Wednesday 4 December 2013

Dan...inilh keputusan ivf ku..

Agak lama mnyepi...mengumpul kekuatan diri, mengutip semula saki baki semangat yang masih ada...
Mmm...dengan mukadimah entry macam tu x perlu berteka-teki lagi.Ya,dengan ini aku mengumumkan bahawa rezki masih belum berpihak kpd kami,percubaan  ivf pertama kami GAGAL.....Perasaan??? sedih+kecewa+ blur + x percaya + rasa kosong-sekosongnya....Sebenarnya dari Jumaat aritu result dh tahu tp xde kekuatan nk update di blog ni.Kami somi isteri sangat kecewa bla bacaan bhcg dr ujian darah hanya menunjukkan bacaan 2 sahaja maksudnya x pregnantlh.Dapat tahu result bla doc yg msg.Macam x percaya pn ada..dahlh mlm sebelum buat bloodtest tu macam2 yang kami cerita dan angankan pasal "baby kami".Malangnya sume tu hanya tinggal angan-angan jelah...impian kami lebur dengan gagalnya ivf kali ni..Dua ari rumahku yang selalunya ceria dengan senda gurau kami somi isteri  jadi sepi.Bercakap bila perlu sahaja.Masing2 buat hal sendiri dan kami macam orang asing dalam rumah sendiri.Aku tahu  masing2 kecewa tapi x terluah dengan kata-kata..Hanya mampu menangis dalam setiap sujudku.Meratap merayu dengan Tuhan yang satu...Walaupun sedih,malas dihanyut rasa,mujurlah aku cepat tersedar.Tidak mahu menyalahkan sesiapa cuma beranggapan rezekiku belum tiba..Sekarang...alhamdulillah situasi  makin pulih walaupun parut luka kegagalan masih bersisa...insyaallah kami tidak akan berputus asa dan akan bersedia dengan ivf kedua di tahun hadapan jika tiada aral melintang...insyaallah...