Monday, 10 November 2014

Puisi Sepi

Tengah kemas-kemas terjumpa semula coretan puisi ni yang saya tulis pada sehelai kertas. Kertas yang dulunya elok, sekarang dah jadi koyak rabak tapi masih boleh dibaca catatannya. Dah lama sebenarnya saya tulis puisi ni, rasanya dalam tahun 2010. Masa tu zaman kemurungan dan sensitif tahap gaban bila orang tanya dan keluarkan isu bila nak ada anak. Saya masih ingat puisi ni saya tulis waktu berseorangan kat rumah sambil menangis teruk tersedu-sedu sendiri hingga masih ada kesan air mata yang jatuh pada kertas tu . Jadi, bila terjumpa balik catatan ni rasa terpanggil nak berkongsi puisi ni kt blog .Puisi ni x bertajuk, jadi saya letak tajuknya "Puisi Sepi" layankan jelah.. ;-)


"Puisi Sepi"


Menanti dan terus menanti, "kehadirannya" yang masih tidak kunjung tiba.
Dimana salahku? apa silapku? apa yang tidak kena dengan diriku?
 hingga ke saat ini, diri ini masih begini,
Sendiri.....hanya bertemankan suami.

Ya Tuhan...
Hingga ke saat ini aku masih menanti...
mengharap belas kasihmu,
mengurniakan kami zuriat ,
buat penyeri rumah tangga kami.

Selama ini, 
ku cuba tabahkan hati, berpura-pura gembira,
tapi...hanya Tuhan yang tahu, jauh disudut hati ini teramat sunyi.., sepi.....
mengharapkan kehadiran tangisan dan gelak tawa,
 insan yang bergelar permata hati.

Suamiku...
Menyesalkah engkau mengahwini diriku?
Diri yang masih belum mampu melahirkan zuriat untuk dirimu...
Tahukah dirimu?, disudut hati ini, terselit bimbang dan ragu,
bimbang dirimu beralihkasih dan membuang diriku

Tuhanku...
Mengapa diriku diuji sebegini?
Berapa lama lagi aku harus terus menanti?
Hanya padaMu ku berserah..
Ku percaya ada hikmah diatas semua yang berlaku.
Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki...semua ditanganMu
siapalah aku untuk mempersoalkan ketentuanMu....

7 comments:

  1. Assalam ieda.. Sayu baca puisi ni.. insyaallah.. setiap sabar kita pasti akan dibalas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...yup...btl tu..Allah menguji utk lihat sejauh mana kesabaran n ketabahan kita dlm mengharungi ujian dariNya..Moga penghujung ujian itu ada kmanisan yg mnunggu..insyaallah...

      Delete
  2. Assalamualaikum ieda.. saya nk tanye.. maaf, awak pernah gagal buat treatment IVF kan.. mase tuh awak ade fully bedrest tak?

    ReplyDelete
  3. Wslm...yes bedrest je..bgn utk ke tandas je n solat pun duduk.Apapun kena berbalik pada rezki...ada membe yg x bedrest pn lekat je. So,anggap jelah xde rezki nak buat camne..

    ReplyDelete
  4. Sabar Ieda ye.. teruskan berdoa. Sampai masanya nanti InsyaAllah dimakbulkanNya..

    ReplyDelete
  5. maaf ieda klu fiza tanye.. dah brape kali buat IVF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its ok fieza..iui2x,laparoscopy 1x,ivf 2x dan skrg tgh kumpul2 duit tuk fet plak taun dpn. Insyaallah...

      Delete