Wednesday 31 December 2014

Azam 2015

Sekejap je masa berlalu, pejam celik, pejam celik, dalam x sedar 2014 dah mula nak melabuhkan tirai. Esok, dah masuk tahun baru 2015 dah pun. Permulaan tahun baru tahun ni saya nak mulakan dengan azam baru. Bukannya sebelum ni xde azam, ada je cuma x dinyatakan. Tapi tahun ni rasa nak tulis azam 2015 saya kat sini ..saja ngengada....haha....

Baiklah, berikut azam saya :

 1) mahu jadi ummi pada zuriat sendiri
 2) mahu rasa pengalaman mengandung dan lahirkan zuriat sendiri untuk suami
 3) mahu ada babyyyyy  2015.....insyaallah....

Positif2.....ada 12 bulan dalam tahun 2015 ...lama lagi tu....moga2 azam 2015 ni dimakbulkan Allah....Aaminnnnn (erkkk...maaf yer...sebab saya seorang TTC tegar, maka segala azam mestilah berkait dengan soal TTC...hihi) Azam lain ada je semat dihati....

Jadi,mari kita tutup tirai 2014 dengan sama-sama berdoa :

" Ya Allah, berikanlah peluang kepada diriku serta IEDA, tuan empunya blog ini  untuk merasai nikmat mengandung serta melahirkan zuriat sendiri untuk suami. Kasihanilah kami, janganlah Engkau tinggalkan kami dimuka bumi ini tanpa sebarang zuriat untuk mewarisi keturunan kami, Rahmatilah kami Ya Allah. Berikanlah kejayaan atas segala usaha dan ikhtiar yang kami lakukan untuk mendapat zuriat kami sendiri Ya Allah...sesungguhnya, hanya Engkaulah sahaja tempat kami meminta pertolongan dan perlindungan. Maka kabulkanlah doa-doa kami ini Ya Allah...Aaamiiinnn....Ya Rabbal Aalamin...."


Saturday 6 December 2014

Hepi Besdey to me ;)

Semalam 6/12 adalah besdey saya yang ke 33 tahun. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya untuk terus bernafas dibuminya. Allah juga menganugerahkan rezeki dan kesihatan yang baik pada saya serta memberikan kehidupan yang bahagia pada saya untuk terus hidup disamping suami dan keluarga tersayang. Segala puji bagi mu ya Allah dan tiada ucapan yang terindah yang boleh diungkapkan selain daripada ungkapan. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Untuk pengetahuan semua, saya sekarang sedang bercuti di kampung selama dua minggu. Sepanjang di kampung, saya mengambil alih segala tugas dan urusan rumah makayah di kampung dari bab masak, basuh, jemur kain, sapu sampah dan lain2 lagi. Kebetulan pula ayah saya sedang uzur, demam on off, kaki bengkak x boleh berjalan akibat gout, jadi segala urusan makan minumnya ,kencingnya semua ditempat tidur. Ada masanya juga saya bantu untuk mandikan ayah. Merasalah pengalaman jadi suri rumah sepenuh masa. Ada satu tahap saya kepenatan sangat, jadi saya  cakap kat suami nasib baik saya ni bekerja. Kalo jadi surirumah memanjang x sanggup rasanya. Penatnya x usah cakaplah. So, memang saya respek lah dekat kaum wanita di luar sana yang jadi surirumah sepenuh masa yang terpaksa buat semua tugas tu hari2..anda memang hebat... Salute !!!
Malam semalam, akibat kepenatan saya tidur awal. Saya tersedar apabila suami datang dan cium pipi saya sambil wish happy besdey pada saya tepat pukul 12 malam sambil bagi kad besdey  warna pink gambar teddy bear siap muzik lagi. Alahai...sweetnyalah Encik Somi ku ni... Apa yang membuatkan saya tersentuh ialah apabila membaca tulisan yang ditulis oleh Encik Somi dalam kad tu. "Dia tetap merindui saya walau sesaat tidak berjumpa, serta mahukan kami hidup bersama-sama dengan izin Allah".....Ya Allah, perkenankanlah doa ini Ya Allah...
Esoknya pula, Encik Somi amik peluang belanja saya makan di Secret Recepi ;)
Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku suami sebaik dia. Suami yang sangat penyayang, bertanggungjawab dan ringan tulang. Dialah suami, rakan, juga teman bertekak saya di rumah. Tanpa dia, sunyinya rasa kehidupan saya. Dia segalanya serta pelengkap hidup saya. Moga Allah suburkan kasih sayang dan kekalkan rasa cinta ini hingga ke hujung nyawa...