Thursday 4 October 2018

Follow up prof after failed

20/9/2018

Dah sebulan berlalu baru teringat nak update blog...lepas failed fet saya diberi tarikh jumpa Prof pada 20/9. Hasil dapatan jumpa Prof , fet failed Prof cakap maybe disebabkan oleh keadaan kondisi rahim saya .Seperti yang sedia maklum saya ada endometriosis n masa Prof scan rahim sebelum fet, endo maybe dah jadi adenomiosis sebab rahim dah macam bengkak jugak sikit.Secara pemahaman saya endometriosis radang @ sakit luar rahim.Manakala adenomiosis berlaku radang @ sakit dalam rahim. Maklumat details boleh google ye. So,  Prof cakap walaupun ujian ca125  untuk tentu tahap endometriosis (luar rahim) saya haritu  dah agak normal. Namun mungkin faktor adenomiosis menyebabkan dalam rahim saya dah ada parut2 kesan penyakit ini dan menggagalkan embrio saya untuk menempel dalam rahim. Apapun semua tu teori je... Allah lebih mengetahui dan belum mengizinkan saya bergelar umi 😔.
So, sekarang Prof plan suh saya try ambil perancang Yasmeen dulu untuk 3 bulan ni. Tujuannya supaya hormon n period saya stabil dulu. Lepas tu baru try fet lagi sekali..( saya masih ada 2  frozen embrio dalam 1 straw).

#usahaselagiboleh#
#roadtotrypregnant#
#10yearsttc#

Total kos  untuk pil perancang Yasmeen 3bln= RM 77

5 comments:

  1. Sis betul2 tabah..semoga ada rezeki nnt..teruskn usaha sis..jgn putus asa..bolehla kiranya sis share cara untuk claim duit kos ubat utk pekerja kjaan..terima kasih

    ReplyDelete
  2. kuatnya ieda,saya pembaca baru blog ieda.Saya doakan ada rezeki anak utk ieda

    ReplyDelete
  3. Sis seorang yg tabah. Seorang wanita yg kuat. saya baca dari awal hingga akhir blog sis . semua jalan cerita banyak pengajaran.

    Saya 3tahun kahwin dan masih menanti cahaya kata . Moga murah rezeki saya dan suami.

    Terima kasih atas perkongsian sis . Moga Murah rezeki sis dan suami . Aaminn

    ReplyDelete