Monday 30 May 2016

Hepi anniversary to me..🎉🎉

Hari ni anniversary sy dan suami yg ke8 tahun dah...alhamdulillah..😃pejam celik,pejam celik dalam x sedar  rupanya dah 8 tahun kami mengharungi suka duka bersama. Adat berumahtangga, kadang sedih,kadang gembira, yang masam pahit pun kadang ada.Tapi yup alhamdulillah semuanya dapat kami tempuhi dengan jayanya... Maafkan saya juga kerana lama x mencoret cerita berkongsi rasa di alam blogger ni. Hurm...yang sebenarnya xde apa yg boleh dikongsi  buat masa sekarang kerana sejak kegagalan fet bulan 5 taun lepas,saya hentikan dulu rawatan hospital untuk detox badan n rehat seketika. Lagipun kewangan pun agak rabak sementelah menempuhi kegagalan dlm sekali percubaan iui,2x fresh ivf dan sekali fet sebelum ni di Phkl..Saya kena cari masa dulu tuk kumpul duit semula sebelum kembali mulakan treatment. Namun jauh disudut hati ini mengharapkan adanya keajaiban yg saya boleh preggy normal tanpa lakukan apa2 treatment...Insyaallah....korang doakan saya yea.  Ok dah.....luv u all...thanks sbb sudi baca luahan hati ini... :)