Wednesday, 21 May 2014

Ovum Pick Up (opu) #ivf2#

Tika dan saat ini saya telah selesai menjalani prosedure ovum pick up aka OPU di phkl semalam, 21/5/2014...Alhamdulillah... prosedure opu berjalan lancar. Telur dapat disedut/dikeluarkan dari kedua2 belah ovari kiri dan kanan dan apa yang doc dan saya khuatiri iaitu risiko pendarahan serius tidak berlaku. Syukur pada mu Ya Allah kerana memudahkan segala urusan opu ku..Sekarang saya sedang berehat di rumah ditemani En. Somi sebelum prosedure seterusnya iaitu Embrio Transfer aka ET dilakukan insyaallah pada hari isnin depan...Semalam, saya tenang sahaja menjalani proses opu...tenang sebab mungkin sebelum ni dah ada pengalaman opu. Lepas solat subuh semalam kami terus bergegas ke phkl dan admit wad pada pukul 7.30 pagi..opu saya dilakukan pada pukul 10.45 pagi. Di sebelah katil saya pun ada seorang pesakit doc yang sedang menunggu giliran untuk buat opu. Giliran saya adalah selepasnya. Sepanjang tempoh menunggu tu saya isi masa dengan banyakkan berzikir, baca al-mathurat, manzil dan baca surah2 tertentu. Saya disorong ke bilik OT kul 9.40 pagi..waktu kat bilik OT tu saya nampak pakar bius,Doc Nazri dan gynea saya Doc A dah ada..Lepas nurse suruh saya sedut oksigen yang ditekap dimulut dan hidung saya terus lentok x sedar apa yang berlaku hinggalah prosedure opu selesai..Kali ni, lepas opu tu saya sedar sendiri je dan xde pula rasa menggigil @ kesejukan seperti opu pertama dulu kesan dari ubat bius. Rasa biasa je cuma belah kanan dan kiri perut adalah rasa sengal2 dan senak2 sikit. Masa saya disorong semula ke wad saya nampak somi dan tanya somi dah pukul berapa. rupanya baru 11.30 pagi...bila tanya dia dah bagi sperm belum dia cakap belum  lagi. Kul 3 petang nanti baru bagi...kat wad saya tidur n tidur je manjang...Hinggalah lepas asar lepas dh boleh makan dan pergi ke tandas serta urusan En. Somi selesai kami dah boleh discarge ward. Ok...takat tu dulu update dari saya....bye

3 comments:

  1. Amat2 takleh lupa part senak tu..huhu.,rest well ieda..semoga dimakbulkan Allah hajat ieda.,Ameen.,

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...have a good rest ieda...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. moga dimudahkan hingga akhirnya....

    ReplyDelete