Tuesday 19 November 2013

Dah dapat tarikh et

19/11/2013
Alhamdulillah....Baru je call klinik n diberitahu confirm tarikh utk et aku pada hari esok,Rabu 20/11/2013. Pelbagai rasa dirasai.Teruja+risau+syahdu & macam2 lagilah...Teruja sebab esok buat kali pertama aku dan En.Somi akan dapat melihat cinta hati kami dalam bentuk embrio.Risau sebab x tahu mcm mana perjalanan prosedure et tu & syahdu bila tadi sempat msg family suh tolong doakan agar et aku berjaya.Ya Allah,permudahkanlh perjalanan urusan ivf kami.Berikanlh kami peluang untuk bergelar ummi dan abi kepada zuriat kami sendiri..Aminnn

Et Ditangguhkan...
20/11/2013
Disaat hati  dan minda bersedia tuk proses Et hari ni,sekali dapat call dari Phkl, Et ditangguhkn ke hari esok.Risau plak.Tertanya-tanya sendiri knape?telurku x dpt jd blastocyst kah?Mmmm...bila perbualan telefon ditamatkn pantas jari jemari membuka encik google tuk cari maklumat tentang et n blastocyst.Mujur gak dalam internet bgtahu ovum akan bertukar jd blastocyst dalam tempoh 5-6 hari..Lega skit...Apapun semoga x de sebarang perkara buruk yang akan berlaku dan besar harapanku dan En Somi semoga Allah berikan kejayaan dalam ivf kami ini...Aminnn...

Malam sebelum Et
7.30 mlm
Macam biasa,rutin solat maghrib berimamkan En.Somi.Alhamdulillah kami masih dpt istiqamah solat berjemaah untuk setiap solat fardhu.Usai solat seperti biasa aku mencium tangan En. Somi mohon ampun dan maaf dan En.Somi akan membalas dengan memberi kucupan padaku.Entah kenapa malam ni terasa kelainannya.Syahdu sangat..dada pun rasa berat..ada sebak disitu...Entah kenapa air mata ni mengalir deras.Terbayang bagaimanalah  saat Et esok dan nasib diri ini untuk mengharungi tempoh getir 2weeks wait(2ww) dan saat menunggu keputusan yg akan mnentukan aku pregnant @ tidak.Aku meluahkan isi hati pada En.Somi.Semua persoalan tentang bagaimana timbul seperti bagaimana jika ivf kami gagal?maksudnya aku gagal mengandung?bagaimana kami nak cari duit lagi jika kami terpaksa ulang semua proses ivf ni semula?bagaimana jika atas alasan tidak dpt melahirkan zuriat ini En.Somi akan beralih arah mencari pengganti diri ini?..huhu....sedih...x tahulh mengapa persoalan ni timbul di benak ini malam ni.Nasiblah En Somi memahami situasiku dan terus memeluk dan menenangkan diri ini.Sempat aku menyuruh suamiku berjanji..berjanji yang dia akan redha menerima walau apapun keputusan ivf kami nanti...berjanji yang dia akan tetap bersamaku berusaha lagi utk next ivf jika yg pertama ni tidak berjaya.nauzubillah.....dan berjanji yang dia takkan menduakan diri ini tanpa pengetahuanku.(walau dlm hati sedikit ragu sbb org ckp lelaki ni x blh percaya sgt.huhu...sori abg meraguimu tp tika dan saat ini aku 100% pasti kasihmu masih utkku seorg..... )

2 comments:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan ieda n suami tuk hari ni dan ada perkhabaram gembira nanti..apapun kita hanya mampu merancang dan berusaha, penentunya adalah Dia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awk...dh selesai et.masih berehat di wad..tlg doakn kejayaan ivf sy ni ye...:)

      Delete