Thursday, 20 September 2018

Result fet #ivf3#

Officially saya gagal lagi dalam frozen embrio transfer kalini....tahu result keesokkannya pada tengahari 30/8,sehari selepas ujian darah bhcg 29/8 tu. Kita yang perlu call sendiri Mac, HUKM untuk tahu result bacaan bhcg. Saya pilih untuk call Mac pada pukul 12 tengahari. Sebelum call macam biasa x senang duduk dan menggigil satu badan. Takut sangat..satu badan seram sejuk. Sebelum  call Mac saya tenangkan hati dengan solat dhuha dan hajat terlebih dahulu. Saya mohon pada Allah agar redhakan hati saya dan suami walau apapun keputusannya nanti. Lepastu saya whatssap suami bagitahu saya belum call Mac sebab takut nak tahu result. Kemudian suami whatssap dengan ayat yang sangat menenangkan hati saya, suami cakap pada saya dah 10 tahun kami bersama. Apapun keputusannya insyaallah takkan mengubah apa yang telah kami kecapi berdua dan dia juga berjanji akan kekalkan apa yang telah kami nikmati bersama selama ini. Membaca ayat2 dari suami itu ibarat satu peransang dan terapi dah buat saya untuk bertenang dan call Mac. Dengan sekali deringan Nurse Mac dah angkat panggilan. Bila saya bagitahu tujuan saya serta nama dan ic, nurse pun memaklumkan pada saya dengan perlahan dan berhati2 bahawa bacaan bhcg saya hanya 1.5 sahaja. Allah...Tuhan je tahu perasaan saya ketika itu..redha...tapi siapa yang x sedih bila gagal lagi..memang seharian jugaklah menangis hingga bengkak matanya. Akhirnya period saya datang juga pada 1/9/18. Hingga hari ini, perasaan sedih tu tetap ada. Tapi saya banyak muhasabah diri mungkin belum rezki saya lagi. Allah belum bagi apa yang saya mahu Dia bagi apa yang saya perlu. Insyaallah ada hikmah atas semua yang berlaku... Dan..hikmahnya saya dah tahu, Ibu saya dikampung sekarang diuji dengan ujian kesakitan. Terlantar diwad hampir 2 minggu dengan tidak mampu urus diri hanya berbaring dan perlu dipakaikan pampers. Buat masa sekarang hujung minggu saya berulang alik Banting ke Terengganu untuk menjaga ibu. Ya. Itulah hikmahnya.. Saya dok terbayang jika saya pregnant kali ni saya tidak mampu untuk travel jauh dan tidak mampu uruskan ibu. Perancangan Allah itu yang terbaik. Moga aku dan suami terus redha dan kuat dalam menempuhi ujian Mu ..

1 comment:

  1. Allahuakhbar, tak tergamak rasanya saya nak ucapkan "takziah" dalam keadaan Ieda Jeff sekarang ni. Apa yang mampu saya ucapkan "Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita saat ini".

    Betul, setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Contoh diri saya sendiri; saya pernah terfikir...jika saya diberikan rezeki mengandung masa arwah mak masih ada, mungkin saya tak mampu nak menguruskan diri sendiri dengan keadaan arwah Mak yang bed ridden akibat banyak penyakit. Allah SWT tahu kemampuan saya, jadi rezeki mengandung hanya saya dapat lepas 4 tahun arwah Mak meninggal. Cuma terkilan, arwah Mak dan Abah tak sempat nak tengok cucu yang mereka nanti-nantikan selama ini.

    ReplyDelete