Thursday 12 July 2018

HUKM - Ovum pick up (opu) #ivf3#

(12/7/2018) - Khamis

Alhamdulillah...semalam saya telah selesai menjalani prosedure opu di MAC, HUKM. Saya dan suami bergerak ke HUKM seawal 6.30 pagi dan tiba di hospital pada pukul 7.30 pagi.Kami diminta datang awal seawal pukul 8.00 pagi untuk prosedure opu hari ini. Memandangkan masih ada masa,selepas letak borang pendaftaran untuk opu  di kaunter, saya dan suami naik ke surau di tingkat 1 untuk solat dhuha dan hajat terlebih dahulu. Selesai solat menunggu suami pula yang masih belum siap. Jam ditangan dah menghampiri pukul 8.30 pagi. Saya dah mula rasa sedikit cuak. Lepas suami siap saya terus ke MAC memandangkan saya dikehendaki berpuasa dari pukul 12 malam lagi untuk prosedure opu hari ini manakala suami saya suruh ke cafe terlebih dahulu untuk sarapan. Sampai di MAC saya bertanya jururawat di  kaunter pukul berapa prosedure opu saya. Gabra juga sebab nurse tanya saya ke mana tadi kerana sepatutnya saya dah kena masuk bilik recovery untuk tukar pakaian dan masukkan branula ditangan . Cepat2 saya minta maaf dan maklumkan saya ke surau tadi...nasiblah x kena marah 😅😅..Lepas tu ternampak kelibat Prof Hashim dah sampai di kaunter.Alamak...
.saya cepat2 ikut nurse ke bilik tukar pakaian. Xsempat dah masa tu nak tunggu dan nak jumpa suami sebelum prosedure opu untuk minta maaf.sob sob 😢...Apapun saya sempat mesej suami bagitahu saya dah kena masuk bilik operation untuk prosedure dan mohon doakan segalanya berjalan lancar dan minta maaf atas segalanya. Waktu tu saya sempat tengok jam di tangan menunjukkan pukul 8.45 pagi.
Setelah selesai tukar pakaian, saya diminta mengikut nurse ke bilik ot.. masa kat dalam bilik ot dah nampak Prof bersama beberapa orang nurse didalamnya. Saya diminta duduk  dan letakkan kaki pada pelapik kaki dikiri dan kanan semasa prosedure dilakukan.(imagine duduk terkankang macam orang nak beranak tu). Masa ni soal malu dah tolak tepi. Pasrah je...sempat doa dalam hati moga Allah ampuni diri masa sepanjang prosedure disebabkan aurat yang terdedah tu. Masa ni Prof minta izin masukkan branula di tangan untuk masukkan ubat tidur dan bius. Sempat zikir rabbiyassir banyak2 kali hinggalah saya tertidur x sedar apa yang berlaku....
Saya tersedar kembali masa hujung2 opu nak selesai...tu pun sebab terasa perit dan ngilu2 pada kiri dan kanan perut. Tertanya2 juga dalam hati dah selesai ke belum ni. Masa tu saya perasan Prof ada dihadapan saya sedang kluarkan spekulum rasanya dari miss v saya. Kemudian saya diminta bangun dan dipapah semula ke bilik recovery untuk rehat. Sempat saya tanya nurse berapa telur yang dapat diambil. Nurse bagitahu dapat collect 7 telur je. Alhamdulillah....syukur Ya Allah😭😭.Tolong doakan ketujuh-tujuh telur dapat bergabung dengan sperm suami dan ketujuh-tujuhnya dapat menjadi embrio yang kuat,sihat dan berkualiti..Prosedure opu saya selesai pada pukul 9.30 pagi dan dalam mamai2 pada pukul 11.00 pagi dapat mesej dari suami dia pun dan selesai bagi sample..Alhamdulillah.syukur.....Allah permudahkan dan bantu urusan saya hari ini.
Oh ya ,lupa nak bagitahu untuk opu ni hanya diberi mc sehari je.Lepas opu pn ada kesan darah juga dekat pantyliner .So boleh standby pad @ pantyliner siap2 untuk sesiapa yang nak buat opu. Lepas opu adalah rasa sengal2 lagi dikiri kanan perut.Esoknya saya dah masuk kerja macam biasa je.
Lega juga sebab dah selesai satu bab iaitu opu. Sekarang ni berdebar menunggu hari Rabu (18/7/2018), menunggu keputusan samaada telur2 saya dapat bergabung dengan sperm suami atau tidak dan sedang tertunggu-tunggu berapa embrio yang dapat terhasil. Untuk pengetahuan, Saya tidak akan menjalani prosedure transfer embrio lagi cycle ni  sebaliknya semua embrio yang terhasil nanti akan dibekukan dan jika tiada halangan insyaallah bulan depan baru transfer. Semuanya atas saranan Prof kerana saya ada masalah endometriosis.Prof nak rahim saya rilek dahulu selepas terima bermacam suntikan hormon.
Sekarang ni tawakal dan serah pada Allah je segala-galanya. Apa yang mampu saya buat ialah perbanyakkan doa serta solat tahajud,taubat,hajat,dhuha serta hari2 baca yasin dan surah al fatihah 41 kali niat sedekah pada embrio.Moga2 embrio saya dapat membesar dengan kuat ,sihat dan berkualiti. Doakan saya...harapan saya moga2 Allah dengar rintihan hati saya dan suami serta memakbulkan doa dan hajat kami untuk memiliki zuriat sendiri menerusi ivf ke3 kali ini😢😢...

Total cost :
Bayar pada MAC untuk prosedure OPU = RM 1650
Bayar pada HUKMSC(private wing) = RM1700

6 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan dan moga dimakbulkan doa untuk memiliki zuriat sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak..sy doakan semoga urusan akak dipermudahkan.. jika tak keberatan nk bertnya, ape perbezaan amek gonal f sblum ni dgn ubat skrg ye..? 1st ivf sy amek puregon tp tak berjaya, rase klu nk proceed 2nd ivf amek gonal f kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x pasti bezanya macammana...bergantung pada doc kita rasanya.tgk dia biasa suh pt guna yg mana.sbb masa 1st n 2nd ivf, doc yg sama sy diberi ubt pergoveris n gonal f cuma ada beza dari segi dos antara kedua2 ivf tu.yg ivf ketiga ni dgn doc lain nurse pun ckp Prof biasa bagi menopur utk pt.

      Delete
    2. Apapun..pada pandangan dan pengalaman sy selepas harungi 3x ivf...ubt suntikan tu xde mslh guna yg mana pun sbb doc lg arif tentang hal ni.cuma apa yg kita sendiri blh ikhtiar dr first day period cycle ivf tu amalkn pemknan berkhasiat dan jgn lupa supplemen.mcm sy dr first day period,siang sy dah start minum susu kambing,avocado,kiwi,delima..sy juga istiqamah amal minumolive plus30x....mlm pula mkn supplemen multiv,vit e.fish oil.asid folik.vit c.vit D dan coq10.Semuanya utk pastikan telur yg terhasil berkualiti

      Delete
  3. Sy nk berhubung dgn ieda personally. blh wasap sy x? sy cari no hp ieda xde plak. 012-6162732

    ReplyDelete