata yang jatuh dipipi. Saya tahu dia pun x perasan saya nangis dan x sedar kata2nya sedikit sebanyak menghiris emosi saya. Sebab tu saya jadikan tajuk entry kali ni gurauan sadis..Emosionalkah saya? Salahkah saya beremosi sebegini? Hurm..ntahlah, sekarang ni, jika orang lain yang bercakap isu anak depan saya, saya dah xde nak berapa sentap sangat. Tapi kalo somi sendiri yang sebut isu anak depan saya terus perasaan tu jadi lain,rasa sensitif dan sedih je. T_T
Monday, 10 November 2014
Puisi Sepi
ku cuba tabahkan hati, berpura-pura gembira,
Wednesday, 29 October 2014
Anak angkat
Sebenarnya citer ni citer minggu lepas, baru je teringat nak post kat sini.Minggu lepas, saya dapat call dari abang saya di Johor. Abang saya bagitahu ada seorang biomum yang sedang sarat mengandung 8 bulan dan tunggu masa untuk bersalin jangkaannya due bulan November. Biomum tu nak serahkan babynya pada sesiapa yang nak. Kawan abang yang bagitahu pasal info tu.Pastu abang terus bagitahu saya memandangkan lepas gagal percubaan ivf kedua saya ada sembang2 dengan abang menyatakan keinginan untuk nak ambil anak angkat. Abang saya call waktu maghrib dan cakap kena buat keputusan cepat sama ada nak terima @ tidak baby tu. Lepas isyak dia akan call semula. Terkejut saya, situasi saya memang gelabah, x sempat istikharah, x ready dan sebagainya. Lepas bincang2 dengan suami dan tanya pendapat makayah saya, kami dengan berat hati melepaskan baby tu ke tangan orang lain. Anggap jelah baby tu bukan rezeki kami.... Hurm...nape kami menolak? x suka ada baby ke? bukan.... sebenarnya kami suka ada baby. Terutama En. Somi lah..Apa yang saya perasan kalau balik ke kampung saya, sume anak2 buah saya yang kecik akan minta dia layan. Berebut nak didukung dan di riba oleh suami. Ada masa saya jelez gak. Pernah gak suarakan ni anak buah saya ke anak buah dia sebenarnya? haha...Kalo belah family somi pun sama.. Somi rajin sangat melayan anak2 buahnya main. Kadang saya gurau2 gak ngan Somi, "abang ni pakai minyak guna2 ke sampai sume budak suka kat abang?".hihi...maybe faktor dia anak sulong dalam family menyebabkan dia biasa ngan budak2 berbanding saya yang berstatus anak bongsu ni.
Terus-terang, sebenarnya kami x bersedia untuk ada anak angkat buat masa ni. Mungkin ada yang cakap sayangnya lepaskan baby tu.Memang terasa sayang sebab x tahu lagi bila plak rezeki orang nak offer baby camni akan ada. Sebenarnya, jauh disudut hati kami masih mengharapkan kehadiran zuriat dari keturunan sendiri. Kami belum lelah@jemu untuk berusaha bagi mengharapkan kehadiran zuriat kandung sendiri. Tambahan pula insyaallah pada tahun hadapan 2015 ,saya akan buat FET dengan frozen embrio yang ada. Jadi, kalo saya ambil anak angkat, banyak masalah pula nanti sebab saya mesti akan ambil ubat tuk keluarkan susu tuk susukan baby agar baby tu x terbatal air wudhu dengan saya dan somi. Bila makan ubat keluarkn susu, pada pendapat saya,hormon badan akan terganggu dan menangguhkan rancangan kami untuk fet. Hurm....panjang citernya nanti..jadi, harapan kami teruskan dulu dengan rancangan fet taun hadapan dan usaha gigih lagi untuk dapatkan zuriat sendiri... Jika masih belum ada rezki gak barulah kami akan fikirkan soal ambil anak angkat ni..
Friday, 26 September 2014
Sentap..
Pagi2 ni buka fb terbaca 1 post dekat closed group. Postnya lebih kurang bunyi macam nilah.."saya kesian dekat kawan sekerja saya dah 20 tahun kawin sampai sekarang masih x de anak. Kenapalah isterinya tu x tolong carikan calon lain yang sesuai untuk suaminya? " kata mamat tu.. Aihhh....itu sudah lebih..bagi saya,siapa dia sebagai orang luar berhak cakap camtu. Adakah tanpa anak pasangan tersebut x bahagia? sedangkan dekat luar sana banyak pasangan lain yang ada anak pun bercerai-berai
.. dan post ini juga menyebabkan saya merasa sebak dan sedih. Macam tu ke tanggapan orang luar terhadap kita yang masih belum memiliki zuriat sendiri ini?? Hina sangat ke x de anak?memang kalo xde anak kena ceraikan je ke isteri tu dan kawin baru? Sedangkan tahukah mereka2 ini bukannya kita tidak berusaha untuk memiliki zuriat sendiri. Dah berpuluh ribu duit kita laburkan untuk pelbagai rawatan kesuburan dan sebagainya cuma Allah masih menguji dan belum memakbulkan doa dan impian kita. Sedih mengenangkan nasib diri..doa dan harapan saya moga En somi x berfikiran sebegitu...
Monday, 18 August 2014
Rawatan Sunnah : Berbekam
Pengalaman berbekam x delah sakit sangat. Kalau sakit pun sikit je dan sakit yang boleh ditahan. Cuma lepas berbekam dekat tempat yang kita wat bekam tu memang ada kesan lebam yang hanya akan hilang selepas 4-5 hari. Saya berbekam di Pusat Terapi Syifa yang terletak di Meru, Klang. Sila klik disini!
Walaupun agak jauh dari kediaman saya yang terletak di Banting, tapi saya tetap sanggup kesana untuk berbekam kerana dah selesa berbekam di sana. Saya berbekam menggunakan 18 cawan iaitu 13 cawan di belakang badan bermula dari tengkok hinggalah ke kaki ,manakala 5 cawan lagi berbekam di bahagian depan badan terutama kawasan sekitar rahim. Berbekam kali ni banyak darah berketul, berbuih dan berwarna hitam yang keluar.
Mengapa saya pilih berbekam? Di bawah adalah antara kebaikan berbekam :
KEBAIKAN BERBEKAM..
- Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
- Memperbaiki aliran pembuluh darah .
- Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
- Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
- Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
- Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
- Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
- Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
- Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
- Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
- Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
- Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
- Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
- Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
- Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
Berbekam adalah sebaik-baik kaedah perubatan...
Rasulullah SAW pernah bersabda :-
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam".
(Hadis riwayat Ahmad)
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil yang menggalakkan umat islam berbekam ialah, sabda Nabi SAW : " Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku di isra'kan, kecuali mereka berkata " Wahai Muhammad, perintahlah umat kamu agar berbekam ".
(Hadis Riwayat At- Tirmizi)
Sambil berbekam, jurubekam saya ada bercerita tentang terdapat seorang pesakit fibroid yang perlu dibedah tetapi minta tangguh sebab nak ikhtiar cara lain. Pesakit tu berusaha untuk berbekam selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, apabila dia berjumpa doktor, setelah discan ternyata fibroidnya mengecut dan pembedahan dibatalkan. Subhanallah...hebatnya kebaikkan berbekam ini. Justeru, saya mengesyorkan kepada rakan TTC terutamanya, ikhtiarkanlah berbekam atau melakukan akupunture sebelum memulakan rawatan IUI @ IVF. Ada kawan saya yang istiqamah berbekam sebelum ivf juga telah berjaya pregnant. Ada juga yang failed ivf 2,3 kali. Kemudian setelah dia ikhtiar untuk berbekam, alhamdulillah ivf ke4 nya berjaya. Terasa sedikit menyesal dalam diri napelah dulu sebelum buat ivf saya x cuba berbekam dulu. Apapun, rasanya better late then never. Biarlah saya berikhtiar sekarang. Lagipun baby frozen saya ada lagi satu tuk buat fet. Biarlah saya sihatkan badan saya dulu sebaiknya sebelum buat fet yang x pasti bila. Dan sentiasa kena ingat, walau apa pun yang kita usahakan, yang menentukan segalanya ialah Allah jua. Dan Dialah jua yang sebaik2 Maha Pemberi Rezeki...
Wednesday, 6 August 2014
Tazkirah Ikim.fm
Pagi ni buka facebook nampak pic ni yang di tag oleh anak buah saya pada saya...tersentuh rasa hati ni. Sayu pun ada..Subhanallah...Ya Allah...kamilah insan terpilih yang diuji oleh Mu. Bukan kami tidak berusaha untuk memiliki amanah Mu ,cuma waktu dan saat terbaik tuk memiliki amanah yang satu itu belum tiba. Ya Allah...berilah peluang untuk kami melahirkan zuriat2 soleh dan solehah dari rahim kami sendiri untuk suami kami ,Ya Allah....berilah kami zuriat yang dapat mewarisi keturunan kami serta zuriat yang dapat kami didik dan bimbing berlandaskan agama Mu Ya Allah...Amin..
Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50:
Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50:“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
Tuesday, 5 August 2014
Throw back raya ;)
Sunday, 3 August 2014
Ada apa dengan perkataan "KALAU"?
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menulis entri..Masih dalam mood raya sebab bulan syawal x habis lagi.Jadi, sebelum terlewat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang sudi menyinggah di blog ni yea..Alhamdulillah juga raya taun ni walau berhadapan dengan soalan2 cepumas dari makcik2 kepoci kat kampung tentang soal zuriat saya dah mampu menepis dan menjawab soalan dengan baik..bila diaorang tanya bila nak ada anak? Saya senyum je.pastu cakap kt diaorang jangan tanya saya soalan tu sebab saya pun tiada jawapannya..Semua kuasa Allah...yang penting tolong doakan saya moga dapat zuriat cepat. Tu je jawapan saya...raya kali ni x de rasa nak sensetip sangat dengan soalan macam tu.. Mungkin saya dah sedikit sebanyak redha dengan ketentuan Allah untuk saya dan somi...Usaha tetap usaha. Yang memberi rezki adalah Dia...Jadi hanya mampu sabar menanti..... Berbalik tentang tajuk entri... Semalam, macam biasa,pagi2 dengar Program Tanyalah Ustaz kat Tv9. Tajuk pasal persoalan qada dan qadar.. Ustaz cakap, sebagai manusia kita jangan selalu mengungkapkan perkataan "KALAU". Contohnya mengungkapkan ayat, kalaulah aku kaya, kalaulah, aku kawin awal, kalaulah aku ada anak,kalaulah aku bla bla bla..... dan lain2... sesiapa yang sering mengungkapkan perkataan "kalau", dia sebenarnya ialah orang yang TIDAK REDHA dengan qada dan qadar Allah...Astaghfirullahilazim.... terus tersentap..Ya Allah, ampuni aku..kadang2 ada gak cakap camtu...terus insaf...huhu...tapi tulah...hati manusia ni selalu berbolak balik. Kejap macam redha,kejap lain plak..Ya Allah...tetapkan hati ku..janganlah Engkau jadikan aku orang yang meragui qada dan qadar mu....
Thursday, 26 June 2014
Anak jaminan kebahagiaan?
Salam semua....lama x tulis entry, apapun saya setia mengikuti perkembangan rakan2 ttc yang lain cuma kadang2 x sempat nak komen entry. Pada yang sedang gigih ber ttc teruskan usaha..Moga Allah memberkati segala usaha anda yang berjuang untuk meramaikan ummat nabi Muhamad s.a.w.....Amin...
Sedar x sedar, masa pantas berlalu dan sekarang kita di pertengahan tahun 2014 dah..lagi dua tiga hari dah nak puasa dan lepas tu raya.Adoi...camne plak nak hadap soklan2 cepumas makcik pakcik mulut laser kat kampung taun ni...huhu...Lately, saya akui memang saya mengasingkan diri dari sedara-mara. Kalau ada kenduri kendara seboleh-boleh cuba ngelak dari menghadirkan diri dan kalau hadir pun saya lebih suka lepak ngn En.Somi je.Lantaklah orang cakap kami suka berkepit ke apa sebab saya selesa macam tu. Yelah faham2 jelah, bila berkumpul dengan sedara saya risau takut ditebak dengan soalan yang melibatkan isu anak especially soalan yang saya x de jawapan cam soalan bila ko nak ada anak?? Haihhh...lagi mahu tanya...cukup2 lah...jangan diguris perasaan kami...kalian tidak berada di tempat kami, kalian tidak mengetahui apa yang telah kami usahakan untuk mendapat zuriat sendiri, banyak yang telah kami usahakan cuma rezki masih belum berpihak pada kami. Apapun buat masa ni, kami alhamdulillah masih bahagia berdua..x delah teruk mana hidup berdua(ayat pujuk hati gak ni..huhu) Memanglah agak sunyi tanpa gelak tangis baby tapi hikmah di sebaliknya kami bebas berjalan n bercuti berdua ke mana2...sana sini berdua, dan memang selalu x lekat kat rumah , jalan je kejenya. Sekarang pun kami dah mula balik dengan hobi lama iaitu berkebun di tanah tepi rumah yang sejemput tu.. Petang-petang menyibukkan diri tanam & siram sayur2 kami...usaha dan doa untuk memiliki zuriat sendiri masih ada cuma serah pada Allah, Dia yang maha mengetahui bila waktu terbaik untuk mengurniakan zuriat kepada kami.
Jujur saya akui kadang perasaan bimbang bertamu di hati. Bimbang kekurangan diri yang masih belum mampu memberikan zuriat ini akan menjadi sebab En.Somi beralih arah.Ya Allah..hindarilah perkara tersebut dalam diri kami..Dalam setiap doa yang saya panjatkan setiap hari, saya memohon moga Allah memanjangkan jodoh saya dengan En. Somi, menyuburkan kasih sayang antara kami berdua dan menetapkan hati2 kami untuk saling mencintai hingga ke akhir hayat kami..
Dua tiga menjak ni pun di tempat kerja saya ada sahabat2 saya yang diuji dengan pergolakan rumah tangga..Kes 1 : Ada sahabat yang dah ada anak 6 pun somi buat hal nak kawin lain gak. Sekarang dalam proses uruskan penceraian. Kes ke2 : Yang sahabat sorang lagi anak dah ada sorang lepas tu lambat tambah anak, tu pun sominya jadikan alasan kawin lain untuk dapat anak lagi. Sekali tup2 bila somi dia kawin lain dia pregnant semula anak kedua selepas 10 tahun menanti & madunya tu belum ngandung lagi. Kes ke3 : Sedara somi yang dari awal kawin sampai sekarang dah tua pun masih belum ada zuriat sendiri. Apapun mereka bahagia bersama dengan membesarkan anak angkat...Ya Allah......subhanallah ...allahuakbar....kami tidak mengetahui perancangan mu Ya Allah..apapun kami yakin Engkau telah merencanakan sesuatu yang hebat dalam kehidupan kami hari ini dan pada masa akan datang. Anak itu anugerah. Ada atau tiada anak bukanlah jaminan kebahagiaan.Bahagia atau tidak kehidupan kita hari ini dan akan datang kita yang mencoraknya. Jika kita memilih untuk bahagia, positifkan pemikiran.. jangan biarkan aura negatif menguasai kehidupan kita...adios!!!
Wednesday, 11 June 2014
Frozen Embrio
Hurm...saja nak kongsi, actually dari ivf2 aritu saya masih mempunyai 1 frozen embrio dalam bentuk blastocyst.Alhamdulillah....tapi, walaupun bentuknya blastocyst, saya x pasti gred embrio tersebut samaada gred bagus @ tidak. Buat masa sekarang saya masih menyimpan embrio tersebut. Kos simpanan saja untuk setiap tahun adalah dari rm600-rm1000 .Jadi....sekarang ni saya pun x pasti nak teruskan perjuangan dengan buat frozen embrio transfer (fet) @ camne..Banyak yang saya fikirkan..risau gak kalau buat fet pun pastu diuji dengan kegagalan lagi macam manalah saya nak menghadapinya lagi...Dan untuk fet pun memerlukan wang yang banyak. Dari pengalaman kawan2 yang buat fet, kos fet + ubat suntikan dan insert pun ada gak mencecah rm8-rm10k....kalo fet tanpa ubat suntik adalah dalam rm5-rm7k gak.. ntahlah.....yang pasti saya masih perlukan masa untuk menyimpan dan menabung wang semula.. dan tolong doakan saya agar terus kuat dan tabah untuk berusaha dan berjuang demi mendapatkan zuriat kandung sendiri...
Tuesday, 3 June 2014
Belum rezki lagi.. (T_T) #ivf2#
Lama x menulis....arini hari ke8 selepas embrio transfer. Sejak lepas et, saya langsung x pegang hp, x bukak wifi,whatsapp, x bukak fb,jarang tengok tv...alasannya sebab nak ngelak sebarang gangguan semasa proses penempelan embrio. Itu yang di nasihatkan oleh embriologist. Keja saya sepanjang 2ww lepas embrio transfer hanya baring,baca novel, quran n zikir je..masak2 En.somi yang buat. Kadang beli je. Sume keje rumah seperti mengemas, basuh n jemur kain dia yang buat..makan berhidang, segala yang saya perlu somi sediakan.Bertapa saya rasa dimanjakan sebab sume ni adalah untuk mengurangkan pergerakan saya. Andai "Sayang saya" membaca coretan ini, hanya ucapan "Terima kasih" tidak terhingga yang mampu diluahkan. Betapa saya menghargai segala penat lelahnya ke atas diri ini..Malam tadi saya x lena tido mengenangkan hari ni adalah hari penentuan keputusan ivf kedua kami. Saya gelisah sepanjang masa. Balik dari klinik lepas amik bloodtest bhcg, badan saya dah mula panas macam nak demam. Punyalah berdebar menunggu panggilan dari klinik untuk tahu keputusan bhcg tuk tentukan samaada saya mengandung atau tidak.En Somi pun seakan memahami..dia sama2 baring disisi saya sambil menenangkan saya. Dah petang sangat barulah dapat panggilan dari klinik. Dalam dengar x dengar sebab line x berapa clear..apa yang saya dengar ialah result bhcg < 2.. Ya Allah... hanya Allah je yang tahu perasaan saya. Benarlah...kami hanya mampu merancang. Walau sejauh mana pun usaha kami.....selagi Allah belum menyatakan "kunfayakun"...maka belum berezkilah kami berdua untuk memiliki anugerah Ilahi itu.. Keputusan ujian darah bhcg < 2...maknanya..... GAGAL!!!....yea...kami gagal lagi.... Dari 3 embrio yang dimasukkan ke dalam rahim ini, dimana 1 adalah blastocyst dan 2 dalam bentuk morula semuanya gagal menempel.. Sedih?? semestinya...dan kesedihan itu berganda kerana kali ini kami gagal dalam percubaan ivf ke2... Menangis??yea... x usah nak cakaplah...saya teresak-esak dalam pelukan somi mengenangkan nasib kami selain kecewa dan rasa gagal kerana masih belum dapat menghadiahkan zuriat untuk dirinya. Nasib somi memahami dan banyak menasihati diri ini untuk terus tabah. Saya percaya MASA adalah pengubat segalanya...adalah normal bersedih selepas gagal..dan sekarang, saat saya menulis entri di blog ini .Walaupun masih bersedih, saya sudah kehabisan air mata...dah tidak mampu untuk menangis lagi...saya REDHA dan PASRAH atas segala ujianMu Ya Allah.....
Friday, 23 May 2014
tvs post opu #ivf2#
Hari ni dah ari ke tiga selepas opu...Alhamdulillah sume sengal2 dan senak disebelah ovari kiri dan kanan telah berhenti dan saya dah mampu untuk solat seperti biasa berbanding sebelum ni yang terpaksa solat duduk di atas kerusi. Semalam agak keletihan saya asyik baring je. Ngantuk sepanjang hari.Kesan bius agaknya..Dah asar baru teringat nak tengok whatsapp kat hp..bertubi2 whatsapp masuk terutama dari whatsapp group dan yang paling menarik perhatian semestinya whatsapp dari doc saya yang berbunyi begini,
Wednesday, 21 May 2014
Ovum Pick Up (opu) #ivf2#
Tika dan saat ini saya telah selesai menjalani prosedure ovum pick up aka OPU di phkl semalam, 21/5/2014...Alhamdulillah... prosedure opu berjalan lancar. Telur dapat disedut/dikeluarkan dari kedua2 belah ovari kiri dan kanan dan apa yang doc dan saya khuatiri iaitu risiko pendarahan serius tidak berlaku. Syukur pada mu Ya Allah kerana memudahkan segala urusan opu ku..Sekarang saya sedang berehat di rumah ditemani En. Somi sebelum prosedure seterusnya iaitu Embrio Transfer aka ET dilakukan insyaallah pada hari isnin depan...Semalam, saya tenang sahaja menjalani proses opu...tenang sebab mungkin sebelum ni dah ada pengalaman opu. Lepas solat subuh semalam kami terus bergegas ke phkl dan admit wad pada pukul 7.30 pagi..opu saya dilakukan pada pukul 10.45 pagi. Di sebelah katil saya pun ada seorang pesakit doc yang sedang menunggu giliran untuk buat opu. Giliran saya adalah selepasnya. Sepanjang tempoh menunggu tu saya isi masa dengan banyakkan berzikir, baca al-mathurat, manzil dan baca surah2 tertentu. Saya disorong ke bilik OT kul 9.40 pagi..waktu kat bilik OT tu saya nampak pakar bius,Doc Nazri dan gynea saya Doc A dah ada..Lepas nurse suruh saya sedut oksigen yang ditekap dimulut dan hidung saya terus lentok x sedar apa yang berlaku hinggalah prosedure opu selesai..Kali ni, lepas opu tu saya sedar sendiri je dan xde pula rasa menggigil @ kesejukan seperti opu pertama dulu kesan dari ubat bius. Rasa biasa je cuma belah kanan dan kiri perut adalah rasa sengal2 dan senak2 sikit. Masa saya disorong semula ke wad saya nampak somi dan tanya somi dah pukul berapa. rupanya baru 11.30 pagi...bila tanya dia dah bagi sperm belum dia cakap belum lagi. Kul 3 petang nanti baru bagi...kat wad saya tidur n tidur je manjang...Hinggalah lepas asar lepas dh boleh makan dan pergi ke tandas serta urusan En. Somi selesai kami dah boleh discarge ward. Ok...takat tu dulu update dari saya....bye
Tuesday, 20 May 2014
Tvs cyle day 13 #ivf2#
Pagi ni ada temujanji dengan doc untuk tvs lagi. Dan nak dijadikan cerita arini gak first time kena marah dengan doc sebab lambat datang klinik untuk buat tvs...huhu.. Kes nya macam ni..saya tahu arini ada temujanji dan ingatkan boleh datang cam biasa lah ke klinik...slalu datang klinik dalam kul 10 lebih camtulah. Cam biasa gi sekolah dulu, Selesaikan kerja mana yang patut maklumlah banyak kerja sebab minggu ni gak minggu peperiksaan . Selaku sup peperiksaan sekolah banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya amik MC yang lama. Kul 9.30 lebih baru nak bergerak untuk ke klinik..Sekali tengok hp ada miscall dari klinik. terus gelabah, apahal plak ni...takkan nak ingatkan temujanji padahal aritu dah call.. terus saya call klinik semula dan tanya kenapa? Sekali Nurse Ida yang jawab dan tanya, "Puan kat mana?dari pagi tadi Doktor tunggu. Puan tahu kan Puan patut datang awal ke klinik? Hari tu doktor dah pesan suruh datang awal kan??..". Hah...?? terkejut... saya cakap saya x tahu.. dan x pasti doktor lupa pesan suruh datang awal atau saya yang x dengar pesanannya...Aduyai...tengok jam masa tu dah 9.45 pagi..Dahlah saya dari Banting. jauh juga perjalanannya nk sampai ke PHKL yang terletak kat Bangsar tu...Apalagi, lepas tu terus capai kunci kereta dan drive selaju yang boleh..First time gak rasanya bawak keta x pikir apa dah...tahu nak cepat sampai je. Kaki menekan je pedal minyak tu. Jeling kat dashboard kelajuan 120-140 km/j. Sume keta besar2 saya potong..belasah jelah...bila cecah 160km/j baru rasa takut dan baru perlahankan sikit kelajuan kereta...Sampai PHKL tepat kul 10.30 pagi. Dapat je parking terus bergegas ke bahagian pendaftaran dan meluru ke bilik doktor. Lepas patient dalam bilik doc keluar saya terus masuk. Nampak je mukaku doc terus bersuara tanya kenapa lambat dan bla, bla,bla......last ayat doktor yang masih diingati dan menusuk kalbu ialah doc ckp prosedure ivf x boleh main2 ..huhu...(dalam hati berbisik, mana ada main2...salah faham je doc...huhu) Tapi saya tahu doc marah bersebab sebab tvs pagi ni sangat penting kerana untuk menentukan bila tarikh saya kena buat OPU aka ovum pick up. Dan doc sebenarnya marah sebab risau saya terlambat amik suntikan cetriotide pagi ni jika confirm opu saya perlu dibuat pada 21/5 (rabu).Tapi nasib baik x terlalu lambat sangat untuk amik suntikan tu. Akur kesalahan diri cepat2 saya minta maaf. Pastu terus serah diri tuk di buat Tvs... Ok, hasil tvs progress telur masih sama macam tvs ari ke 8. X de pertambahan bilangan folikel pada ovari kiri dan kanan walaupun dos ubat telah di naikkan..Hurm pasrah jelah...mungkin ubat suntik tu dah terlalu imun pada badanku sebab ni adalah kali ke tiga penggunaan ubat2 tersebut dimana kali pertama guna pada bln 6 taun lepas untuk iui. Kali kedua adalah masa ivf pertama bulan 11 taun lepas dan kira kali ni penggunaan ubat yang sama untuk kali ketiga lah. Kesemua telur-telur tersebut dah makin membesar. Disebabkan telur belah ovari kanan tu kurang, doktor bagitahu dia akan cuba sebaik mungkin untuk sedut keluar kesemua telur tersebut termasuk belah ovari kiri sekali yang ada banyak salur darah tu dengan berhati2..Ini bermakna aku perlu bersedia dengan sebarang risiko gak sebab dikhuatiri berlakunya pendarahan. Ya, Allah...moga urusan OPU ku dipermudahkan.. Doktor juga dah confirm kan OPU aku akan dibuat pada hari rabu 21/5/2014. Jadi, bila dah confirm tarikh OPU terus doc suruh suntik cetriotide waktu tu juga..Waktu ni lagi sekali gelabah sebab x pernah suntik sendiri segala ubat kat perut sendiri..Selalu Encik Somi yang buat. Huwaa... nak nangis rasa. Mulalah ingat somi. Tapi disebabkan datang sorang, nak x nak kena cuba buat sendiri gaklah. Menggigil gak tangan masa bancuh ubat cetriotide tu sendiri. Pastu cuba gaklah suntik sendiri kat perut cam Somi selalu buat..yess!!! berjaya... x sangka dan yang magic nya suntik sendiri x rasa sakit langsunglah plak...haha.....Ok, dengan ini bermakna perjalanan ivf ke2 saya kini semakin menghampiri kemuncak...doakan segala urusan saya dan somi di permudahkan yea...
Wednesday, 14 May 2014
Tvs cycle day 8 #ivf2#
Arini temujanji dengan doc untuk buat tvs, check bilangan kantung telur yang terhasil setelah 5 hari suntikan untuk meransang perkembangan folikel di buat. Hasilnya?? Hurm masih x berapa banyak kantung telur yang terhasil...tvs tadi, belah kiri ovari hanya ada 6 folikel dengan 1 folikel saiz paling besar 12mm yang lain2 saiz 8mm sahaja. Belah ovari kanan pula yang ada , hanya 1 yang bersaiz besar sikit dan 2 lagi masih terlampau kecil. Jika mengikut sejarah ivf yang lepas, ovari kiri saya terlalu banyak salur darah yang ada dan sukar untuk diambil telurnya dan saya perlu bergantung harap pada ovari kanan sahaja untuk proses pengambilan telur nanti. Jadi bilangan telur tu menurut doktor masih tidak mencukupi untuk prosedure opu nanti...Maka, keputusan dibuat oleh doc, saya perlu menambah lagi dos ubat. Antaranya perlu menambah ubat pergoveris lagi 2 kotak, gonal f 75 iu sekotak dan cetriotide lagi sekotak. Tempoh suntikan juga telah dilanjutkan dari 8 hari kepada 10 hari.
Berikut ialah senarai terkini jumlah ubat yang saya perlu gunakan :
1) pergoveris = 8 kotak kpd 10 kotak.
2) gonal f 75iu = 2 kotak kpd 3 kotak
3) cetriotide = 4 kotak kpd 5 kotak
4) ovidrel = 1 kotak
5) suprefact = 1 kotak
Haih....duit lagi...xpelah...dah alang2 sampai tahap ni.Teruskan jelah dengan perancangan doktor tu.
Balik dari hospital tadi, hujan lebat mengiringi kepulangan saya ke rumah. Tak tahulah, sepanjang perjalanan dan masa tengah drive tu perasaan rasa sayu + sedih je...Airmata bercucuran sepanjang perjalanan pulang. Sedih sebab nape telur masih x banyak walaupun dah banyak dos ubat yang diguna berbanding dulu. Sambil2 tu saya ambil peluang doa sewaktu hujan lebat tu, doa moga2 selepas ni lebih banyak telur yang terhasil dan moga2 ivf ke2 kali ni berjaya..Korang pun tolong doakan saya yea (T_T)
Ni saya lampirkan jadual suntikkan terbaru saya..Malam esok dah mula suntik cetriotide plak.
Friday, 9 May 2014
Suntikan Bermula #ivf2#
Wednesday, 7 May 2014
Yang ditunggu dah tiba..#ivf2#
Akhirnya...yang ditunggu2 dah tiba.. Setelah makan progynova + norculut yg dibekalkan oleh gynea saya sejak dari 25/4 lagi, arini dengan rasminya cik Period saya dah munculkan diri... nasib baik gak sebab progynova tu cuma berbaki 2 biji je lagi cukup sampai tuk malam khamis je. Yang norculut tu plak memang dh lama abis. Last makan norculut 1/5.. So, rasmi je period datang cepat2 capai phone whatsapps doc.. Macam biasa kena report kat doc bila period datang? bila kena start injek ubat hormon untuk stimulate telur? bila kena stop makan progynova? bila last makan norculut? dan tanya doc bila nak kena datang klinik tuk buat tvs?... Hurm....dengan kedatangan period ini juga bermakna bulan ini akan bermulalah perjalanan ivf kedua saya..aiseh... nervous!!!....
Wednesday, 23 April 2014
Simpati bertamu di hatiku..
Emosi terusik...itulah perasaan saya sekarang.. Semuanya disebabkan mendapat perkhabaran sedih sebentar tadi.. rakan segroup whatsapp saya telah gagal percubaan ivf keduanya...saya sedih+simpati terhadap dirinya. Apatah lagi kami berkongsi gynea yang sama dan dia juga melakukan percubaan ivf kedua yang sama...Yea saya faham perasaan itu sebab saya juga pernah mengalaminya..saat membaca msgnya lantas air mata ini bergenang. Saya tahu mungkin disaat ini dia sedih + kecewa dengan keputusan yang diterima...Ya Allah..kuatkanlah semangatnya, kurniakanlah kesabaran untuk dirinya dan suami..itulah doa saya panjatkan untuk dirinya. Perkhabaran itu juga sedikit sebanyak merentap perasaan berani yang saya cuba kumpul dalam diri ini. Jujur saya katakan disaat ini separuh keberanian saya dibawa pergi...ketakutan mula berkumpul dalam diri ini.. saya takut.. takut untuk hadapi kegagalan lagi.. T_T
Namun..apa yang telah lama dirancang tetap perlu dilaksana. Sementelah pula sebahagian ubat untuk persediaan ivf kedua telah dibeli. Tak mungkin saya berpaling lagi... perjuangan saya demi mendapat zuriat sendiri takkan terhenti disini..insyaallah. Monolog dalam diri, ("Usaha jelah Ieda...tawakal+doa pada Allah moga rezki memiliki zuriat sendiri berpihak pada dirimu ")....
Monday, 21 April 2014
Temujanji kedua # ivf2#
Semalam cd21 saya dan semalam juga temujanji kedua untuk doc buat tvs tengok ketebalan rahim (et) dan menentukan segala ubat yang saya perlukan untuk percubaan ivf kedua saya yg dirancang pada bulan Mei depan... insyaallah... Jadi, macam biasa datang jumpa doc je semestinya kena menyerah diri tuk buat tvs. Doc scan dan tetiba cakap,"Eh, awak x ovulate lagi ni. Cuba tengok pangkal rahim baru terbuka dan baru keluar lendir kesuburan...et sangat cantik 10.5 mm dan belah kanan ovari ada 1 folikel saiz dominan 18.5mm"...Wah, biar betul?...x sangka saya ovulate lambat sangat rupanya...huhu... tapi doc cakap x kisah lambat @ cepat janji setiap bulan setiap saya ovulate...lega skit mendengarnya...namun, saya sedar masalah yang saya hadapi menyukarkan untuk saya preggy secara normal kecuali keajaiban berlaku dengan izin Allah...huhu... Ok...berbalik tentang pengambilan ubat tuk merangsang penghasilan folikel saya, doc putuskan untuk saya amik ubat yang sama dengan ivf pertama saya iaitu pergoveris dan gonal f. Cuma ada sedikit penambahan bilangan ubat gonal f kali ni .Kalo dulu guna sekotak je. Kali ni kena guna dua kotak.
So, kesimpulannya.... kat bawah saya senaraikan ubat yg perlu digunakan untuk percubaan ivf kedua saya nanti :
1) pergoveris = rm350 x 8 kotak = rm2800
2) Gonal f = rm550 x 2 kotak = rm1100
3) Cetrotide = rm160 x 4 kotak = rm640
4) suprefact = rm220 x 1 kotak = rm220
5) ovidrel = rm140 x 1 kotak = rm140
*******Total = rm4900***** ( belum + harga ubat2 insert lagi tu)
Oh yea, sebelum terlupa,post sebelum ni saya ada citer saya buat test utk check kandungan vit D dalam badan. Hasil keputusannya, bacaan vit D dalam badan saya 65. Maksudnya kandungan vit D tersebut dalam badan x tinggi @ rendah di paras sedang2 sahaja...So, doc telah bekalkan saya kapsul vit D 1000iu untuk dimakan selang sehari.. nanti ada masa saya cuba upload keputusan test tersebut..
Friday, 11 April 2014
Langkah pertama, percubaan kedua #ivf2#
Alhamdulillah... dengan izinNya saya masih diberi peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Phkl lagi untuk meneruskan percubaan ivf kedua saya dengan gynea yg sama aka 'Doc Cantik '.. Pagi tadi adalah day11 saya selepas period..Sebelum tu saya dh whatsapp doc saya bagitahu plan nk buat second ivf dalam bln 5 dan bertanya bila saya sepatutnya datang jumpa dia..So, doc suh saya datang sepatutnya day 12@13 selepas period tapi memandangkan kedua2 tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu dan ahad dan klinik x terima temujanji pada waktu tu maka, pembantu doc suh saya datang jupe doc pada hari Jumaat je. Teruja gak jupe doc semula selepas lebih kurang 5 bulan x jumpa lepas kegagalan ivf pertama saya. Banyak yang dibual dan dibincangkan bersama..untuk temujanji pertama bagi percubaan ivf kedua ni, Doc meneliti fail dan segala result ujian darah saya yang lepas2..syukur...sebab segala bloodtest termasuklah ujian Antimullerian (amh) masih valid dan masih boleh diterima pakai. Kalo x, masak gak saya nak kena ulang sume test tersebut yang boleh tahan gak kosnya tu.huhu.... So, kat sini saya sedar akan hikmahnya..mungkin sesetengah orang cakap terlalu awal untuk saya mengulangi membuat ivf kedua. Tapi inilah salah satu sebabnya..x nak ulang semula buat test bagai..jadi kat situ saya dah boleh save duit skit...So,...hasil perbincangan tadi, arini saya kena buat blood test utk lihat kandungan vit D dalam badan.Dulu2 x buat pun tapi sekarang semua pesakit doc dah kena buat test tu sebab dari report banyak yang kekurangan vit D sedangkan vit D penting untuk kesuburan. Doc juga nasihatkan saya amik multivitamin brand kordel yang didalamnya ada kandungan vit D 400iu dan jangan skip makan asid folik..Ok setakat tu dulu update dari saya...nnt saya akan cuba update secara details kos dan segala maklumat mengenai percubaan ivf kedua saya ni lagi....insyaallah...oh ya, by the way segala kos kt phkl bermula bln mac taun ni dah naik ..td pun kos tvs+ consultation+ bloodtest tuk vit D aje dah berkos rm425...phewww...kena tambah saving lagilah camni...huhu
Sunday, 6 April 2014
Doa untukku dan TTC
Saturday, 5 April 2014
Jom bersenam
Thursday, 3 April 2014
Dapat cucu lagi..
Saturday, 22 March 2014
Mulut xde insuran...huhh...
I'm sick facing other people talk bad in front off me....sakitnya hati ni....mana x sakit hati...arini, antakan ayh pegi medical check up kt spital. Sampai sana jupelh atok sedara yg tgh bersembang dengan kawannya..kita pun pegilah buat2 rajin mnyapa sebab lama x jumpa sebab lama x blk kg. Sekali elok tengah bersembang mende lain dia boleh ckp dengan kawannya,"Dia ni mandul, kawin dah lama tapi x de anak" errkkk.....terkejut saya. Sampai hati!..depan2 saya boleh dia ckp camtu. Nasib baik saya boleh kawal perasaan. Kalo dulu orang cakap camtu mesti saya nangis T_T... Saya juz jawab dengan tenang, Allah belum bagi rezki lagi...nak buat macam mana. Sape yang kawin x nak anak? lepas tu terus ilang mood saya nak bersembang lame2 dengan dia & saya pun berlalu dari situ.. Hurmmm... itulah...kdg2 terfikir, nape lah manusia ni bercakap sesedap rasa tanpa fikirkan perasaan orang. Nasib baik tadi saya sorang je kt situ.Kalo ada en.somi sekali apelah perasaan dia kalo dengar camtu... Ya Allah, bagilah kekuatan dan ketenangan hati padaku untuk berhadapan dengan orang2 yang spesis mulut xde insuran ni pada masa akan datang.... ~
Monday, 17 March 2014
Kenapa pilih Ivf?
Ok, berbalik pada post diatas, nape saya pilih Ivf? Di bawah saya senaraikan kronologi sejarah TTC saya..
31/5/2008
Tarikh kami diijabkabul, masa ni x pikir nak dapat baby lagi sebab masih belajar kat maktab dan suami pula kt UPSI. Takdelah merancang sangat. Lebih pada kalo ada rezki anak, Alhamdulillah..kalo xde lagi pun x trasa sangat. Apapun kitaorg plan secara neutral je..
2009
2010
Alhamdulillah dapat pindah ikut suami ke Selangor...yeay... Memang serius berTTC dan ingin ada zuriat cepat untuk lengkapkan keluarga kecil kami..Masa ni ikhtiar dengan homopati pun yea.Ingat lagi gi klinik kat klang, melalui scan mata dan tapak tangan doc analisis penyakit kami berdua.Masa ni doc cakap aku ada biji2 kecik kat rahim yang aku x pasti apa dan waktu amik ubat homopati ni mcm2 mende kami pantang xleh makan.Somi lak doc ckp cam nk ada darah tinggi, memg yea pun. Makan ubat homopati n pantang makan hasilnya kami somi isteri susut gaklah beratnya..Ubat homopati ni lak doc suggest kna combine ngn biodex lak tu pengambilannya, so memg banyaklah duit kami somi isteri abis kt sini.huhu..
2011
Frust xde rezki ngn homopati kami mula beralih ke rawatan moden kt spital lak. Masa ni ikhtiar gak minum susu kambing dengan air rebusan buah zuriat yang susah giler nak dibelah tu. Hospital pilihan kami waktu tu spital putrajaya sebab berdekatan dengan rumah..Mmm tapi paham2 jelah spital gomen, orang ramai. Berbulan-bulan nunggu dari satu appoinment ke appoinment yang lain..
Doc suh amik CLOMID tapi masih xde hasil. masa ni gak buat HSG dan suspect blocked 1 tiub.
2012
IUI pertama bln 7 with clomid 150mg. tapi gagal. Frust dengan perkhidmatan yang diberi dimana doc yang buat TVS sentiasa bertukar2 dan berbeza-beza pendapat . Dari survey2 dan cadangan sahabat yang waktu tu pregnant twins hasil iui dengan gynea sekarang maka sy dan somi buat keputusan drastik utk tukar spital dan tukar gynea.
First time jupe doc Adilah kt PHKL pada bln 9. Pada TVS pertama je terus doc diagnose sy ada 4 ketul fibroid yang comey2 diluar rahim..Memang terkejut sangat..Nape berbulan2 masa tvs ngn doc kt spital lama x pernah dibagitahu pun pasal hal ni?sedikit terkilan + kecewa gak. Apapun doc cakap actually fibroid diluar rahim tu x menganggu untuk pregnant cuma doc risau saya ada endometriosis, itu yang bahaya. Doc suggest kami buat LAPAROSCOPY untuk buang fibroid +clearkan tiub + untuk check samaada saya ada endometriosis atau x yang menelan kos Rm17k..phewwww....nasib sy memang ada insuran Prudential bsn takaful . Jadi segala kos insuran yang tanggung. lega...
So, bln 12 terus on Laporoscopy.After laps, confirm doc diagnose disamping fibroid yg comey tu, saya gak ada ENDOMETRIOSIS stage 3 yang menyebabkan tiub fallopio saya kedua2 belah tertutup. Masa laps doc dah buang 2 fibroid, 2 lagi xleh dibuang sbb akarnya terlalu dalam takut mencederakan rahim nnt lagi lambat tuk pregnant. Doc clearkan gak sawang2 endo serta clearkan tiub. Pastu kene inject ZALODEX tuk stop period yang kesannya sama cam LUCRIN untuk 4 bulan..urghh...part dalam tempoh injection ni yang seksa sbb x period hampir 5 bln lebih. Asyik panas + berpeluh satu badan walaupun berada dalam aircond + mood swing je manjang + sensitif sokmo..huhu
2013
Lepas 3x injection zalodex doc suggest wat HSG lagi untuk check tiub sama ada dah terbuka @ belum tiub nya. Doc suggest buat HSG di Hospital Tawakal dengan doc Fatimah sebab agak murah berbanding tempat lain. Murah2 pun kosnya abis gaklah Rm180 waktu tu. Hsg terbaru menyatakan tiub saya kedua-dua belah telah terbuka dengan pengaliran cecair yang perlahan. Kemudian doc suggest sambung lagi suntikkan ke 4 untuk memastikan sisa endo tu habis. Abis je kesan zalodex n lepas dapat period pertama saya terus decide tuk buat IUI kedua dengan gynea saya pada bulan 5. Namun masih belum rezeki, IUI kedua tersebut turut gagal..malas nak buang masa dan bazirkan usia, saya berehat sebentar untuk pulihkan semangat n normalkan period, bulan 11 terus usaha lagi kali ni dengan IVF pula, dan masih belum ada rezeki, percubaan IVF pertama kami turut gagal..dan menyedihkan dan sedikit ralat sebab ivf pertama tiada frozen embrio...boleh baca post saya yang lepas2....
2014
Merancang untuk melakukan IVF kedua pada pertengahan tahun ini.Cuba persiapkan diri, mental, makan suplemen yang sepatutnya, excercise regular. Jauhi junkfood, fastfood, banyakkan minum pelbagai jus dan air untuk detox. saya juga cuba bangun awal setiap pagi, kejutkan somi sekali.buat solat taubat, tahajud,solat hajat, dhuha setiap ari(susah gak nk istiqamah tapi sekurang-kurangnya saya mencuba), banyakkan sedekah, istighfar sekurang-kurangnya seribu kali setiap hari dan doa dalam setiap sujud. Bykkan doa untuk diri sendiri dan jangan kedekut tolong doa untuk kawan2 senasib juga dan akhir sekali saya Tawakal dan berserah sepenuhnya kepada Allah..moga tahun ni ada sinar untuk kami..(part ni bukan nak riak,cuma nak menyatakan usaha kami buat pada taun ni) Harapan saya moga Allah mengasihani kami, memandang segala USAHA kami dan memakbulkan impian kami untuk memiliki zuriat sendiri.....Amin...
korang tlg doakan saya yea.... T_T
Saturday, 8 March 2014
Banyaknya duit buat ivf....
Itu adalah ayat2 yang selalu saya dengar dan terima bila saya maklumkan saya buat prosedur ivf.Helloooo!!!...jika benar dakwaan saya banyak duit tu, Alhamdulillah.....tapi hakikatnya dakwaan itu tidak benar...harapkan simpanan dari gaji kami suami isteri sebagai penjawat awam, berapalah sangat yang boleh kami simpan dalam setahun. Nak harapkan simpanan kwsp, pun dah licin wat renovate rumah.Tapi itulah..hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. Pada saya, duit boleh dicari dan simpan lagi. Saya x mahu terus membuang masa menunggu bila akan ada zuriat sendiri tanpa berusaha ke arah itu. Lagipun , masa tidak menunggu kita dan umur pun setiap tahun makin bertambah. Bila umur meningkat peratus kejayaan dalam ivf pun maknanya makin menurun. So, kami kena bertindak cepat. Berbekalkan sedikit sangat simpanannya, kami x malu untuk bagitahu orang kami buat loan untuk buat ivf ni. Faham-faham jelah...bila buat ivf di hospital private, kosnya lebih tinggi dan kita kena bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sebelum dan selepas prosedur. Lepas tu, ada plak soalan nape saya buat ivf kt spital private bukan kat spital gomen? Hurmm... jawapannya senang. 1) saya dah selesa dengan gynea saya sekarang ,2) buat kat private prosedurenya lebih cepat berbanding spital gomen yang kena tunggu q tu. 3) yang paling utama dia seorang perempuan maka aurat saya lebih terpelihara.....Walaubagaimanapun saya selalu ingatkankan diri saya dan rakan TTC yang lain, walau setinggi mana pun peratus kejayaan ivf di spital tersebut, walau sehebat mana pun gynea dan embriologist yang ada, apapun tetap kena percaya pada qada dan qadar Allah. Jika sudah tertulis rezeki kami untuk mendapat zuriat sendiri melalui kaedah ini alhamdulillah. Jika tidak...kami pasrah dan saya berpuas hati kerana kami dah sedaya upaya kami berusaha,berikhtiar dan berdoa untuk memiliki zuriat sendiri...Saya juga pernah terbaca, salah satu tanda doa kita dimakbulkan Allah ialah adanya usaha kita pada apa yang kita mahukan...
Wednesday, 5 March 2014
Ivf ke 2, dah ready ke belum???
Monday, 17 February 2014
Jom banyakkan istighfar untuk dapat zuriat!
Sunday, 16 February 2014
New members from whatsapp group ;-)
Friday, 17 January 2014
period ting tong
Hampir 2 bulan kisah kegagalan ivfku berlalu..hidup diteruskan mcm biasa..cuma agak risau kerana periodku selepas gagal ivf jadi caca marba n agak ting tong..maksudnya kitar periodku dh jd cepat semacam.Mana x nya, selepas gagal ivf penghujung bln 11 hingga sekarang aku dah 3 kali period dengan kitar period yg pendek iaitu 15 hari.Ini bermakna aku period seminggu,pastu bersih seminggu pastu period semula.adoyai...Pastu dgn niat nk betulkan period aku pn ngengada gi try mkn gla shaklee.sempatlh mkn dlm 10 hari.Tapi masa first day mkn gla perutku tetiba rasa sakit nyucuk sebelah kiri mcm sakit sebelum wat laporoscopy 2012..aku wat x tahu je n truskan gak mkn gla...hari ni selepas discussion dgn rakan closed group endo kt fb baru tahu rupanya gla x sesuai tuk org ada endometriosis!!! huhu...hrp2 endo ku x jadi blk dgn pngambilan gla yg sekejap tu... :( ..