Sunday, 6 April 2014

Doa untukku dan TTC

Ya Allah.....Ya Rahman.....Ya Rahim....Ya Khaliq.....Ya Bari...Ya Musowwir....
Kurniakanlah zuriat2 yang soleh dan solehah kepada kami dan rakan2 TTC yang lain.
Kasihani lah kami, Janganlah Engkau tinggalkan kami kesunyian di bumi mu ini tanpa sebarang zuriat untuk mewarisi keturunan kami.
Ya Allah... Suburkan diri ku dan suami, berilah peluang kepada ku dan rakan2 TTC yang lain untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat2 dari rahim sendiri untuk suami.
Ya Allah...Berilah peluang kepada aku dan suami untuk bergelar Ummi dan Abi kepada zuriat2 kami sendiri..
Ya Allah...peliharalah rumah tangga kami agar berkekalan ke akhir hayat kami,
Suburkanlah perasaan kasih sayang antara kami berdua agar sentiasa sayang-menyayangi, kasih-mengasihi ke akhir hayat kami.
Sesungguhnya...hanya Engkaulah yang maha mendengar dan memakbulkan segala doa, maka tolong dan makbulkan doa2 kami ini....
Amin....


~Moga2 Allah mendengar rintihan saya ini dan memakbulkan segala doa2 dan harapan saya dan En. Somi serta rakan2 TTC yang lain untuk memiliki zuriat sendiri dan melapangkan  jalan yang saya pilih ini.... ~


8 comments:

  1. AsSalamualaikum
    Kuatkan semangat jangan berputus asa
    Saya juga pernah buat ivf.. alhamdulillah ivf kali ketiga berjaya.
    sekarang anak lelaki saya dah berumur 1 tahun 8 bulan. Syukur atas kurniaanNya. alhamdulillah.
    Banyakkan doa kpdNya dan sedekah.
    Sentiasalah bersangka baik kpdNya dan berfikiran positif
    Semoga berjaya memperolehi zuriat sendiri.. amin :)

    ReplyDelete
  2. Wslm...tahniah Anne ats kelahiran permata hati..Doakan saya dapat jadi setabah awk agar dapat harungi ivf kedua nnt dengan jayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudahan ivf kedua ni berjaya.. amin

      Delete