Wednesday 14 May 2014

Tvs cycle day 8 #ivf2#

14/5/2014 (cd8, suntikan ke 5)
Arini temujanji dengan doc untuk buat tvs, check bilangan kantung telur yang terhasil setelah 5 hari suntikan untuk meransang perkembangan folikel di buat. Hasilnya?? Hurm masih x berapa banyak kantung telur yang terhasil...tvs tadi, belah kiri ovari hanya ada 6 folikel dengan 1 folikel saiz paling besar 12mm yang lain2 saiz 8mm sahaja. Belah ovari kanan pula yang ada , hanya  1 yang bersaiz besar sikit dan 2 lagi masih terlampau kecil. Jika mengikut sejarah ivf yang lepas, ovari kiri saya terlalu banyak salur darah yang ada dan sukar untuk diambil telurnya dan saya  perlu bergantung harap pada ovari kanan sahaja untuk proses pengambilan telur nanti. Jadi bilangan telur tu menurut doktor masih tidak mencukupi untuk prosedure opu nanti...Maka, keputusan dibuat oleh doc, saya perlu menambah lagi dos ubat. Antaranya perlu menambah ubat pergoveris lagi 2 kotak, gonal f 75 iu sekotak dan cetriotide lagi sekotak. Tempoh suntikan juga telah dilanjutkan dari 8 hari kepada 10 hari.

Berikut ialah senarai terkini jumlah ubat yang saya perlu gunakan :
1) pergoveris     =  8 kotak  kpd 10 kotak.
2) gonal f 75iu   =   2 kotak kpd 3 kotak
3) cetriotide       =  4 kotak kpd 5 kotak
4) ovidrel           =  1 kotak
5) suprefact       =   1 kotak

Haih....duit lagi...xpelah...dah alang2 sampai tahap ni.Teruskan jelah dengan perancangan doktor tu.
Balik dari hospital tadi, hujan lebat mengiringi kepulangan saya ke rumah. Tak tahulah, sepanjang perjalanan dan masa tengah drive tu perasaan rasa sayu + sedih je...Airmata bercucuran sepanjang perjalanan pulang. Sedih sebab nape telur masih x banyak walaupun dah banyak dos ubat yang diguna berbanding dulu. Sambil2 tu saya ambil peluang doa sewaktu hujan lebat tu, doa moga2 selepas ni lebih banyak telur yang terhasil dan moga2  ivf ke2 kali ni berjaya..Korang pun tolong doakan saya yea (T_T)


             Ni saya lampirkan jadual suntikkan terbaru saya..Malam esok dah mula suntik cetriotide plak.

7 comments:

  1. Yang airmata bercucuran time rawatan tu memang ada,mood swing sebenarnya,byk ubat2 masuk badan kita kan :-),kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ieda,jgn risau ye..inshaAllah dipermudahkan..Ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mayb kot...patutlah 2,3 menjak ni emosi cepat terusik...sedih je rasa..penangan suntikan hormon agaknya...x terpikir plak..huhu

      Delete
  2. sy haritu 13 kotak pergo.. 10 cetrotide.. semoga urusan ieda dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oww...ingat saya punya tu dh kira banyak...rupanya awk punya lagi banyak ubatnya. diyana dpt brp telur aritu?ada frozen lagi x?

      Delete
  3. telor x byk rasa down kan...mungkin bdn dah lali dgn ubat..
    ntahla...saya pon pernah alaminya jugak..
    saya doakan urusan awak bjln lancar:)

    ReplyDelete
  4. Time2 gini memang cepat terasa coz hormon tinggi dlm badan... so keep on positive thought ieda, InshaAllah, kita yakin dan sandarkan harapan pada Allah...Smg Allah permudahkan buat ieda...amin...

    ReplyDelete