Wednesday 29 April 2015

Allah sayang saya

29/4/2015 ~ Hari ke-8 selepas fet

Allah sayang saya...  

Allah sayang saya...

Allah sayang saya...

Ok, semalam saya ke PHKL untuk buat bhcg bloodtest. Menunggu dalam sejam then saya dapat result. Tahu bacaan result masa masuk bilik doc. Dua tiga hari sebelum bloodtest memang saya macam x sedap hati. Gelisah..tidur malam asyik terjaga. Malam sebelum pegi buat bloodtest pun pukul 3 pagi dah terjaga x boleh tidur sampai cerah. Apa saya buat baca yasin dan menangis. Lepas subuh sambil baca quran menangis lagi padahal x pegi buat bloodtest lagi tu. Sehari sebelum buat bloodtest pun sambil whatsapp ngan kawan sama fet bulan ni pun nangis gak.Kira instinct cam boleh agak dah apa keputusannya. Dan benar macam dijangka. Lagi sekali resultnya -ve..
Sebab tu saya cakap Allah sayang saya. Sebab Dia sayang Dia uji saya dengan somi..bayangkan...2x iui, 2x fresh cycle ivf dan yang terbaru fet. Semua failed. Allahurabbi....tabahkan hatiku.redhakan aku dalam menempuhi ujianMu ini... Semalam dah puas nangis sampai bengkak mata. Kat bilik doc pun cuba untuk tak nangis tapi gagal...teresak-esak hadapan doc A. Doc ckp keadaan rahim semua ok, telur cantik tapi mayb disebabkan gred embrio kerana walaupun embrio cantik dan dah hatch, gred embrio aritu ialah gred 3bc . Gred terbaik 3aa..Apapun kena berpegang pada rezki. Allah belum mahukan ianya terjadi . Jadi saya cuba pasrah....cuba redha...terima keputusan ini. Last sebelum kluar bilik doc , baru cuba bertenang, lepas salam doc A peluk saya kuat2 untuk menyabarkan saya kat situ lagi sekali airmata berderai hingga teresak-esak saya dibuatnya. Benar..sebagai hamba kita hanya mampu merancang dan terus merancang dan Allah sebaik-baik perancang.. Mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk saya dan somi lepas ni..


13 comments:

  1. Ieda..noly nangis jugak baca entry ni. Bersabarlah sahabat, ujian Allah memang terasa berat, tapi Dia tahu kita mampu hadapinya. Nolly pernah merasainya, and sebabkan tu nolly nak kawan2 ttc semua berjaya dalam usaha masing2. Apakan daya, kita tetapkan dalam hati...kita manusia hanya mampu berusaha, berdoa dan kemudian bertawakal kepadaNya. Jika masih belum masanya, mungkin itu yang terbaik buat kita.... Teruskan usaha Ieda, jangan putus asa.

    ReplyDelete
  2. Salam Ieda. Semoga Ieda tabah. Rehat tenangkan fikiran. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.Saya doakan yang terbaik untuk Ieda.

    ReplyDelete
  3. ieda, hugs... smg Allah berikan ganjaran/perkara yg lebih baik atas kesabaran...amin...

    ReplyDelete
  4. Allah..allah.. Semoga diberi kekuatan ieda mizznoor

    ReplyDelete
  5. Ieda..hugs..takde perkataan untuk tenangkan ieda..tapi akk pasti Allah sentiasa hadirkan kekuatan dalam setiap kekecewaan kita..benar,Allah sayang ieda!

    ReplyDelete
  6. saya faham sgt2...saya pun sama, dgn natural pun tak terkira keguguran.. fresh ivf 2 x failed, fet 1 x failed...laa ni..biar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.....berat juga dugaan awk...moga Allah mnggantikn yg terbaik tuk awk satu hari nnt...insyaallah...

      Delete
  7. Insyallah ada rezeki tu

    ReplyDelete
  8. Ieda dearie, be strong.. hugs!

    ReplyDelete
  9. As salam...sy pernah melalui fresh cycle ttp gagal.sebelum tu sy kena operate buang fibriod ..6 mths after sy try FET..sebulan lepas sy balik dr mengerjakan umrah.sy amalkan minum madu,kurma,buah zuriat..selepas embryo trnsfer,sy berehat d hospital selama seminggu utk betul2 berehat.Alhamdulillah,pd 26 July ni anak sy berusia 6 bln.Allah Maha Agung Maha Penyayang..jgn sesekali berputus asa.amalkan senaman,jaga pemakanan dan sentiasa berdoa..

    ReplyDelete
  10. as salam..Allahuakbar sedihnya baca entry awk..sy merasai apa yg awk rasa sbb sy juga baru 3 bln slps ivf..insyaallah next month nk try FET..apa2pun jgn berhenti berdoa...BiLa ALLAH tidak beri, bukan bermakna ALLah benci..tp mungkin ALLah ada sesuatu hal utk kita mengerti.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq syirah...moga ada rezki aek juga slps ini.insyaallah

      Delete
  11. Salam perkenalan..
    Semoga kita sama2 tabah mengharunginya ya.. Sy pun gagal ivf baru2 ni keputusan negatif hari ke 9 ET darah dah keluar tengah tunggu bulan 8 ni nak buat FET harap ada rezeki anak selepas ni mungkin Allah tahu yang terbaik buat kita semua...

    ReplyDelete