Monday, 17 March 2014

Kenapa pilih Ivf?

Hurm....dah 5 taun lebih kami ber TTC..Hujung bulan 5 taun ni akan genaplah usia perkahwinan kami  6 tahun...Alhamdulillah...Bahagia??? sudah semestinya...aku bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang boleh mengimamkanku dalam setiap solat, yang sangat baik, ringan tulang, memahami, yang sentiasa ada disaat jatuh dan bangunnya semangatku dan yang sangat loving pada diri ini...tq abg :) dan semestinya tq Allah..Alhamdulillah juga kerana bonus untukku dan suami kerana dikurniakan keluarga mertua dan keluarga sendiri yang sangat baik dan belas pada kami berdua. Walaubagaimanapun, aku akur pada kekurangan diri..diri ini masih belum mampu menghadiahkan permata hati iaitu zuriat dari rahimku sendiri untuk suami...sob.sob... T_T..  Kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang kawin lebih kurang sama tarikh dan taun denganku kebanyakkannya dah ada anak, kalau x satu,dua dan yang terlajak subur tu dah masuk tiga orang anak dah pun.huhu...Apapun aku yakin semua yang berlaku ni ada hikmahnya.. Aku yakin Allah sedang merancang sesuatu yang hebat untukku dan suami..Aku pasti Allah tetap akan mengurniakan zuriat sendiri pada kami cuma bila saatnya akan tiba dan bagaimana hanya Dia yang mengetahui..(think positif ieda)..

Ok, berbalik pada post diatas, nape saya pilih Ivf? Di bawah saya senaraikan kronologi sejarah TTC saya..

31/5/2008
Tarikh kami diijabkabul, masa ni x pikir nak dapat baby lagi sebab masih belajar kat maktab  dan suami pula kt UPSI. Takdelah merancang sangat. Lebih pada kalo ada rezki anak, Alhamdulillah..kalo xde lagi pun x trasa sangat. Apapun kitaorg plan secara neutral je..

 2009  
Aku dapat posting KL, suami pulak alhamdulillah beruntung dapat posting kt negeri                                       kelahirannya sendiri di Selangor. Waktu ni on off  PJJ ngn somi. Cuma kalo dia larat setiap hari                     dia akan berulang balik KL dan aku pulak hujung minggu balik jupe somi kat umah mertua.                            Boleh dikatakan taun yang memenatkan sebab kena berulang je. Walaubagaimanapun masa ni                      dah mula ready, nak sangat ada baby dan mula ikhtiar jupe bidan ngurut bagai dan mula try                           biodex berbulan2..tp masih xde hasil..

 2010
 Alhamdulillah dapat pindah ikut suami ke Selangor...yeay... Memang serius berTTC dan ingin  ada zuriat cepat untuk lengkapkan keluarga kecil kami..Masa ni ikhtiar dengan homopati pun  yea.Ingat lagi gi klinik kat klang, melalui scan mata dan tapak tangan doc analisis penyakit kami berdua.Masa ni doc cakap aku ada biji2 kecik kat rahim yang aku x pasti apa dan waktu amik ubat homopati ni mcm2 mende kami pantang xleh makan.Somi lak doc ckp cam nk ada darah  tinggi, memg yea pun. Makan ubat homopati n pantang makan hasilnya kami somi isteri susut gaklah beratnya..Ubat homopati ni lak doc suggest kna combine ngn biodex lak tu  pengambilannya, so memg banyaklah duit kami somi isteri abis kt sini.huhu..

2011
Frust xde rezki ngn homopati kami mula beralih ke rawatan moden kt spital lak. Masa ni ikhtiar                     gak minum susu kambing dengan air rebusan buah zuriat yang susah giler nak dibelah tu. Hospital                   pilihan kami waktu tu spital putrajaya sebab berdekatan dengan rumah..Mmm tapi paham2 jelah                   spital gomen, orang ramai. Berbulan-bulan nunggu dari satu appoinment ke appoinment yang lain..
Doc suh amik CLOMID tapi masih xde hasil. masa ni gak buat HSG dan suspect blocked 1 tiub.

2012
IUI pertama bln 7 with clomid 150mg. tapi gagal. Frust dengan perkhidmatan yang diberi dimana doc yang    buat TVS sentiasa bertukar2 dan berbeza-beza pendapat . Dari survey2 dan cadangan sahabat  yang waktu tu pregnant twins hasil iui dengan gynea sekarang maka sy dan somi buat keputusan  drastik utk tukar spital dan tukar gynea.
 First time jupe doc Adilah kt PHKL pada bln 9. Pada TVS pertama je terus doc diagnose sy ada  4  ketul fibroid yang comey2 diluar rahim..Memang terkejut sangat..Nape berbulan2 masa tvs ngn doc kt spital  lama x pernah dibagitahu pun pasal hal ni?sedikit terkilan + kecewa gak. Apapun doc cakap actually fibroid diluar rahim tu x menganggu untuk pregnant cuma doc risau saya ada endometriosis, itu yang bahaya. Doc suggest  kami buat LAPAROSCOPY untuk buang fibroid +clearkan tiub + untuk check samaada saya ada endometriosis atau x yang menelan kos Rm17k..phewwww....nasib sy memang ada insuran Prudential bsn takaful . Jadi segala kos insuran yang tanggung. lega...
 So, bln 12 terus on Laporoscopy.After laps, confirm doc diagnose disamping fibroid yg comey tu, saya gak ada  ENDOMETRIOSIS stage 3 yang menyebabkan  tiub fallopio saya kedua2 belah tertutup.  Masa laps doc dah buang 2 fibroid, 2 lagi xleh dibuang sbb akarnya terlalu dalam takut mencederakan rahim nnt lagi lambat   tuk pregnant. Doc clearkan gak sawang2 endo serta clearkan tiub. Pastu kene  inject  ZALODEX   tuk stop period yang kesannya sama cam  LUCRIN untuk 4 bulan..urghh...part dalam tempoh injection ni yang seksa sbb x period hampir 5 bln lebih. Asyik panas + berpeluh satu badan walaupun berada dalam aircond + mood swing je manjang + sensitif sokmo..huhu

2013
Lepas 3x injection zalodex doc suggest wat HSG  lagi untuk check tiub sama ada dah terbuka @ belum tiub nya. Doc suggest buat HSG di Hospital Tawakal dengan doc Fatimah sebab agak murah berbanding tempat lain. Murah2 pun kosnya abis gaklah Rm180 waktu tu. Hsg terbaru menyatakan tiub saya kedua-dua belah telah terbuka dengan pengaliran cecair yang perlahan. Kemudian doc suggest sambung lagi suntikkan ke 4 untuk memastikan sisa endo tu habis. Abis je kesan zalodex n lepas dapat period pertama saya terus decide tuk buat IUI kedua dengan gynea saya pada bulan 5. Namun masih belum rezeki, IUI kedua tersebut turut gagal..malas nak buang masa dan bazirkan usia, saya berehat sebentar untuk pulihkan semangat n normalkan period, bulan 11 terus usaha lagi kali ni dengan IVF pula, dan masih belum ada rezeki, percubaan IVF pertama kami turut gagal..dan menyedihkan dan sedikit ralat sebab ivf pertama tiada frozen embrio...boleh baca post saya yang lepas2....

2014
Merancang untuk melakukan IVF kedua pada pertengahan tahun ini.Cuba persiapkan diri, mental, makan suplemen yang sepatutnya, excercise regular. Jauhi junkfood, fastfood, banyakkan minum pelbagai jus dan air untuk detox. saya juga cuba bangun awal setiap pagi, kejutkan somi sekali.buat solat taubat, tahajud,solat hajat, dhuha setiap ari(susah gak nk istiqamah tapi sekurang-kurangnya saya mencuba), banyakkan sedekah, istighfar sekurang-kurangnya seribu kali setiap hari dan doa dalam setiap sujud. Bykkan doa untuk diri sendiri dan jangan kedekut tolong doa untuk kawan2 senasib juga dan akhir sekali saya Tawakal dan berserah sepenuhnya kepada Allah..moga tahun ni ada sinar untuk kami..(part ni bukan nak riak,cuma nak menyatakan usaha kami buat pada taun ni) Harapan saya moga Allah mengasihani kami, memandang segala USAHA kami dan memakbulkan impian kami untuk memiliki zuriat sendiri.....Amin...
korang tlg doakan saya yea.... T_T


9 comments:

  1. ieda, inshaAllah, mudah2 han Allah permudahkan buat kita utk perolehi zuriat sendiri... Amin... I pun plan nak buat another IVF this year, tapi x decide lagi bila...

    ReplyDelete
  2. gud luck 2 u to sweet tooth...moga sgala impian kita menjadi kenyataan satu hari nanti..insyaallah...

    ReplyDelete
  3. good luck dear.. semoga di permudahkan

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kak ieda.. noly doakan akak berjaya ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq noly...moga makbullah doa noly tu utk akak...aminnn

      Delete
  5. Semoga dipermudahkan urusan ieda..Insha Allah setiap usaha kita mendapat ganjaran yg baik di sisi Allah..Amin..

    ReplyDelete
  6. Seronok baca post ttg usaha yang ida lakukan. Inspired me. Tq.. Semoga kita sama2 dpt rezeki baby tahun ni. Amiiiiin..

    ReplyDelete