Wednesday, 23 April 2014

Simpati bertamu di hatiku..

Emosi terusik...itulah perasaan saya sekarang.. Semuanya disebabkan mendapat perkhabaran sedih sebentar tadi.. rakan segroup whatsapp saya telah gagal percubaan ivf keduanya...saya sedih+simpati terhadap dirinya. Apatah lagi kami berkongsi gynea yang sama dan dia juga melakukan percubaan ivf kedua yang sama...Yea saya faham perasaan itu sebab saya juga pernah mengalaminya..saat membaca msgnya lantas air mata ini bergenang. Saya tahu mungkin disaat ini dia sedih + kecewa dengan keputusan yang diterima...Ya Allah..kuatkanlah semangatnya, kurniakanlah kesabaran untuk dirinya dan suami..itulah doa  saya panjatkan  untuk dirinya. Perkhabaran itu juga sedikit sebanyak merentap perasaan berani yang saya cuba kumpul dalam diri ini. Jujur saya katakan disaat ini separuh keberanian saya dibawa pergi...ketakutan mula berkumpul dalam diri ini.. saya takut.. takut untuk hadapi kegagalan lagi.. T_T
Namun..apa yang telah lama dirancang tetap perlu dilaksana. Sementelah pula sebahagian ubat untuk persediaan ivf kedua telah dibeli. Tak mungkin saya berpaling lagi... perjuangan saya demi mendapat zuriat sendiri takkan terhenti disini..insyaallah. Monolog dalam diri,  ("Usaha jelah Ieda...tawakal+doa pada Allah moga rezki memiliki zuriat sendiri berpihak pada dirimu ")....

4 comments:

  1. Salam Ieda,serah segalanya pada Allah,Ieda dah usaha,di situ pun sudah ada ganjarannya..YaHayyuYaQayyum,Birahmatika Istaghis,Islihli Syakni Qullahu,Wala Takilni,Wala Takilni,Wala Takilni,Illa nafsi torqata Aini-baca setiap kali rasa tak mampu,supaya segalanya diserahkan pada Allah Yang Maha Mwngetahui..Mudah2an diberkati usaha Ieda dan suami..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nuriz..insyaallah sy akan cuba amalkan bacaan tips dari nuriz ni

      Delete
  2. Tawakal dan doa je ieda.. kita dah usaha yg sebaiknya. Hanya Allah tahu bilakah masanya.

    ReplyDelete
  3. Ye, sabar ye ieda.. itu ketentuan Allah. Noly pun takut kalau dengar macam tu, tapi usaha tetap perlu dilakukan. Usaha, doa dan kemudian tawakal... serah semua pada Allah.. InsyaAllah.

    ReplyDelete