Thursday 1 January 2015

Aktiviti mencabar diri : Yeah....i can do it!!!

Sorry, post ni actually x de kaitan dengan ttc cuma saya rasa terpanggil untuk tulis entri ni di sini sebab ini kejayaan pertama saya berbasikal secara off road bersama suami sejauh 44km...yeahhhhh....Berbasikal secara off road ni x sama macam on road. Cabarannya tu lalu jalan becak penuh lumpur tambah2 lagi baru pas hujan. Ada masanya kena angkat basikal mengharung parit, pastu siap ada episod kena kejar anjing lagi. Haha...kelakar+ takut sume ada.
Tak sangka gak saya berjaya dalam cabaran ni.Selalu saya berbasikal dekat2 je dalam 7-8km. Pastu cuba naikkan ke 20km dan sekarang alhamdulillah,44km pun saya dah mampu lakukan walaupun rasa dekat2 ending tadi cam dah nak abis nyawa jugaklah.hihi...Permulaan tahun 2015 yang baik bagi saya. Apa yang penting, jika kita fikir positif, insyaallah kita akan mampu lakukannya. Sama gak macam ttc ni, kena yakin kita pun mampu pregnant gak macam orang lain satu hari nanti. Bersangka baik, fikir yang baik2, insyaallah apa yang datang pada kita pasti yang baik2... Insyaallah...