Wednesday 23 April 2014

Simpati bertamu di hatiku..

Emosi terusik...itulah perasaan saya sekarang.. Semuanya disebabkan mendapat perkhabaran sedih sebentar tadi.. rakan segroup whatsapp saya telah gagal percubaan ivf keduanya...saya sedih+simpati terhadap dirinya. Apatah lagi kami berkongsi gynea yang sama dan dia juga melakukan percubaan ivf kedua yang sama...Yea saya faham perasaan itu sebab saya juga pernah mengalaminya..saat membaca msgnya lantas air mata ini bergenang. Saya tahu mungkin disaat ini dia sedih + kecewa dengan keputusan yang diterima...Ya Allah..kuatkanlah semangatnya, kurniakanlah kesabaran untuk dirinya dan suami..itulah doa  saya panjatkan  untuk dirinya. Perkhabaran itu juga sedikit sebanyak merentap perasaan berani yang saya cuba kumpul dalam diri ini. Jujur saya katakan disaat ini separuh keberanian saya dibawa pergi...ketakutan mula berkumpul dalam diri ini.. saya takut.. takut untuk hadapi kegagalan lagi.. T_T
Namun..apa yang telah lama dirancang tetap perlu dilaksana. Sementelah pula sebahagian ubat untuk persediaan ivf kedua telah dibeli. Tak mungkin saya berpaling lagi... perjuangan saya demi mendapat zuriat sendiri takkan terhenti disini..insyaallah. Monolog dalam diri,  ("Usaha jelah Ieda...tawakal+doa pada Allah moga rezki memiliki zuriat sendiri berpihak pada dirimu ")....

Monday 21 April 2014

Temujanji kedua # ivf2#

Semalam cd21 saya dan semalam juga temujanji kedua untuk doc buat tvs tengok ketebalan rahim (et) dan menentukan segala ubat yang saya perlukan untuk percubaan ivf kedua saya yg dirancang pada bulan  Mei depan... insyaallah... Jadi, macam biasa datang jumpa doc je semestinya kena menyerah diri tuk buat tvs. Doc scan  dan tetiba cakap,"Eh, awak x ovulate lagi ni. Cuba tengok pangkal rahim baru terbuka dan baru keluar lendir kesuburan...et sangat cantik 10.5 mm dan belah kanan ovari ada  1 folikel  saiz dominan 18.5mm"...Wah, biar betul?...x sangka saya ovulate lambat sangat rupanya...huhu... tapi doc cakap x kisah lambat @ cepat janji setiap bulan setiap saya ovulate...lega skit mendengarnya...namun, saya sedar masalah yang saya hadapi menyukarkan untuk saya preggy secara normal kecuali keajaiban berlaku dengan izin Allah...huhu... Ok...berbalik tentang pengambilan ubat tuk merangsang  penghasilan folikel saya, doc putuskan untuk saya amik ubat yang sama dengan ivf pertama saya iaitu pergoveris dan gonal f. Cuma ada sedikit penambahan bilangan ubat gonal f kali ni .Kalo dulu guna sekotak je. Kali ni kena guna dua kotak.

So, kesimpulannya.... kat bawah saya senaraikan ubat yg perlu digunakan untuk percubaan ivf kedua saya nanti :

1) pergoveris = rm350 x 8 kotak = rm2800
2) Gonal f       = rm550 x 2 kotak = rm1100
3) Cetrotide    = rm160 x 4 kotak = rm640
4) suprefact   = rm220 x 1 kotak = rm220
5) ovidrel        = rm140 x 1 kotak = rm140

*******Total = rm4900***** ( belum + harga ubat2 insert lagi tu)

Oh yea, sebelum terlupa,post sebelum ni saya ada citer saya buat test utk check kandungan vit D dalam badan. Hasil keputusannya, bacaan vit D dalam badan saya 65. Maksudnya kandungan vit D tersebut dalam badan x tinggi @ rendah di paras sedang2 sahaja...So, doc telah bekalkan saya kapsul vit D 1000iu untuk dimakan selang sehari.. nanti ada masa saya cuba upload keputusan test tersebut..

Friday 11 April 2014

Langkah pertama, percubaan kedua #ivf2#

Alhamdulillah... dengan izinNya saya masih diberi peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Phkl lagi untuk meneruskan percubaan ivf kedua saya dengan gynea yg sama aka 'Doc Cantik '.. Pagi tadi adalah day11 saya selepas period..Sebelum tu saya dh whatsapp doc saya bagitahu plan nk buat second ivf dalam bln 5 dan bertanya bila saya sepatutnya datang jumpa dia..So, doc suh saya datang sepatutnya day 12@13  selepas period tapi memandangkan kedua2 tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu dan ahad dan klinik x terima temujanji pada waktu tu maka, pembantu doc suh saya datang jupe doc pada hari Jumaat je. Teruja gak jupe doc semula selepas lebih kurang 5 bulan x jumpa lepas kegagalan ivf pertama saya. Banyak yang dibual dan dibincangkan bersama..untuk temujanji pertama bagi percubaan ivf kedua ni, Doc meneliti fail dan segala result ujian darah saya yang lepas2..syukur...sebab segala bloodtest termasuklah ujian Antimullerian (amh) masih valid dan masih boleh diterima pakai. Kalo x, masak gak saya nak kena ulang sume test tersebut yang boleh tahan gak kosnya tu.huhu.... So, kat sini saya sedar akan hikmahnya..mungkin sesetengah orang cakap terlalu awal untuk saya mengulangi membuat ivf kedua. Tapi inilah salah satu sebabnya..x nak ulang semula buat  test bagai..jadi kat situ saya dah boleh save duit skit...So,...hasil perbincangan tadi, arini saya kena buat blood test utk lihat kandungan vit D dalam badan.Dulu2 x buat pun tapi sekarang semua pesakit doc  dah kena buat test tu sebab dari report banyak yang kekurangan vit D sedangkan vit D penting untuk kesuburan. Doc juga nasihatkan saya amik multivitamin brand kordel yang didalamnya ada kandungan vit D 400iu dan jangan skip makan asid folik..Ok setakat tu dulu update dari saya...nnt saya akan cuba update secara details kos dan segala maklumat mengenai percubaan ivf kedua saya ni lagi....insyaallah...oh ya, by the way segala kos kt phkl bermula bln mac taun ni dah naik ..td pun kos tvs+ consultation+ bloodtest tuk vit D aje dah berkos rm425...phewww...kena tambah saving lagilah camni...huhu

Sunday 6 April 2014

Doa untukku dan TTC

Ya Allah.....Ya Rahman.....Ya Rahim....Ya Khaliq.....Ya Bari...Ya Musowwir....
Kurniakanlah zuriat2 yang soleh dan solehah kepada kami dan rakan2 TTC yang lain.
Kasihani lah kami, Janganlah Engkau tinggalkan kami kesunyian di bumi mu ini tanpa sebarang zuriat untuk mewarisi keturunan kami.
Ya Allah... Suburkan diri ku dan suami, berilah peluang kepada ku dan rakan2 TTC yang lain untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat2 dari rahim sendiri untuk suami.
Ya Allah...Berilah peluang kepada aku dan suami untuk bergelar Ummi dan Abi kepada zuriat2 kami sendiri..
Ya Allah...peliharalah rumah tangga kami agar berkekalan ke akhir hayat kami,
Suburkanlah perasaan kasih sayang antara kami berdua agar sentiasa sayang-menyayangi, kasih-mengasihi ke akhir hayat kami.
Sesungguhnya...hanya Engkaulah yang maha mendengar dan memakbulkan segala doa, maka tolong dan makbulkan doa2 kami ini....
Amin....


~Moga2 Allah mendengar rintihan saya ini dan memakbulkan segala doa2 dan harapan saya dan En. Somi serta rakan2 TTC yang lain untuk memiliki zuriat sendiri dan melapangkan  jalan yang saya pilih ini.... ~


Saturday 5 April 2014

Jom bersenam

Bermula dari awal bulan ni saya betul2 jadikan bersenam sebagai rutin petang saya. Bukan buat senaman berat pun. Alaaa... juz berjalan sambil skali skala joging atas treadmill je..setiap petang saya akan pastikan saya peruntukkan masa 30 minit utk buat aktiviti ni .Sebelum buat aktiviti ni pastikan minum segelas lemon suam dulu tau tuk cepatkan pembakaran kalori..berpeluh2 gaklah nak menghabiskan setengah jam atas treadmill tu.. Jadilah dari x bersenam langsung.hihi... Nape saya bersenam? Point utama mestilah sebab nak turunkan berat badan dan yang penting untuk pastikan badan sihat sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan. Saya banyak baca blog ivf diaorg ada yang buat akupunture sebelum ivf tuk lancarkan peredaran darah. Disebabkan kengkangan masa nak kuar g wat akupunture tu maka saya rasa alternatif lain buatlah senaman sendiri kt umh.. Saya harap sangat badan saya betul2 bersedia dan sihat untuk mulakan ivf kedua nanti..bila nak buat tu??? tunggu..... ;)



Thursday 3 April 2014

Dapat cucu lagi..

Malam tadi pegi Kajang melawat anak saudara perempuan yang bersalin anak sulungnya. Anak saudara tu baru je kawin taun lepas tapi murah rezki cepat dapat baby..Hurm...makin tua lah saya sebab anaknya tu kira cucu saudara saya yang ke sepuluh. Untuk info, saya dah ada ramai cucu yang datang dari anak saudara iaitu anak2 arwah abang sulung saya. Disebabkan saya anak bongsu dalam keluarga, anak saudara panggil saya "Ciksuda" jadi anak2 mereka merangkap cucu saya panggil saya lak  dengan gelaran  "Toksu Da"...hukhuk....Kalo dalam keluarga belah somi lagi best...Disebabkan somi anak sulung, maka anak adik2 somi panggil kitaorg berdua Wak disebabkan keturunan Jawa..Jadilah nama gelaran saya Wak Ida..huhu...x best langsung bunyinya..dah ajar suh panggil untie je tapi x lekat2...yang melekat gelaran wak tu  lah... terasa diri ini lagi bertambah tua....huwaaaaa....apapun ikut suka diaoranglah nak panggil ciksu ker...,toksu ker...,wak ker... janji jiwa kat dalam masih muda ..boleh lagi melayan Sinchan  dan Tom & Jerry...muhahahahaha.....
Semalam tu, saat saya pegang dan cium cucu baru, alhamdulillah...yang ada dalam diri ni cuma perasaan gembira dapat cucu lagi. Sumpah saya x de perasaan cemburu pun walaupun saya x dikurniakan zuriat lagi..Apa yang saya sematkan dalam hati rezki masing2 x sama..dan dia bertuah sebab rezkinya cepat dapat anak..Kalo dulu2 perasaan tu sedey gak sebab dok mengenangkan diri yang xde zuriat lagi. Apapun alhamdulillah saya bersyukur dengan perkembangan baru diri saya ni. Maksudnya saya sekarang dah semakin redho dan belajar menerima takdir Ilahi..