Wednesday 29 April 2015

Allah sayang saya

29/4/2015 ~ Hari ke-8 selepas fet

Allah sayang saya...  

Allah sayang saya...

Allah sayang saya...

Ok, semalam saya ke PHKL untuk buat bhcg bloodtest. Menunggu dalam sejam then saya dapat result. Tahu bacaan result masa masuk bilik doc. Dua tiga hari sebelum bloodtest memang saya macam x sedap hati. Gelisah..tidur malam asyik terjaga. Malam sebelum pegi buat bloodtest pun pukul 3 pagi dah terjaga x boleh tidur sampai cerah. Apa saya buat baca yasin dan menangis. Lepas subuh sambil baca quran menangis lagi padahal x pegi buat bloodtest lagi tu. Sehari sebelum buat bloodtest pun sambil whatsapp ngan kawan sama fet bulan ni pun nangis gak.Kira instinct cam boleh agak dah apa keputusannya. Dan benar macam dijangka. Lagi sekali resultnya -ve..
Sebab tu saya cakap Allah sayang saya. Sebab Dia sayang Dia uji saya dengan somi..bayangkan...2x iui, 2x fresh cycle ivf dan yang terbaru fet. Semua failed. Allahurabbi....tabahkan hatiku.redhakan aku dalam menempuhi ujianMu ini... Semalam dah puas nangis sampai bengkak mata. Kat bilik doc pun cuba untuk tak nangis tapi gagal...teresak-esak hadapan doc A. Doc ckp keadaan rahim semua ok, telur cantik tapi mayb disebabkan gred embrio kerana walaupun embrio cantik dan dah hatch, gred embrio aritu ialah gred 3bc . Gred terbaik 3aa..Apapun kena berpegang pada rezki. Allah belum mahukan ianya terjadi . Jadi saya cuba pasrah....cuba redha...terima keputusan ini. Last sebelum kluar bilik doc , baru cuba bertenang, lepas salam doc A peluk saya kuat2 untuk menyabarkan saya kat situ lagi sekali airmata berderai hingga teresak-esak saya dibuatnya. Benar..sebagai hamba kita hanya mampu merancang dan terus merancang dan Allah sebaik-baik perancang.. Mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk saya dan somi lepas ni..


Monday 20 April 2015

Please keep pray for me # today is the day#fet#

21/4/2015 ~ day 23

Saya disini...Di wad yang sama di PHKL...Alhamdulillah...berkat doa semua, satu-satunya embrio saya yang ada selepas di thaw oleh embriologist semalam menurut doc A telah berkembang menjadi blastocyst yang cantik. Maka insyaallah fet saya akan dilakukan pada hari ini .. Masih mengharapkan doa dari semua moga urusan fet saya dipermudahkan olehNya dan ada rezki saya untuk preggy kali ni. Doakan yea..😅

Sunday 19 April 2015

Tolong sedekah al fatihah kepada frozen embrio saya #fet#

20/4/2015 ~ (day 22)

Harini hari penting buat saya dan somi kerana satu-satunya frozen embrio saya yang tinggal akan di thaw oleh embriologist. Jika frozen embrio tu berada dalam keadaan baik, maka esok @ lusa saya akan menjalani prosedure fet. Jika sebaliknya, maka perjalanan fet saya akan terhenti disini sahaja..nauzubillahiminzalik.....
Oleh itu, saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat2 pembaca blog saya agar dapat sedekahkan bacaan al fatihah kepada frozen embrio saya. Doakan juga moga2 frozen embrio tersebut berada dalam keadaan baik, sihat dan kuat serta berjaya menempel dalam rahim ini semasa proses frozen embrio transfer nanti...tq...dari saya yang bernama ieda.😢

* malam tadi lepas solat maghrib berjemaah, dalam dok sembang2 ngn somi, somi bagitahu dia dah kira2 dah kalo saya preggy kali ni saya akan bersalin pada bulan 1 tahun dpn. Saya x tahu nak respond apa sebab sebak dibuatnya... Nampak sangat besar harapannya kali ini untuk lihat kejayaan dalam fet kami kali ni n nak lihat saya preggy. Saya x respond sebab saya x nak bagi harapan tinggi pada dirinya.. Bukan saya x nak fet ini berjaya, cuma saya risau sebab banyak kebarangkalian yang boleh berlaku. Apa yang boleh saya lakukan ialah cuma banyakkan berdoa moga fet kali ni berjaya. Selebihnya tawakal pada Allah dan belajar untuk redha untuk menerima segala keputusan nanti.

Tuesday 14 April 2015

Temujanji doc 3 #fet#

14/4/2015 ~ (day16)

Arini tvs day16 untuk lihat ketebalan rahim selepas pengambilan suntikan orgalutron dan pengambilan ubat progynova dan femoston.Alhamdulillah ketebalan rahim adalah cantik dengan ukuran 9mm lebih seperti yang dikehendaki doktor..Dalam group whatsapp ada yang minta petua macammana untuk tebalkan rahim tu. Saya xde petua pun. Cuma pengambilan ubat yang disarankan doc. Pastu banyakkan makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah. Setiap pagi juga saya amalkan makan telur rebus beserta madu. Pada telur n madu tu dibacakan surah an nahl ayat 69. Makan buah delima setiap hari dan sejak start injection juga saya cuba buat acupunture seminggu sekali. Itu cuma amalan yang saya lakukan, tak pastilah plak usaha yang mana satu yang menyebabkan ketebalan rahim saya elok. Apapun rasa lega...peringkat pertama dah berjaya. Sekarang cuma bergantung pada frozen embrio saja. Menurut doc A, embriologist akan thaw embrio saya pada 20hb. Kalau dapat survive saat thawing nanti maka insyaallah fet saya akan dilakukan pada 21/4 @ 22/4. Ya Allah, kasihani aku..jagakanlah frozen embrioku untukku agar berada dalam keadaan elok, sihat, kuat dan berjaya menempel dalam rahimku semasa frozen embrio transfer nanti Ya Allah.. Permudahkanlah usahaku dan berilah kejayaan kepada kami dalam berusaha untuk mendapat zuriat sendiri ini. Di saat2 kritikal begini, hanya bacaan doa dan al fatihah saja yang mampu saya tujukan kepada embrio..Malam2 sejak dah decide nak buat fet ni, saya cuba usahakan baca fatihah 41x sambil menghayati maksudnya setiap malam ditujukan khas untuk embrio. Takut juga sebenarnya... takut embrio x dapat survive. Apapun saya cuba untuk bersikap positif je ni.. Kalo ada rezki saya untuk mengandung kali ni alhamdulillah.... Korang doakan saya yea...sambil2 tu tolong bacakan fatihah sedekah pada embrio saya jugak yea...tq .. ;-)