Thursday 4 October 2018

Follow up prof after failed

20/9/2018

Dah sebulan berlalu baru teringat nak update blog...lepas failed fet saya diberi tarikh jumpa Prof pada 20/9. Hasil dapatan jumpa Prof , fet failed Prof cakap maybe disebabkan oleh keadaan kondisi rahim saya .Seperti yang sedia maklum saya ada endometriosis n masa Prof scan rahim sebelum fet, endo maybe dah jadi adenomiosis sebab rahim dah macam bengkak jugak sikit.Secara pemahaman saya endometriosis radang @ sakit luar rahim.Manakala adenomiosis berlaku radang @ sakit dalam rahim. Maklumat details boleh google ye. So,  Prof cakap walaupun ujian ca125  untuk tentu tahap endometriosis (luar rahim) saya haritu  dah agak normal. Namun mungkin faktor adenomiosis menyebabkan dalam rahim saya dah ada parut2 kesan penyakit ini dan menggagalkan embrio saya untuk menempel dalam rahim. Apapun semua tu teori je... Allah lebih mengetahui dan belum mengizinkan saya bergelar umi 😔.
So, sekarang Prof plan suh saya try ambil perancang Yasmeen dulu untuk 3 bulan ni. Tujuannya supaya hormon n period saya stabil dulu. Lepas tu baru try fet lagi sekali..( saya masih ada 2  frozen embrio dalam 1 straw).

#usahaselagiboleh#
#roadtotrypregnant#
#10yearsttc#

Total kos  untuk pil perancang Yasmeen 3bln= RM 77

Thursday 20 September 2018

Result fet #ivf3#

Officially saya gagal lagi dalam frozen embrio transfer kalini....tahu result keesokkannya pada tengahari 30/8,sehari selepas ujian darah bhcg 29/8 tu. Kita yang perlu call sendiri Mac, HUKM untuk tahu result bacaan bhcg. Saya pilih untuk call Mac pada pukul 12 tengahari. Sebelum call macam biasa x senang duduk dan menggigil satu badan. Takut sangat..satu badan seram sejuk. Sebelum  call Mac saya tenangkan hati dengan solat dhuha dan hajat terlebih dahulu. Saya mohon pada Allah agar redhakan hati saya dan suami walau apapun keputusannya nanti. Lepastu saya whatssap suami bagitahu saya belum call Mac sebab takut nak tahu result. Kemudian suami whatssap dengan ayat yang sangat menenangkan hati saya, suami cakap pada saya dah 10 tahun kami bersama. Apapun keputusannya insyaallah takkan mengubah apa yang telah kami kecapi berdua dan dia juga berjanji akan kekalkan apa yang telah kami nikmati bersama selama ini. Membaca ayat2 dari suami itu ibarat satu peransang dan terapi dah buat saya untuk bertenang dan call Mac. Dengan sekali deringan Nurse Mac dah angkat panggilan. Bila saya bagitahu tujuan saya serta nama dan ic, nurse pun memaklumkan pada saya dengan perlahan dan berhati2 bahawa bacaan bhcg saya hanya 1.5 sahaja. Allah...Tuhan je tahu perasaan saya ketika itu..redha...tapi siapa yang x sedih bila gagal lagi..memang seharian jugaklah menangis hingga bengkak matanya. Akhirnya period saya datang juga pada 1/9/18. Hingga hari ini, perasaan sedih tu tetap ada. Tapi saya banyak muhasabah diri mungkin belum rezki saya lagi. Allah belum bagi apa yang saya mahu Dia bagi apa yang saya perlu. Insyaallah ada hikmah atas semua yang berlaku... Dan..hikmahnya saya dah tahu, Ibu saya dikampung sekarang diuji dengan ujian kesakitan. Terlantar diwad hampir 2 minggu dengan tidak mampu urus diri hanya berbaring dan perlu dipakaikan pampers. Buat masa sekarang hujung minggu saya berulang alik Banting ke Terengganu untuk menjaga ibu. Ya. Itulah hikmahnya.. Saya dok terbayang jika saya pregnant kali ni saya tidak mampu untuk travel jauh dan tidak mampu uruskan ibu. Perancangan Allah itu yang terbaik. Moga aku dan suami terus redha dan kuat dalam menempuhi ujian Mu ..

Tuesday 28 August 2018

2ww post fet

21/8  -  (Selasa) hari pertama lepas fet Langsung tiada simptom apa2. Kekal baring je. Bangun masa hendak pergi ke tandas dan solat sahaja. Solat saya buat macam biasa. Kecuali solat sunat hajat dan dhuha saya duduk di kerusi.

22/8 - (Rabu) hari ke2 lepas fet
Langsung tiada simptom. Waktu ni juga hari raya haji.Maka berhuhulah sorang2 kat rumah sambil dengar takbir raya. Suami sibuk rewang uruskan lembu korban. Masa ni pun baring je sebab memang sepatutnya rehat dalam tempoh 48 jam selepas fet.

23/8 - (Khamis) hari ke3 lepas fet.
Sakit perut kiri dan kanan berdenyut2 sepanjang hari x tahu kenapa.

24/8 - 26/8 - Hari ke 4 hingga ke 7 lepas fet.
Sakit yang sama berdenyut2 lebih pada belah kanan perut dan waktu ni juga dan start macam cramp perut sakit macam senggugut secara on off. Masa ni positifkan diri dan doa serta zikir banyak2  je.

28/8 - Hari ke 8 lepas Fet
Ke HUKM harini untuk ambil darah bagi ujian bhcg nak check ngandung atau x serta amik suntikan proluton untuk kuatkan rahim .
Kos ujian darah dan suntikan proluton= rm40

29/8 - Hari ke 9 lepas Fet
Pukul 12 tengahari call HUKM untuk tahu result.

Throwback kejadian hari Fet

20/8 (Isnin) - cd23

Jangkaan prosedure Fet pukul 9 pagi. Prosedure Fet dibuat dalam keadaan pundi kencing kita penuh sebab waktu tu senang nak scan tengok kedudukan rahim. Jadi dalam pukul 8.30 pagi saya dah start minum air zamzam botol 500 ml tu. Pukul 8.45 pagi saya dan diminta tukar pakaian untuk prosedure Fet dan diminta masuk ke bilik OT. Saya keseorangan menunggu doktor untuk prosedure dari kul 9 - 9.30 pagi dibilik OT. Haihh...9.30 dah terasa nak terkucil. Doktor x datang2 sebab round klinik dahulu. Nak x nak terpaksalh saya berdiri jalan mundar-mandir dalam bilik OT untuk elakkn gesaan nak terkucil tu. 9.45 pagi alhamdulillah doktor pun muncul. Pada waktu ni suami pun diminta tukar pakaian dan masuk ke bilik OT untuk melihat embrio yang berjaya survive selepas thawing. Masa kat bilik OT, Doktor Faizal(doktor yang menggantikan Prof Hashim kerana Prof dah cuti raya) menunjukkan gambar embrio yang telah dithawing. Menurut doktor, pada mulanya cadangnya nak masukkan 1 embrio. Jadi embriologist dah thaw 1 straw yang ada 1 embrio. Malangnya dugaan buat saya embrio tu xde progress hanya 4 sel sahaja. Jadi embriologist thaw straw kedua yang ada 1 embrio juga. Sekali lagi embrio tersebut hanya pada 5 sel. Doktor bagitahu embrio yang baik ialah 8 sel keatas. Doktor teruskan juga prosedure fet dengan harapan embrio tersebut dapat terus survive dalam rahim saya. Masa dengar penerangan doktor ni saya dah down. 😔😔 Ketara perubahan muka saya hingga doktor pun tegur suh terus bersikap positif dan doa banyak2 moga embrio berjaya menempel. So prosedure fet diteruskan dan berjalan lancar. Lepas proses masukkan embrio doktor bantu kosongkan pundi kencing melalui tiub khas. Setelah selesai prosedure saya diminta baring dalam 1 jam. Pukul 11 pagi suami buat bayaran dan kami dah boleh balik rumah.

Kos prosefure fet = rm2200

Monday 13 August 2018

HUKM - Tvs day 17 - Fet # ivf3#

(13/8/2018) Isnin- cd17

Harini tvs day 17.. alhamdulillah harini lapisan endometrium dah menebal sebanyak 8.7mm. Mungkin juga asbab hasil ikhtiar minum jus delima, minum susu kambing yang di blend dengan avocado,makan telur ayam kampung separuh masak pagi2 dan supplemen vit D ,fish oil dan lain2 serta sedikit senaman yang dibuat serta semestinya dengan izin Allah jua membantu menebalkan juga lapisan endometrium tu . Jadi, Prof bagitahu insyaallah fet saya akan dibuat pada Isnin depan 20/8/2018 iaitu cd24..Hari ini saya dah diminta beli ubat pregnil dos 10000iu untuk disuntik malam ini pada pukul 9 malam serta perlu beli duspaton,suntikan deca dan suntikan pregnil untuk diguna pada hari Sabtu 18/8 sebelum fet dijalankan. Saya x jangka kena beli ubat hari ini. Jadi bekas ubat yang tahan sejuk lupa bawa. Nasib baik dekat farmasi HUKM  ada dijual bekas ubat tersebut cuma ais kena beli dikedai hadapan cafe Azalea tu.

Total kos =

3 kotak pregnil + deca + duspaton + bekas ubat = RM 357

Saturday 11 August 2018

HUKM - tvs day 14 - fet # ivf3#

10/8/18 (Jumaat) - cd14

Hari ini tvs lagi untuk lihat ketebalan endometrium saya. Hasil tvs et baru tebal 7.7 mm. Masih x cukup tebal untuk transfer embrio. Lagipun baru cd14, selalu subur saya memang lambat mungkin sebab tu endometrium x tebal lagi.Lagipun natural cycle tanpa sebarang ubat untuk tebalkan rahim,x berani nak berharap lebih2. Prof suruh saya datang tvs lagi pada hari Isnin (13/8) cd17.  Prof bagitahu jika et x tebal lagi mungkin cycle ni x jadi transfer lagi tapi kena cuba cycle depan dengan amik ubat pula untuk tebalkan rahim. Tawakal pada Allah jelah....

Kos = tiada

Tuesday 7 August 2018

HUKM ~ tvs day 10 ~ FET #IVF3#

(6/8/2018) - Isnin
Saya ke Hukm lagi pagi ni untuk tvs day 10. Untuk makluman saya telah period pada 28/7/2018. Awal dua hari dari kebiasaan. Cycle period 30 hari je bulan ni. Selalunya cycle period saya ialah 32 @ 34 hari setiap bulan. Apapun x kisahlah janji period datang macam biasa. Jadi hari ni saya perlu buat tvs bagi lihat ketebalan rahim samada sesuai untuk fet @ belum. Hasil tvs, ketebalan endometrium  baru 6.2mm. Jumaat 10/8/2018 kena repeat tvs lagi untuk check ketebalan . Risau juga ni sebab natural cycle je kn tanpa sebarang ubat untuk tebalkan rahim. Harap2 Jumaat ni dah mencapai ketebalan yang dikehendaki 8mm ke atas. Apa yang saya cuba ikhtiarkan untuk tebalkan endometrium ni dengan minum susu kambing blend dengan avocado dan kurma, royal jeli, olive oil serta 2 biji telur separuh masak pagi2 serta makan kiwi dan delima sebiji setiap hari. Ikhtiar selagi boleh. Harap usaha ni dapat membantu menebalkan lapisan endometrium saya.

Kos untuk harini RM50

Friday 27 July 2018

HUKM - ambil planner untuk fet #ivf3#

26/7/2018 - (Khamis)

Hari ini saya ke HUKM lagi. Ada temujanji dengan Prof untuk berbincang dan ambil planner bagi FET (frozen embrio transfer) jangkaan period akan datang ni. Seawal 6.30 pagi dah gerak dari rumah dan sampai HUKM pukul 7.30 pagi. Sampai2 terus ke MAC dan ambil nombor giliran untuk jumpa Prof. Alhamdulillah dapat giliran nombor 1...yeay....lepas dapat nombor giliran saya x kemana2 hanya duduk menunggu Prof tiba jangkaan menurut nurse dalam pukul 8.45 pagi. Sambil2 tu saya juga ambil kesempatan jumpa  nurse di kaunter untuk urusan tuntutan claim ubat bagi ivf ni. Untuk makluman, sesiapa yang kakitangan kerajaan boleh claim ubat sahaja bagi ivf. Yang lain x boleh claim ye. Apapun syukur sangat2 walaupun boleh claim ubat sahaja kerana ubat sahaja untuk ivf kalini mencecah RM3300 juga. Nanti saya akan cuba tulis cara untuk claim dalam post akan datang. Insyaallah...
Tunggu punya tunggu Prof x datang2...jam ditangan dah hampir mencecah pukul 10 pagi. Risau juga sebab nanti nak bergegas balik ke sekolah semula sebab cadangnya nak ambil timeslip sahaja hari ini. Kemudian terdengar nama di panggil tapi kena jumpa doc lain iaitu Dr Faizal sebab Prof rupanya ada operation pagi ni. Dr Faizal bagitahu kalau nak jumpa Prof juga kena tunggu dalam pukul 11 pagi. Tapi dia juga maklumkan bahawa dia juga dibawah Prof dan tiada masalah jika jumpa dia sahaja. Saya buat keputusan berbincang dengan Dr Faizal sahaja. Menurut Dr Faizal, melalui opu haritu, daripada 7 telur, 4 telah berjaya jadi embrio  dan embrio yang terhasil adalah dari gred 1 iaitu gred yang insyaallah terbaik. Seperti yang saya sedia maklum embrio saya disimpan dalam 3 straw  dan insyaallah saya akan ada 3 peluang FET. Alhamdulillah....syukur sangat2...Dr  Faizal juga sempat nyatakan pada saya bahawa saya antara pesakit endo yang bertuah kerana dapat telur yang berkualiti dan dapat jadi embrio. Dia maklumkan ada pesakit endo lain baru lepas opu minggu lepas dapat 12 telur tapi disebabkan endo, telur2 tersebut x berkualiti x dapat jadi embrio.. Sebak saya dengar berita ni. Sebab saya tahu disamping usaha saya dan suami, Allah  ada disisi bantu realisasikan harapan dan hajat kami berdua...Allahu...😢😢
Dr Faizal maklumkan bahawa FET  akan dibuat secara natural tanpa sebarang ubat untuk saya memandangkan bacaan CA125 saya untuk kesan tahap endometriosis dalam badan  hanyalah 11 iaitu tahap normal. Maksudnya endometriosis saya dalam keadaan tidak aktif buat masa sekarang. Alhamdulillah lagi...😢😢....Menurut beliau juga, jika bacaan CA125 tinggi lebih 30 barulah  FET dibuat selepas rahim direhatkan dengan suntikan ubat penahan  period 3@6 bulan. Jadi sekarang saya hanya perlu tunggu kedatangan period sahaja dan pada hari ke10 datang untuk scan ketebalan rahim samaada sesuai untuk transfer embrio atau tidak.
Hurm...x lama dah ivf3 ni nak complete. Hanya tunggu FET kemudian lalui minggu 2 weeks wait dan dapat keputusan pregnant atau tidak. Sekarang apa yang mampu saya buat ialah jaga makan dengan makan makanan berkhasiat, makan supplemen dan keluarkan peluh setiap hari dengan main badminton tiap2 petang bersama suami untuk kesihatan. Disamping itu jangan tinggal dhuha, hajat, taubat dan tahajud setiap hari dan submit doa banyak2 pada Allah...moga Allah memakbulkan hajat dan keinginan kami untuk mendapat zuriat sendiri melalui ivf3 kali ini....insyaallah...

Kos :

Bayaran jumpa doktor = RM 20

Wednesday 25 July 2018

HUKM - TVS Day 11 - Suntikan ke 8 #Ivf3#

(9/7/18) - post ni throwback patut post awal tapi post asal dah terdelete..harap maklum..
Tvs kedua dibuat pada hari ini iaitu hari ke11, suntikan ke 8. Keputusan bilangan folikel masih sama dimana tiada berlaku penambahan folikel cuma dari segi saiz masing2 dah besar. Kecewa juga.😭 Apapun cepat2 tukar rasa kecewa kepada rasa syukur kerana masih bertelur daripada langsung tiada telur 😂. So..hari ini kena tambah dos suntikan menopur  untuk hari ke9 serta kena beli ubat pregnyil iaitu suntikan untuk matang dan pecahkan telur sebelum opu. Tarikh ovum pick up (opu) juga telah diberikan iaitu pada hari Khamis (12/7/2018). Wish me luck 🙏

Kos :
Deposit OPU = RM 815
Kena tambah Ubt menopur bagi suntikan hari ke 9 : Rm75 x 3 botol = RM 225
Ubat pregnil 2 botol = RM 96

Jumlah kos keseluruhan  = RM 1136

Wednesday 18 July 2018

HUKM - Bayaran frozen embrio #ivf3#

18/7/2018 (Khamis)
Assalam. Semalam saya ke MAC lagi. Datang untuk buat bayaran frozen embrio...Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....rasa syukur sangat2 kerana dari 7 telur, 4 embrio telah terhasil dan di frozenkan. Embriologist simpan embrio saya dalam 3 straw. 1 straw yang ada 2 embrio.2 straw lagi ada 1 embrio setiap satu..Ini bermakna saya boleh lalui 3 percubaan fet dengan adanya 3 straw tu. Ya Allah...sebak sangat masa tahu berita ni... rasa kerdil sangat dan rasa bersyukur sangat2 sebab untuk cycle ivf kali ini bilangan telur yang terhasil serta bilangan frozen embrio yang terhasil lebih sedikit berbanding sebelum ni. Lega sedikit sebab dah lepas satu step...Apapun perjalanan ivf saya ni masih panjang...lepas ni nak tunggu proses transfer embrio pula insyaallah bulan depan jika tiada masalah. Saya juga diberi tarikh appoinment pada minggu hadapan pada 26/7/18 untuk berjumpa Prof dan bincang planner fet ivf pula. Tolong doakan urusan ivf saya dipermudahkan ye ... 😢

Kos frozen embrio : RM 1330

Thursday 12 July 2018

HUKM - Ovum pick up (opu) #ivf3#

(12/7/2018) - Khamis

Alhamdulillah...semalam saya telah selesai menjalani prosedure opu di MAC, HUKM. Saya dan suami bergerak ke HUKM seawal 6.30 pagi dan tiba di hospital pada pukul 7.30 pagi.Kami diminta datang awal seawal pukul 8.00 pagi untuk prosedure opu hari ini. Memandangkan masih ada masa,selepas letak borang pendaftaran untuk opu  di kaunter, saya dan suami naik ke surau di tingkat 1 untuk solat dhuha dan hajat terlebih dahulu. Selesai solat menunggu suami pula yang masih belum siap. Jam ditangan dah menghampiri pukul 8.30 pagi. Saya dah mula rasa sedikit cuak. Lepas suami siap saya terus ke MAC memandangkan saya dikehendaki berpuasa dari pukul 12 malam lagi untuk prosedure opu hari ini manakala suami saya suruh ke cafe terlebih dahulu untuk sarapan. Sampai di MAC saya bertanya jururawat di  kaunter pukul berapa prosedure opu saya. Gabra juga sebab nurse tanya saya ke mana tadi kerana sepatutnya saya dah kena masuk bilik recovery untuk tukar pakaian dan masukkan branula ditangan . Cepat2 saya minta maaf dan maklumkan saya ke surau tadi...nasiblah x kena marah 😅😅..Lepas tu ternampak kelibat Prof Hashim dah sampai di kaunter.Alamak...
.saya cepat2 ikut nurse ke bilik tukar pakaian. Xsempat dah masa tu nak tunggu dan nak jumpa suami sebelum prosedure opu untuk minta maaf.sob sob 😢...Apapun saya sempat mesej suami bagitahu saya dah kena masuk bilik operation untuk prosedure dan mohon doakan segalanya berjalan lancar dan minta maaf atas segalanya. Waktu tu saya sempat tengok jam di tangan menunjukkan pukul 8.45 pagi.
Setelah selesai tukar pakaian, saya diminta mengikut nurse ke bilik ot.. masa kat dalam bilik ot dah nampak Prof bersama beberapa orang nurse didalamnya. Saya diminta duduk  dan letakkan kaki pada pelapik kaki dikiri dan kanan semasa prosedure dilakukan.(imagine duduk terkankang macam orang nak beranak tu). Masa ni soal malu dah tolak tepi. Pasrah je...sempat doa dalam hati moga Allah ampuni diri masa sepanjang prosedure disebabkan aurat yang terdedah tu. Masa ni Prof minta izin masukkan branula di tangan untuk masukkan ubat tidur dan bius. Sempat zikir rabbiyassir banyak2 kali hinggalah saya tertidur x sedar apa yang berlaku....
Saya tersedar kembali masa hujung2 opu nak selesai...tu pun sebab terasa perit dan ngilu2 pada kiri dan kanan perut. Tertanya2 juga dalam hati dah selesai ke belum ni. Masa tu saya perasan Prof ada dihadapan saya sedang kluarkan spekulum rasanya dari miss v saya. Kemudian saya diminta bangun dan dipapah semula ke bilik recovery untuk rehat. Sempat saya tanya nurse berapa telur yang dapat diambil. Nurse bagitahu dapat collect 7 telur je. Alhamdulillah....syukur Ya Allah😭😭.Tolong doakan ketujuh-tujuh telur dapat bergabung dengan sperm suami dan ketujuh-tujuhnya dapat menjadi embrio yang kuat,sihat dan berkualiti..Prosedure opu saya selesai pada pukul 9.30 pagi dan dalam mamai2 pada pukul 11.00 pagi dapat mesej dari suami dia pun dan selesai bagi sample..Alhamdulillah.syukur.....Allah permudahkan dan bantu urusan saya hari ini.
Oh ya ,lupa nak bagitahu untuk opu ni hanya diberi mc sehari je.Lepas opu pn ada kesan darah juga dekat pantyliner .So boleh standby pad @ pantyliner siap2 untuk sesiapa yang nak buat opu. Lepas opu adalah rasa sengal2 lagi dikiri kanan perut.Esoknya saya dah masuk kerja macam biasa je.
Lega juga sebab dah selesai satu bab iaitu opu. Sekarang ni berdebar menunggu hari Rabu (18/7/2018), menunggu keputusan samaada telur2 saya dapat bergabung dengan sperm suami atau tidak dan sedang tertunggu-tunggu berapa embrio yang dapat terhasil. Untuk pengetahuan, Saya tidak akan menjalani prosedure transfer embrio lagi cycle ni  sebaliknya semua embrio yang terhasil nanti akan dibekukan dan jika tiada halangan insyaallah bulan depan baru transfer. Semuanya atas saranan Prof kerana saya ada masalah endometriosis.Prof nak rahim saya rilek dahulu selepas terima bermacam suntikan hormon.
Sekarang ni tawakal dan serah pada Allah je segala-galanya. Apa yang mampu saya buat ialah perbanyakkan doa serta solat tahajud,taubat,hajat,dhuha serta hari2 baca yasin dan surah al fatihah 41 kali niat sedekah pada embrio.Moga2 embrio saya dapat membesar dengan kuat ,sihat dan berkualiti. Doakan saya...harapan saya moga2 Allah dengar rintihan hati saya dan suami serta memakbulkan doa dan hajat kami untuk memiliki zuriat sendiri menerusi ivf ke3 kali ini😢😢...

Total cost :
Bayar pada MAC untuk prosedure OPU = RM 1650
Bayar pada HUKMSC(private wing) = RM1700

Tuesday 10 July 2018

HUKM - Tvs Day 8 - Suntikan ke6 #ivf3#

(6/7/2018) - Jumaat

Seawal 6.30 pagi saya dah bergerak ke hukm. Sampai sana sedang elok 7.30 pagi.Datang awal kerana cadangnya saya nak mohon timeslip pada harini dan selepas tu bergegas ke sekolah semula. Pintu MAC dah dibuka tapi masih belum ada siapa2 di kaunter pendaftaran. Rasa bertuahlah juga sebab dapat nombor giliran yang pertama.  Selepas meletakkan borang biru ivf di kaunter, saya terus ke surau di tingkat 1. Masih ada masa untuk saya solat dhuha dan hajat sebelum tvs dibuat. Selesai solat saya ke bahagian MAC semula. Untuk tvs kali pertama saya dikehendaki membuat bayaran rm50. Selesai bayaran saya diarahkan ke bilik scan.Tapi x dapat scan lagi sebab pegawai bertugas masih belum dibiliknya. Jadi bertelekulah depan bilik scan dari pulul 8 hingga 9.30 barulah pegawainya datang 😣...Terpaksalah bersabar..sebab memang dah sedia maklum hospital kerajaan memang banyak prosedure dan lambat sedikit urusannya.Trans vagina scan (tvs) dibuat pada hari ini iaitu period hari ke 8 dan masih on clomid dan suntikan hari ke 6..Hasil tvs belah kanan ada folikel dalam 4-5 .Dan belah kiri ada 2 folikel... Hurm macam tulh...dulu pun guna ubat lain lebih kurang tu juga bilangannya..tvs x lama pun dalam 5-10 minit sahaja. Selesai tvs saya diarahkan menunggu di kaunter pendaftaran untuk tunggu pengesahan dan pendapat Prof mengenai jadual ivf saya....Rezeki juga kebetulan Prof datang semasa saya sedang menunggu. Prof meneliti jadual ivf saya dan melihat keputusan tvs...Prof bagitahu   bilangan telur yang terhasil sedikit walaupun telah diransang dengan ubat suntikan berbanding pesakit lain yang bilangan folikel telur 10 ke atas ..Semakan keputusan ujian amh (anti mullerian hormon- untuk lihat simpanan telur di ovari) juga dilakukan dimana bacaan amh saya  12.2 . (Bacaan normal amh 5-19.9 pmol). (Saya google je ni.rujuk blog  www.mengapaibintangsizuka.blogspot.com)
Lega sedikit kerana penghasilan telur saya masih stabil mengikut umur. Saya kemudiannya diarahkan datang melakukan tvs kembali pada hari Isnin ,9/7/18 untuk melihat perkembangan folikel telur saya. Semua urusan selesai pada pukul 10.30 pagi dan saya terpaksa membatalkan hasrat untuk mohon timeslip memandang dah lewat dan waktu persekolahan berakhir pada pukul 12 tengahari bagi hari Jumaat. Lagipun jarak yang jauh dimana nak kembali ke sekolah pun 1 jam juga perjalanannya, jadi terpaksalah mohon cuti rehat pada hari ini.

Sunday 8 July 2018

Dugaan .... tabahkan hatiku Ya Allah...#ivf3#

(4/7/18) - period D5

Dugaan betul cycle ivf kali ini bilamana ubat2 ivf rosak gara2 pintu peti sejuk x tertutup rapat...😭😭😭😭....sedih sangat2....ubat dahlah beribu...nasib baik dah sempat suntik 2 hari....jadi baki ubat yang rosak ialah untuk suntikan 6 hari iaitu sebanyak 18 botol.. Mari kita buat kira2 sikit.

Sebotol ubat menopur  =RM 75
Suntikan sehari 3 botol =RM75x3= RM225
18 botol rosak x RM75  =RM 1350 😭😭

Memang ujian betul...redha jelah...pintu peti ais x ditutup rapat dari pukul 7 pagi hingga balik sekolah kul 3 petang baru perasan..memang sedih dan cuak sangat2...Terus mesej Prof minta pendapat...Prof cakap as long as sejuk boleh pakai...Tapi hati memang x sedap dah.memandangkan ubat merupakan salah satu faktor penting dalam ivf, jadi saya buat keputusan terus beli ubat baru semula.

Tuesday 3 July 2018

HUKM - Bermula Kembali #ivf3#

Assalam..masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" untuk semua pengunjung blog ini. Maaf juga kerana baru ada kelapangan untuk update cerita perjalanan ivf3 saya ini....

29/6/18(Khamis) ~ Period
Actually tengah puasa syawal untuk hari ke5. Perut dah start sakit2 petanda nak datang period sejak semalamnya.Dan seperti dijangka period datang pada waktu tengah hari.Tapi memang x keluar darah lagi.Hanya ada coklat2 . Terus capai phone dan maklumkan pada Prof. Prof minta saya walk in ke MAC,HUKM esoknya untuk ambil bekalan ubat suntikan.

30/6/18 (Jumaat) ~ D1
Saya ambil kira  ni hari pertama period sebab baru keluar darah periodnya. Kami suami isteri bergegas ke Mac Hukm selepas suami selesai solat Jumaat. Untuk hari ni, kami dibekalkan dengan ubat menopur 225 iu untuk suntikan selama 8 hari. Kira pengalaman pertama guna ubat jenis ni. Sebelum ni guna gonal f n pergoveris. Ubat ni kena bancuh terlebih dahulu sebelum di suntik . Malamnya dah mula makan clomid 2 biji dos 100mg .

kos ubat :
menopur RM75x 24 botol = RM 1800
jarum suntikan                   = RM     30
jumlah                                 = RM  1830

#tawakalpadaAllah#
#ivf3#

Saturday 2 June 2018

Ikhtiar Perubatan Islam

Assalam..Salam 18 ramadan dan selamat berpuasa untuk semua.
Tika dan saat entry ini ditulis, saya berada di Melaka. Semalam saya dan suami meluangkan masa ikhtiar untuk memiliki zuriat melalui Perawat Perubatan Islam yang berada di Tiang Dua, Melaka. Saja kami kesini untuk minta ustaz tengokkan samaada terdapat unsur luar dalam badan kami suami isteri yang mengganggu usaha kami dalam memiliki zuriat sendiri..Almaklumlah 30/5 haritu anniversary perkahwinan kami yang ke 10 tahun.Kejap je rasa masa berlalu.Lagipun dah bermacam usaha dan ikhtiar yang kami buat seperti berurut,perubatan tradisional dan moden tapi sekali pun x pernah lekat .Iui dan ivf pun dah berkali-kali tapi gagal juga .So, mengambil kira rancangan kami untuk sambung treatment ivf3 lepas raya, kalini kami nekad datang berubat dengan ustaz ni juga.
Sebelum ni dalam kepala asyik dok fikir aku ni xde gangguan apa2 kot sebab badan ni x pernah rasa lain macam dan x delah selalu mimpi bukan2. Jadi rasa memang badan ok tiada gangguan unsur luar.tapi.........rupa2nya masa diruqyah baru terbongkar ceritanya.
Hurm.....meh nak story skit apa yang jadi. Masa kena ruqyah tu aku diminta baring terlentang dengan separuh badan ditutup selimut.Tangan pula disisi. Mata ustaz minta aku tutup dan jangan buka walau apapun yang jadi hinggalah dia sendiri yang suruh buka mata. Kemudian bermulalah sesi ruqyah keatas diri ini.Masa ustaz mula ruqyah x rasa apa2 lagi.Kemudian terasa ustaz letak tangan kat dada dan dekat perut area rahim sambil  baca2 ayat ruqyah.Masa tu aku dah rasa semacam.Jantung berdegup kencang badan dah mula rasa semacam. Kemudian terdengar ustaz cakap " Wahai jin yang menghuni jasad ini munculkan diri dan tinggalkan jasad ini. Masa tu dalam kepala boleh dok terfikir lagi ada jin kat badan aku ni? Kemudian dengar ustaz azan kuat kat telinga masa tu juga telinga start berdesing dan bahagian atas badan rasa macam ada sesuatu yang memang nak keluar dari badan.X semena-mena aku nangis teresak-esak kuat ..Masa dalam keadaan macam tu berlakulah sesi dialog antara ustaz dan aku(masa ni sedar je tapi macam diluar kawalan mcm bkn aku yg jwb mayb jin dalam badan yang berinteraksi dengan ustaz.wallahualam).
Suami cerita dia yang tengok keadaan saya pun terkejut x sangka langsung.Katanya situasi saya sebijik macam dalam video2 ruqyah yang dia pernah tengok.Dia nampak bagaimana usaha ustaz tarik benda ni keluar dari badan.
Kesimpulannya selepas rawatan ustaz terangkan bahawa dalam badan saya ada unsur luar yang menumpang iaitu jin yang bersembunyi elok bersarang dalam badan sejak dari dulu sebelum kahwin lagi. Jin ni bukan dari saka keturunan@dihantar khianat oleh orang tapi jin yang datang sendiri menumpang kat badan kerana sukakan diri ini.Siap ustaz tanya pernah duduk asrama ke? saya jawab memang pernahlah sebab dari form4 saya dah masuk asrama. Ustaz tanya juga sebelum ni saya pernah kena ruqyah atau tidak.Dan pernah jadi macam keadaan dirawat tadi x? Saya jawab pernah kena ruqyah tapi x berlaku apa2.Lepastu saya ni rajin juga dengar ayat ruqyah kat radio.rajin amal zikir harian juga.Tanya juga boleh pula jin tu duduk je dalam badan?  Ustaz jawab jin ni yang jenis degil memang x terkesan dengan apa2 kecuali tadi lepas diruqyah dan diprovoke baru jin tu munculkan diri.Maybe sebab unsur luar ni juga yang sebabkan iui dan ivf saya gagal.wallahualam.....Ustaz dah usaha keluarkan jin itu dari badan ni. Sekarang ni saya perlu minum air yang dibekalkan dan sapu air yang telah dibaca doa tu pada area rahim selama 15 minit setiap hari dalam tempoh 2 minggu. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu.Dalam bulan ramadan yang mulia ini,terimalah segala usaha dan ikhtiar yang aku lakukan ini.Angkat dan terimalah doa2 ku dan suami serta doa pembaca blogku ini agar kami semua berpeluang mempunyai zuriat kandung sendiri.Aaminn..
#ikhtiarselagiboleh#

Tuesday 20 March 2018

HUKM ~ Temujanji Pertama #ivf3#

Assalam...setelah beristikharah dan tanya pendapat rakan2, saya dan suami ambil keputusan untuk teruskan rawatan di Hukm dengan Prof Hashim. Jadi, 19/3  haritu kami berdua telah ke Hukm untuk temujanji pertama.Sebulan lebih juga nak dapatkan temujanji ni.So better call awal yea..  Melalui perbincangan dengan prof, prof cadangkan saya buat ivf- icsi sekali lagi tapi dengan kaedah pick up first but transfer later..maksudnya ivf saya nanti melalui kaedah Frozen Embrio Transfer(FET) sebab prof nak badan saya rehat dulu selepas opu ekoran dari saya ada endometriosis stage 3 .  Saya bagitahu Prof mungkin saya akan buat pada bulan 4 @ selepas raya...bergantung pada period saya ok ke x dan saya nak badan saya betul2 bersedia untuk ivf kali ni. Sebelum balik Prof bekalkan saya dengan supplemen dan ubat yang perlu dimakan jika dah bersedia untuk ivf. Haihhh... Tawakal je ni.macam2 perasaan dalam diri.wish me luck..
#totalcost:rm520#
#hukmprivatewing#

Wednesday 10 January 2018

Sentiasalah bersangka baik 😊

Best baca ni... Walaupun copy paste jer....

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Sentiasa bersangka BAIK.
FIKIR YANG BAIK2. ☺