Tuesday, 3 June 2014

Belum rezki lagi.. (T_T) #ivf2#

Lama x menulis....arini hari ke8 selepas embrio transfer. Sejak lepas et, saya langsung x pegang hp, x bukak wifi,whatsapp, x bukak fb,jarang tengok tv...alasannya sebab nak ngelak sebarang gangguan semasa proses penempelan embrio. Itu yang di nasihatkan oleh embriologist. Keja saya sepanjang 2ww lepas embrio transfer hanya baring,baca novel, quran n zikir je..masak2 En.somi yang buat. Kadang beli je. Sume keje rumah seperti mengemas, basuh n jemur kain dia yang buat..makan berhidang, segala yang saya perlu somi sediakan.Bertapa saya rasa dimanjakan sebab sume ni adalah untuk mengurangkan pergerakan saya. Andai "Sayang saya" membaca coretan ini, hanya ucapan "Terima kasih" tidak terhingga yang mampu diluahkan. Betapa saya menghargai segala penat lelahnya ke atas diri ini..Malam tadi saya x lena tido mengenangkan hari ni adalah hari penentuan keputusan ivf kedua kami.  Saya gelisah sepanjang masa. Balik dari klinik lepas amik bloodtest bhcg, badan saya dah mula panas macam nak demam. Punyalah berdebar menunggu panggilan dari klinik untuk tahu keputusan bhcg tuk tentukan samaada saya mengandung atau tidak.En Somi pun seakan memahami..dia sama2 baring disisi saya sambil menenangkan saya. Dah petang sangat barulah dapat panggilan dari klinik. Dalam dengar x dengar sebab line x berapa clear..apa yang saya dengar ialah result bhcg < 2.. Ya Allah... hanya Allah je yang tahu perasaan saya.  Benarlah...kami hanya mampu merancang. Walau sejauh mana pun usaha kami.....selagi Allah belum menyatakan "kunfayakun"...maka belum berezkilah  kami berdua untuk memiliki anugerah Ilahi itu.. Keputusan ujian darah bhcg < 2...maknanya..... GAGAL!!!....yea...kami gagal lagi.... Dari 3 embrio yang dimasukkan ke dalam rahim ini, dimana 1 adalah blastocyst dan 2 dalam bentuk morula semuanya gagal menempel.. Sedih?? semestinya...dan kesedihan itu berganda kerana kali ini kami gagal dalam percubaan ivf ke2... Menangis??yea... x usah nak cakaplah...saya teresak-esak dalam pelukan somi mengenangkan nasib kami selain kecewa dan rasa gagal kerana masih belum dapat menghadiahkan zuriat untuk dirinya. Nasib somi memahami dan banyak menasihati diri ini untuk terus tabah. Saya percaya MASA adalah pengubat segalanya...adalah  normal bersedih selepas gagal..dan sekarang, saat saya menulis entri di blog ini .Walaupun masih bersedih, saya sudah kehabisan air mata...dah tidak mampu untuk menangis lagi...saya REDHA dan PASRAH atas segala ujianMu Ya Allah.....

7 comments:

  1. Allah maha mengetahui dear, harap kamu berdua redha & bersabar.. insha allah one day kita semua akan menjadi ibu.. meh peluk!

    ReplyDelete
  2. Time will heal..nanti perlahan2 kita akan jumpa hikmahnya..semoga terus kuat..mudah2an Allah mengganjari kesabaran ieda dengan rezeki yang melimpah ruah selepas ini..Ameen..*hugs*..

    ReplyDelete
  3. be strong dear.. time eventually will heal your pain. i've been there.. failed my second ivf, with the same hospital in march.. the pain still haunts but i have to move on.. insya Allah ada rezeki kita in the future.. we just have to keep on praying..

    ReplyDelete
  4. Semoga diberi ketabahan, pejamkan mata sekita.. bayangkan segala usaha dan kesabaran ini akan Allah balas dengan balasan baik di akhirat nanti. Amin..

    ReplyDelete
  5. semoga ieda lebih tabah kali ni. sedih saya dengar. tak lama lagi dlm bulan ni saya pun nak lalui. risau..

    ReplyDelete
  6. tq all ats kata2 semangat itu...really apreciate it...korang sume pun yg sedang ttc dont give up n gud luck...saya pun insyaallah, jika ada rezki akan terus berjuang demi mendapat amanah Allah yang satu tu...

    ReplyDelete
  7. Salam ieda..sedihnya..pd masa yg sama sy pon jadi takut nak buat ivf lps raya nti...ya Allah...semoga Allah bg kita kekuatan utk hadapi senua ujian ini..sabar ye ieda..

    ReplyDelete