Friday 27 July 2018

HUKM - ambil planner untuk fet #ivf3#

26/7/2018 - (Khamis)

Hari ini saya ke HUKM lagi. Ada temujanji dengan Prof untuk berbincang dan ambil planner bagi FET (frozen embrio transfer) jangkaan period akan datang ni. Seawal 6.30 pagi dah gerak dari rumah dan sampai HUKM pukul 7.30 pagi. Sampai2 terus ke MAC dan ambil nombor giliran untuk jumpa Prof. Alhamdulillah dapat giliran nombor 1...yeay....lepas dapat nombor giliran saya x kemana2 hanya duduk menunggu Prof tiba jangkaan menurut nurse dalam pukul 8.45 pagi. Sambil2 tu saya juga ambil kesempatan jumpa  nurse di kaunter untuk urusan tuntutan claim ubat bagi ivf ni. Untuk makluman, sesiapa yang kakitangan kerajaan boleh claim ubat sahaja bagi ivf. Yang lain x boleh claim ye. Apapun syukur sangat2 walaupun boleh claim ubat sahaja kerana ubat sahaja untuk ivf kalini mencecah RM3300 juga. Nanti saya akan cuba tulis cara untuk claim dalam post akan datang. Insyaallah...
Tunggu punya tunggu Prof x datang2...jam ditangan dah hampir mencecah pukul 10 pagi. Risau juga sebab nanti nak bergegas balik ke sekolah semula sebab cadangnya nak ambil timeslip sahaja hari ini. Kemudian terdengar nama di panggil tapi kena jumpa doc lain iaitu Dr Faizal sebab Prof rupanya ada operation pagi ni. Dr Faizal bagitahu kalau nak jumpa Prof juga kena tunggu dalam pukul 11 pagi. Tapi dia juga maklumkan bahawa dia juga dibawah Prof dan tiada masalah jika jumpa dia sahaja. Saya buat keputusan berbincang dengan Dr Faizal sahaja. Menurut Dr Faizal, melalui opu haritu, daripada 7 telur, 4 telah berjaya jadi embrio  dan embrio yang terhasil adalah dari gred 1 iaitu gred yang insyaallah terbaik. Seperti yang saya sedia maklum embrio saya disimpan dalam 3 straw  dan insyaallah saya akan ada 3 peluang FET. Alhamdulillah....syukur sangat2...Dr  Faizal juga sempat nyatakan pada saya bahawa saya antara pesakit endo yang bertuah kerana dapat telur yang berkualiti dan dapat jadi embrio. Dia maklumkan ada pesakit endo lain baru lepas opu minggu lepas dapat 12 telur tapi disebabkan endo, telur2 tersebut x berkualiti x dapat jadi embrio.. Sebak saya dengar berita ni. Sebab saya tahu disamping usaha saya dan suami, Allah  ada disisi bantu realisasikan harapan dan hajat kami berdua...Allahu...😢😢
Dr Faizal maklumkan bahawa FET  akan dibuat secara natural tanpa sebarang ubat untuk saya memandangkan bacaan CA125 saya untuk kesan tahap endometriosis dalam badan  hanyalah 11 iaitu tahap normal. Maksudnya endometriosis saya dalam keadaan tidak aktif buat masa sekarang. Alhamdulillah lagi...😢😢....Menurut beliau juga, jika bacaan CA125 tinggi lebih 30 barulah  FET dibuat selepas rahim direhatkan dengan suntikan ubat penahan  period 3@6 bulan. Jadi sekarang saya hanya perlu tunggu kedatangan period sahaja dan pada hari ke10 datang untuk scan ketebalan rahim samaada sesuai untuk transfer embrio atau tidak.
Hurm...x lama dah ivf3 ni nak complete. Hanya tunggu FET kemudian lalui minggu 2 weeks wait dan dapat keputusan pregnant atau tidak. Sekarang apa yang mampu saya buat ialah jaga makan dengan makan makanan berkhasiat, makan supplemen dan keluarkan peluh setiap hari dengan main badminton tiap2 petang bersama suami untuk kesihatan. Disamping itu jangan tinggal dhuha, hajat, taubat dan tahajud setiap hari dan submit doa banyak2 pada Allah...moga Allah memakbulkan hajat dan keinginan kami untuk mendapat zuriat sendiri melalui ivf3 kali ini....insyaallah...

Kos :

Bayaran jumpa doktor = RM 20

7 comments:

  1. insyaAllah, semoga embryos berjaya menampal dgn kuattt dan berkembang dengan sehat!aminn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke boleh claim...sebab saya dh bca pekeliling..klu ivf xboleh claim

      Delete
  2. nnt boleh ieda berkongsi hal claim ubat ya.
    saya kje gov, penah buat 1st ivf tp xclaim.
    bulan depan nak buat 2nd ivf, nak cuba cuba claim la.hopefully mudah prosedurnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke boleh claim..sbb saya dh baca pekeliling..klu ivf xboleh..ke saya salah fhm baca pekeliling tu

      Delete
  3. Tq Norasyikin ats doanya...insyaallah nanti saya akan cuba buat bagaimana cara nk claim utk ivf ni.

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan akk, gembira dgr crita akk... ameen iA...
    sy pun kes endo jugak...

    ReplyDelete
  5. Ya allah...saya baca blog ieda sngt2 terharu..ieda sngt2 positif..semoga ada rezeki utk kita semua...bolehla kiranya ieda share cara utk claim harga ubat..boleh wassap saya x 0132968574..jasa ieda sngt2 dihargai..

    ReplyDelete