Thursday 26 June 2014

Anak jaminan kebahagiaan?

Salam semua....lama x tulis entry, apapun saya setia mengikuti perkembangan rakan2 ttc yang lain cuma kadang2 x sempat nak komen entry. Pada yang sedang gigih ber ttc teruskan usaha..Moga Allah memberkati segala usaha anda yang berjuang untuk meramaikan ummat nabi Muhamad s.a.w.....Amin...
Sedar x sedar, masa pantas berlalu dan sekarang kita di pertengahan tahun 2014 dah..lagi dua tiga hari dah nak puasa dan lepas tu raya.Adoi...camne plak nak hadap soklan2 cepumas makcik pakcik mulut laser kat kampung taun ni...huhu...Lately, saya akui memang saya mengasingkan diri dari sedara-mara. Kalau ada kenduri kendara seboleh-boleh cuba ngelak dari menghadirkan diri dan kalau hadir pun saya lebih suka lepak ngn En.Somi je.Lantaklah orang cakap kami suka berkepit ke apa sebab saya selesa macam tu.  Yelah faham2 jelah, bila berkumpul dengan sedara saya risau takut ditebak dengan soalan yang melibatkan isu anak especially soalan yang saya x de jawapan cam soalan bila ko nak ada anak?? Haihhh...lagi mahu tanya...cukup2 lah...jangan diguris perasaan kami...kalian tidak berada di tempat kami, kalian tidak mengetahui apa yang telah kami usahakan untuk mendapat zuriat sendiri, banyak yang telah kami usahakan cuma rezki masih belum berpihak pada kami. Apapun buat masa ni, kami alhamdulillah  masih bahagia berdua..x delah teruk mana hidup berdua(ayat pujuk hati gak ni..huhu) Memanglah agak sunyi tanpa gelak tangis baby tapi hikmah di sebaliknya kami bebas berjalan n bercuti berdua ke mana2...sana sini berdua, dan memang selalu x lekat kat rumah , jalan je kejenya. Sekarang pun kami dah mula balik dengan hobi lama iaitu berkebun di tanah tepi rumah yang sejemput tu.. Petang-petang menyibukkan diri tanam & siram sayur2 kami...usaha dan doa untuk memiliki zuriat sendiri masih ada cuma serah pada Allah, Dia yang maha mengetahui bila waktu terbaik untuk mengurniakan zuriat kepada kami.
Jujur saya akui kadang perasaan bimbang bertamu di hati. Bimbang kekurangan diri yang masih belum mampu memberikan zuriat ini akan menjadi sebab  En.Somi beralih arah.Ya Allah..hindarilah perkara tersebut dalam diri kami..Dalam setiap doa yang saya panjatkan setiap hari, saya memohon moga Allah memanjangkan jodoh saya dengan En. Somi, menyuburkan kasih sayang antara kami berdua dan menetapkan hati2 kami untuk saling mencintai hingga ke akhir hayat kami..
Dua tiga menjak ni pun di tempat kerja saya ada sahabat2 saya yang diuji dengan pergolakan rumah tangga..Kes 1 : Ada sahabat yang dah ada anak 6 pun somi buat hal nak kawin lain gak. Sekarang dalam proses uruskan penceraian. Kes ke2 : Yang sahabat sorang lagi anak dah ada sorang lepas tu lambat tambah anak, tu pun sominya jadikan alasan kawin lain untuk dapat anak lagi. Sekali tup2 bila somi dia kawin lain dia pregnant semula anak kedua selepas 10 tahun menanti & madunya tu belum ngandung lagi. Kes ke3 : Sedara somi yang dari awal kawin sampai sekarang dah tua pun masih belum ada zuriat sendiri. Apapun mereka bahagia bersama dengan membesarkan anak angkat...Ya Allah......subhanallah ...allahuakbar....kami tidak mengetahui perancangan mu Ya Allah..apapun kami yakin Engkau telah merencanakan sesuatu yang hebat dalam kehidupan kami hari ini dan pada masa akan datang. Anak itu anugerah. Ada atau tiada anak bukanlah jaminan kebahagiaan.Bahagia atau tidak kehidupan kita hari ini dan akan datang kita yang mencoraknya. Jika kita memilih untuk bahagia, positifkan pemikiran.. jangan biarkan aura negatif menguasai kehidupan kita...adios!!!

Wednesday 11 June 2014

Frozen Embrio

Hurm...saja nak kongsi, actually dari  ivf2 aritu saya masih mempunyai 1 frozen embrio dalam bentuk blastocyst.Alhamdulillah....tapi, walaupun bentuknya blastocyst, saya x pasti gred embrio tersebut samaada gred bagus @ tidak. Buat masa sekarang saya masih menyimpan embrio tersebut. Kos simpanan saja untuk setiap tahun adalah dari rm600-rm1000 .Jadi....sekarang ni saya pun x pasti nak teruskan perjuangan dengan buat frozen embrio transfer (fet) @ camne..Banyak yang saya fikirkan..risau gak kalau buat fet pun pastu diuji dengan kegagalan lagi macam manalah saya nak menghadapinya lagi...Dan untuk fet pun memerlukan wang yang banyak. Dari pengalaman kawan2 yang buat fet, kos fet + ubat suntikan dan insert pun ada gak mencecah rm8-rm10k....kalo fet tanpa ubat suntik adalah dalam rm5-rm7k gak.. ntahlah.....yang pasti saya masih perlukan masa untuk menyimpan dan menabung wang semula.. dan tolong doakan saya agar terus kuat dan tabah untuk berusaha dan berjuang demi mendapatkan zuriat kandung sendiri...

Tuesday 3 June 2014

Belum rezki lagi.. (T_T) #ivf2#

Lama x menulis....arini hari ke8 selepas embrio transfer. Sejak lepas et, saya langsung x pegang hp, x bukak wifi,whatsapp, x bukak fb,jarang tengok tv...alasannya sebab nak ngelak sebarang gangguan semasa proses penempelan embrio. Itu yang di nasihatkan oleh embriologist. Keja saya sepanjang 2ww lepas embrio transfer hanya baring,baca novel, quran n zikir je..masak2 En.somi yang buat. Kadang beli je. Sume keje rumah seperti mengemas, basuh n jemur kain dia yang buat..makan berhidang, segala yang saya perlu somi sediakan.Bertapa saya rasa dimanjakan sebab sume ni adalah untuk mengurangkan pergerakan saya. Andai "Sayang saya" membaca coretan ini, hanya ucapan "Terima kasih" tidak terhingga yang mampu diluahkan. Betapa saya menghargai segala penat lelahnya ke atas diri ini..Malam tadi saya x lena tido mengenangkan hari ni adalah hari penentuan keputusan ivf kedua kami.  Saya gelisah sepanjang masa. Balik dari klinik lepas amik bloodtest bhcg, badan saya dah mula panas macam nak demam. Punyalah berdebar menunggu panggilan dari klinik untuk tahu keputusan bhcg tuk tentukan samaada saya mengandung atau tidak.En Somi pun seakan memahami..dia sama2 baring disisi saya sambil menenangkan saya. Dah petang sangat barulah dapat panggilan dari klinik. Dalam dengar x dengar sebab line x berapa clear..apa yang saya dengar ialah result bhcg < 2.. Ya Allah... hanya Allah je yang tahu perasaan saya.  Benarlah...kami hanya mampu merancang. Walau sejauh mana pun usaha kami.....selagi Allah belum menyatakan "kunfayakun"...maka belum berezkilah  kami berdua untuk memiliki anugerah Ilahi itu.. Keputusan ujian darah bhcg < 2...maknanya..... GAGAL!!!....yea...kami gagal lagi.... Dari 3 embrio yang dimasukkan ke dalam rahim ini, dimana 1 adalah blastocyst dan 2 dalam bentuk morula semuanya gagal menempel.. Sedih?? semestinya...dan kesedihan itu berganda kerana kali ini kami gagal dalam percubaan ivf ke2... Menangis??yea... x usah nak cakaplah...saya teresak-esak dalam pelukan somi mengenangkan nasib kami selain kecewa dan rasa gagal kerana masih belum dapat menghadiahkan zuriat untuk dirinya. Nasib somi memahami dan banyak menasihati diri ini untuk terus tabah. Saya percaya MASA adalah pengubat segalanya...adalah  normal bersedih selepas gagal..dan sekarang, saat saya menulis entri di blog ini .Walaupun masih bersedih, saya sudah kehabisan air mata...dah tidak mampu untuk menangis lagi...saya REDHA dan PASRAH atas segala ujianMu Ya Allah.....