Tuesday 28 August 2018

2ww post fet

21/8  -  (Selasa) hari pertama lepas fet Langsung tiada simptom apa2. Kekal baring je. Bangun masa hendak pergi ke tandas dan solat sahaja. Solat saya buat macam biasa. Kecuali solat sunat hajat dan dhuha saya duduk di kerusi.

22/8 - (Rabu) hari ke2 lepas fet
Langsung tiada simptom. Waktu ni juga hari raya haji.Maka berhuhulah sorang2 kat rumah sambil dengar takbir raya. Suami sibuk rewang uruskan lembu korban. Masa ni pun baring je sebab memang sepatutnya rehat dalam tempoh 48 jam selepas fet.

23/8 - (Khamis) hari ke3 lepas fet.
Sakit perut kiri dan kanan berdenyut2 sepanjang hari x tahu kenapa.

24/8 - 26/8 - Hari ke 4 hingga ke 7 lepas fet.
Sakit yang sama berdenyut2 lebih pada belah kanan perut dan waktu ni juga dan start macam cramp perut sakit macam senggugut secara on off. Masa ni positifkan diri dan doa serta zikir banyak2  je.

28/8 - Hari ke 8 lepas Fet
Ke HUKM harini untuk ambil darah bagi ujian bhcg nak check ngandung atau x serta amik suntikan proluton untuk kuatkan rahim .
Kos ujian darah dan suntikan proluton= rm40

29/8 - Hari ke 9 lepas Fet
Pukul 12 tengahari call HUKM untuk tahu result.

Throwback kejadian hari Fet

20/8 (Isnin) - cd23

Jangkaan prosedure Fet pukul 9 pagi. Prosedure Fet dibuat dalam keadaan pundi kencing kita penuh sebab waktu tu senang nak scan tengok kedudukan rahim. Jadi dalam pukul 8.30 pagi saya dah start minum air zamzam botol 500 ml tu. Pukul 8.45 pagi saya dan diminta tukar pakaian untuk prosedure Fet dan diminta masuk ke bilik OT. Saya keseorangan menunggu doktor untuk prosedure dari kul 9 - 9.30 pagi dibilik OT. Haihh...9.30 dah terasa nak terkucil. Doktor x datang2 sebab round klinik dahulu. Nak x nak terpaksalh saya berdiri jalan mundar-mandir dalam bilik OT untuk elakkn gesaan nak terkucil tu. 9.45 pagi alhamdulillah doktor pun muncul. Pada waktu ni suami pun diminta tukar pakaian dan masuk ke bilik OT untuk melihat embrio yang berjaya survive selepas thawing. Masa kat bilik OT, Doktor Faizal(doktor yang menggantikan Prof Hashim kerana Prof dah cuti raya) menunjukkan gambar embrio yang telah dithawing. Menurut doktor, pada mulanya cadangnya nak masukkan 1 embrio. Jadi embriologist dah thaw 1 straw yang ada 1 embrio. Malangnya dugaan buat saya embrio tu xde progress hanya 4 sel sahaja. Jadi embriologist thaw straw kedua yang ada 1 embrio juga. Sekali lagi embrio tersebut hanya pada 5 sel. Doktor bagitahu embrio yang baik ialah 8 sel keatas. Doktor teruskan juga prosedure fet dengan harapan embrio tersebut dapat terus survive dalam rahim saya. Masa dengar penerangan doktor ni saya dah down. 😔😔 Ketara perubahan muka saya hingga doktor pun tegur suh terus bersikap positif dan doa banyak2 moga embrio berjaya menempel. So prosedure fet diteruskan dan berjalan lancar. Lepas proses masukkan embrio doktor bantu kosongkan pundi kencing melalui tiub khas. Setelah selesai prosedure saya diminta baring dalam 1 jam. Pukul 11 pagi suami buat bayaran dan kami dah boleh balik rumah.

Kos prosefure fet = rm2200

Monday 13 August 2018

HUKM - Tvs day 17 - Fet # ivf3#

(13/8/2018) Isnin- cd17

Harini tvs day 17.. alhamdulillah harini lapisan endometrium dah menebal sebanyak 8.7mm. Mungkin juga asbab hasil ikhtiar minum jus delima, minum susu kambing yang di blend dengan avocado,makan telur ayam kampung separuh masak pagi2 dan supplemen vit D ,fish oil dan lain2 serta sedikit senaman yang dibuat serta semestinya dengan izin Allah jua membantu menebalkan juga lapisan endometrium tu . Jadi, Prof bagitahu insyaallah fet saya akan dibuat pada Isnin depan 20/8/2018 iaitu cd24..Hari ini saya dah diminta beli ubat pregnil dos 10000iu untuk disuntik malam ini pada pukul 9 malam serta perlu beli duspaton,suntikan deca dan suntikan pregnil untuk diguna pada hari Sabtu 18/8 sebelum fet dijalankan. Saya x jangka kena beli ubat hari ini. Jadi bekas ubat yang tahan sejuk lupa bawa. Nasib baik dekat farmasi HUKM  ada dijual bekas ubat tersebut cuma ais kena beli dikedai hadapan cafe Azalea tu.

Total kos =

3 kotak pregnil + deca + duspaton + bekas ubat = RM 357

Saturday 11 August 2018

HUKM - tvs day 14 - fet # ivf3#

10/8/18 (Jumaat) - cd14

Hari ini tvs lagi untuk lihat ketebalan endometrium saya. Hasil tvs et baru tebal 7.7 mm. Masih x cukup tebal untuk transfer embrio. Lagipun baru cd14, selalu subur saya memang lambat mungkin sebab tu endometrium x tebal lagi.Lagipun natural cycle tanpa sebarang ubat untuk tebalkan rahim,x berani nak berharap lebih2. Prof suruh saya datang tvs lagi pada hari Isnin (13/8) cd17.  Prof bagitahu jika et x tebal lagi mungkin cycle ni x jadi transfer lagi tapi kena cuba cycle depan dengan amik ubat pula untuk tebalkan rahim. Tawakal pada Allah jelah....

Kos = tiada

Tuesday 7 August 2018

HUKM ~ tvs day 10 ~ FET #IVF3#

(6/8/2018) - Isnin
Saya ke Hukm lagi pagi ni untuk tvs day 10. Untuk makluman saya telah period pada 28/7/2018. Awal dua hari dari kebiasaan. Cycle period 30 hari je bulan ni. Selalunya cycle period saya ialah 32 @ 34 hari setiap bulan. Apapun x kisahlah janji period datang macam biasa. Jadi hari ni saya perlu buat tvs bagi lihat ketebalan rahim samada sesuai untuk fet @ belum. Hasil tvs, ketebalan endometrium  baru 6.2mm. Jumaat 10/8/2018 kena repeat tvs lagi untuk check ketebalan . Risau juga ni sebab natural cycle je kn tanpa sebarang ubat untuk tebalkan rahim. Harap2 Jumaat ni dah mencapai ketebalan yang dikehendaki 8mm ke atas. Apa yang saya cuba ikhtiarkan untuk tebalkan endometrium ni dengan minum susu kambing blend dengan avocado dan kurma, royal jeli, olive oil serta 2 biji telur separuh masak pagi2 serta makan kiwi dan delima sebiji setiap hari. Ikhtiar selagi boleh. Harap usaha ni dapat membantu menebalkan lapisan endometrium saya.

Kos untuk harini RM50