Friday 23 May 2014

tvs post opu #ivf2#

23/5/2014
Hari ni dah ari ke tiga selepas opu...Alhamdulillah sume sengal2 dan senak disebelah ovari kiri dan kanan telah berhenti dan saya dah mampu untuk solat seperti biasa berbanding sebelum ni yang terpaksa solat duduk di atas kerusi. Semalam agak keletihan saya asyik baring je. Ngantuk sepanjang hari.Kesan bius agaknya..Dah asar baru teringat nak tengok whatsapp kat hp..bertubi2 whatsapp masuk terutama dari whatsapp group dan yang paling menarik perhatian semestinya whatsapp dari doc saya yang berbunyi begini,
"My name....,7 eggs, 6 m2 n one abnormal (as sent to you yesterday), all 6 fertilized".
Ya Allah...macam x percaya...alhamdulilah..  Saat membaca whatsapp tu saya sebak dan terus nangis..Encik somi kat sebelah tanya kenapa? tapi saya x mampu menjawab hanya dapat tunjukkan whatsapp tu je..Syukur pada mu  Ya Allah...bagi saya bilangan fertilized tu agak banyak dan nampaknya ada harapan untuk saya mempunyai frozen embrio selepas ini..Sangat2 rasa bersyukur atas kurniaan ini. Dan pada hari ni saya menapak ke bilik doc lagi untuk tvs post opu. Alhamdulillah juga sebab simptom OHSS tiada...ovari kiri dan kanan saya dalam saiz normal dan ketebalan endometrium cantik iaitu 13mm. Jadi dengan ini doc bagitahu insyaallah embrio transfer akan dilakukan pada hari isnin 26/5/2014..Masih mengharapkan doa dari semua moga2 embrio saya dapat survive ke peringkat blastocyst kerana isnin ni insyaallah doc akan masukkan blastocyst ke dalam rahim ini. Tadi pun doc cakap mayb akan masukkan 2@3 embrio. Apapun saya cakap x kisahlah doc nak masuk berapa pun janji ada rezki melekatlah kali ni..aminnn...doakan saya ;)

Wednesday 21 May 2014

Ovum Pick Up (opu) #ivf2#

Tika dan saat ini saya telah selesai menjalani prosedure ovum pick up aka OPU di phkl semalam, 21/5/2014...Alhamdulillah... prosedure opu berjalan lancar. Telur dapat disedut/dikeluarkan dari kedua2 belah ovari kiri dan kanan dan apa yang doc dan saya khuatiri iaitu risiko pendarahan serius tidak berlaku. Syukur pada mu Ya Allah kerana memudahkan segala urusan opu ku..Sekarang saya sedang berehat di rumah ditemani En. Somi sebelum prosedure seterusnya iaitu Embrio Transfer aka ET dilakukan insyaallah pada hari isnin depan...Semalam, saya tenang sahaja menjalani proses opu...tenang sebab mungkin sebelum ni dah ada pengalaman opu. Lepas solat subuh semalam kami terus bergegas ke phkl dan admit wad pada pukul 7.30 pagi..opu saya dilakukan pada pukul 10.45 pagi. Di sebelah katil saya pun ada seorang pesakit doc yang sedang menunggu giliran untuk buat opu. Giliran saya adalah selepasnya. Sepanjang tempoh menunggu tu saya isi masa dengan banyakkan berzikir, baca al-mathurat, manzil dan baca surah2 tertentu. Saya disorong ke bilik OT kul 9.40 pagi..waktu kat bilik OT tu saya nampak pakar bius,Doc Nazri dan gynea saya Doc A dah ada..Lepas nurse suruh saya sedut oksigen yang ditekap dimulut dan hidung saya terus lentok x sedar apa yang berlaku hinggalah prosedure opu selesai..Kali ni, lepas opu tu saya sedar sendiri je dan xde pula rasa menggigil @ kesejukan seperti opu pertama dulu kesan dari ubat bius. Rasa biasa je cuma belah kanan dan kiri perut adalah rasa sengal2 dan senak2 sikit. Masa saya disorong semula ke wad saya nampak somi dan tanya somi dah pukul berapa. rupanya baru 11.30 pagi...bila tanya dia dah bagi sperm belum dia cakap belum  lagi. Kul 3 petang nanti baru bagi...kat wad saya tidur n tidur je manjang...Hinggalah lepas asar lepas dh boleh makan dan pergi ke tandas serta urusan En. Somi selesai kami dah boleh discarge ward. Ok...takat tu dulu update dari saya....bye

Tuesday 20 May 2014

Tvs cyle day 13 #ivf2#

19/5/2014-Isnin (cd13, Suntikan ke 10)
Pagi ni ada temujanji dengan doc untuk tvs lagi. Dan nak dijadikan cerita arini gak first time kena marah dengan doc sebab lambat datang klinik untuk buat tvs...huhu.. Kes nya macam ni..saya tahu arini ada temujanji dan ingatkan boleh datang cam biasa lah ke klinik...slalu datang klinik dalam kul  10 lebih camtulah. Cam biasa gi sekolah dulu, Selesaikan kerja mana yang patut maklumlah banyak kerja sebab minggu ni gak minggu peperiksaan . Selaku sup peperiksaan sekolah banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya amik MC yang lama. Kul 9.30 lebih baru nak bergerak untuk ke klinik..Sekali tengok hp ada miscall dari klinik. terus gelabah, apahal plak ni...takkan nak ingatkan temujanji padahal aritu dah call.. terus saya call klinik semula dan tanya kenapa? Sekali Nurse Ida yang jawab dan tanya, "Puan kat mana?dari pagi tadi Doktor tunggu. Puan tahu kan Puan patut datang awal ke klinik? Hari tu doktor dah pesan suruh datang awal kan??..". Hah...?? terkejut... saya cakap saya x tahu.. dan x pasti doktor lupa pesan suruh datang awal atau saya yang x dengar pesanannya...Aduyai...tengok jam masa tu dah 9.45 pagi..Dahlah saya dari Banting. jauh juga perjalanannya nk sampai ke PHKL yang terletak kat Bangsar tu...Apalagi, lepas tu terus capai kunci kereta dan drive selaju yang boleh..First time gak rasanya bawak keta x pikir apa dah...tahu nak cepat sampai je. Kaki menekan je pedal minyak tu. Jeling kat dashboard kelajuan 120-140 km/j. Sume keta besar2 saya potong..belasah jelah...bila cecah 160km/j baru rasa takut dan baru perlahankan sikit kelajuan kereta...Sampai PHKL tepat kul 10.30 pagi. Dapat je parking terus bergegas ke bahagian pendaftaran dan meluru ke bilik doktor. Lepas patient dalam bilik doc keluar saya terus masuk. Nampak je mukaku doc terus bersuara tanya kenapa lambat dan bla, bla,bla......last ayat doktor yang masih diingati dan menusuk kalbu ialah doc ckp prosedure ivf x boleh main2 ..huhu...(dalam hati berbisik, mana ada main2...salah faham je doc...huhu) Tapi saya tahu doc marah bersebab sebab tvs pagi ni sangat penting kerana untuk menentukan bila tarikh saya kena buat OPU aka ovum pick up. Dan doc sebenarnya marah sebab risau saya terlambat amik suntikan cetriotide pagi ni jika confirm opu saya perlu dibuat  pada 21/5 (rabu).Tapi nasib baik x terlalu lambat sangat untuk amik suntikan tu. Akur kesalahan diri cepat2 saya minta maaf. Pastu terus serah diri tuk di buat Tvs... Ok, hasil tvs progress telur masih sama macam tvs ari ke 8. X de pertambahan bilangan folikel pada ovari kiri dan kanan walaupun dos ubat telah di naikkan..Hurm pasrah jelah...mungkin ubat suntik tu dah terlalu imun pada badanku sebab ni adalah kali ke tiga penggunaan ubat2 tersebut dimana kali pertama guna pada bln 6 taun lepas untuk iui. Kali kedua adalah masa ivf pertama bulan 11 taun lepas dan kira kali ni penggunaan ubat yang sama untuk kali ketiga lah. Kesemua telur-telur tersebut dah makin membesar. Disebabkan telur belah ovari kanan tu kurang, doktor bagitahu dia akan cuba sebaik mungkin untuk sedut keluar kesemua telur tersebut termasuk belah ovari kiri sekali yang ada banyak salur darah tu dengan berhati2..Ini bermakna aku perlu bersedia dengan sebarang risiko gak sebab dikhuatiri berlakunya pendarahan. Ya, Allah...moga urusan OPU ku dipermudahkan.. Doktor juga dah confirm kan OPU aku akan dibuat pada hari rabu 21/5/2014. Jadi, bila dah confirm tarikh OPU terus doc suruh suntik cetriotide waktu tu juga..Waktu ni lagi sekali gelabah sebab x pernah suntik sendiri segala ubat kat perut sendiri..Selalu Encik Somi yang buat. Huwaa... nak nangis rasa. Mulalah ingat somi. Tapi disebabkan datang sorang, nak x nak kena cuba buat sendiri gaklah. Menggigil gak tangan masa bancuh ubat cetriotide tu sendiri. Pastu cuba gaklah suntik sendiri kat perut cam Somi selalu buat..yess!!! berjaya... x sangka dan yang magic nya suntik sendiri x rasa sakit langsunglah plak...haha.....Ok, dengan ini bermakna perjalanan ivf ke2 saya kini semakin menghampiri kemuncak...doakan segala urusan saya dan somi di permudahkan yea...

Wednesday 14 May 2014

Tvs cycle day 8 #ivf2#

14/5/2014 (cd8, suntikan ke 5)
Arini temujanji dengan doc untuk buat tvs, check bilangan kantung telur yang terhasil setelah 5 hari suntikan untuk meransang perkembangan folikel di buat. Hasilnya?? Hurm masih x berapa banyak kantung telur yang terhasil...tvs tadi, belah kiri ovari hanya ada 6 folikel dengan 1 folikel saiz paling besar 12mm yang lain2 saiz 8mm sahaja. Belah ovari kanan pula yang ada , hanya  1 yang bersaiz besar sikit dan 2 lagi masih terlampau kecil. Jika mengikut sejarah ivf yang lepas, ovari kiri saya terlalu banyak salur darah yang ada dan sukar untuk diambil telurnya dan saya  perlu bergantung harap pada ovari kanan sahaja untuk proses pengambilan telur nanti. Jadi bilangan telur tu menurut doktor masih tidak mencukupi untuk prosedure opu nanti...Maka, keputusan dibuat oleh doc, saya perlu menambah lagi dos ubat. Antaranya perlu menambah ubat pergoveris lagi 2 kotak, gonal f 75 iu sekotak dan cetriotide lagi sekotak. Tempoh suntikan juga telah dilanjutkan dari 8 hari kepada 10 hari.

Berikut ialah senarai terkini jumlah ubat yang saya perlu gunakan :
1) pergoveris     =  8 kotak  kpd 10 kotak.
2) gonal f 75iu   =   2 kotak kpd 3 kotak
3) cetriotide       =  4 kotak kpd 5 kotak
4) ovidrel           =  1 kotak
5) suprefact       =   1 kotak

Haih....duit lagi...xpelah...dah alang2 sampai tahap ni.Teruskan jelah dengan perancangan doktor tu.
Balik dari hospital tadi, hujan lebat mengiringi kepulangan saya ke rumah. Tak tahulah, sepanjang perjalanan dan masa tengah drive tu perasaan rasa sayu + sedih je...Airmata bercucuran sepanjang perjalanan pulang. Sedih sebab nape telur masih x banyak walaupun dah banyak dos ubat yang diguna berbanding dulu. Sambil2 tu saya ambil peluang doa sewaktu hujan lebat tu, doa moga2 selepas ni lebih banyak telur yang terhasil dan moga2  ivf ke2 kali ni berjaya..Korang pun tolong doakan saya yea (T_T)


             Ni saya lampirkan jadual suntikkan terbaru saya..Malam esok dah mula suntik cetriotide plak.

Friday 9 May 2014

Suntikan Bermula #ivf2#

10/5/2014 (period day 4) Arini  bermulanya semula rutin suntikan setiap pagi untuk ransang pengeluaran telur saya. Saya dan En.Somi tetapkan untuk mulakan suntikan pada pukul 6.30 pagi  setiap hari... Buat masa ni doc tetapkan untuk saya lakukan suntikan selama 8 hari menggunakan ubat pergoveris dan gonal f  75 iu .Maknanya suntikan akan berakhir  pada 17/5/2014. Macam biasa tugas menginjek diserahkan pada En. Somi.. x sanggup rasa nak injek diri sendiri. cukuplah saya tadah perut je untuk disuntik...huhu... Walaubagaimanapun tempoh suntikan dan dos ubat yang diguna akan ditambah sekiranya pengeluaran telur sedikit dan tidak menepati kehendak prosedure ivf. Kaedah untuk menilai pengeluaran telur saya banyak atau sikit ialah melalui Trans Vagina Scan (Tvs). Doc telah menetapkan saya hadir ke klinik untuk buat tvs pada 14/5/2014  iaitu pada hari suntikan ke 4. Jadi tunggu ler waktu tvs nanti...harap waktu tu badan saya dapat menghasilkan telur2 yang banyak dan berkualiti sesuai dengan prosedure ivf nanti. Kalo telur dah banyak maka x perlulah tambah dos ubat lagi...dapat lah jimat duit gak...huhu



Ni saya  sertakan jadual suntikkan saya untuk rujukan..

Wednesday 7 May 2014

Yang ditunggu dah tiba..#ivf2#

Akhirnya...yang ditunggu2 dah tiba.. Setelah makan progynova + norculut yg dibekalkan oleh gynea saya sejak dari 25/4 lagi, arini dengan rasminya cik Period saya dah munculkan diri... nasib baik gak sebab progynova tu cuma berbaki 2 biji je lagi cukup sampai tuk malam khamis je. Yang norculut tu plak memang dh lama abis. Last makan norculut 1/5.. So, rasmi je period datang cepat2 capai phone whatsapps doc.. Macam biasa kena  report  kat doc bila period datang? bila kena start injek ubat hormon untuk stimulate telur? bila kena stop makan progynova?  bila last makan norculut? dan tanya doc bila nak kena datang klinik tuk buat tvs?...  Hurm....dengan kedatangan period ini juga bermakna bulan ini akan bermulalah perjalanan ivf kedua saya..aiseh... nervous!!!....