Thursday 21 November 2013

Hari yang dinanti (Embrio transfer)

21/11/2013
Alhamdulillah... syukur pada Mu Ya Allah...tika dan saat ini prosedure embrio transfer (et) ku baru je selesai...Allah permudahkan segala urusan et  ku hari ini berkat dari doa semua.Sekarang,sedang terbaring di katil yang sama,bilik yang sama serta wad yang sama semasa opu aritu.
Mengimbau kembali saat di bilik ot semasa et dijalankan...saat aku dan En Somi dipertontonkan dengan visual cinta hati kami yang masih berbentuk embrio dan blastocyst..pantas air mata ini bergenang.Subhanallah..cantik sekali ciptaan mu. Daripada 6 telur,1 yang mampu survive ke tahap blastosyct dan 1 lagi dalam bentuk morula . Gynea ku memasukkan kedua-duanya ke dalam rahim ini.Besar harapan kami jika tidak dua,moga2 satu pun jadilah yang kuat dan dapat menempel dalam rahim ini selama 9 bulan 10 hari..Ummi tunggu saat itu tiba duhai  anak....
Untuk pengetahuan semua, et dilakukan disaat pundi kencing kita penuh dengan bantuan ultrasound.Ini bermakna sejam sebelum prosedure dibuat, kita akan dikehendaki minum air secukupnya. Untuk kes aku, nurse bagitahu aku kes ke 3 dan akan dibuat pada kul 1.30 tengahari.Jadi kul 12.30 aku kosongkan dulu pundi kencing.lepas tu baru minum 4 cwn air(cwn polistrine)  dan baring menunggu giliran.Malangnya kul 1.30 baru nk mula kes ke2.Aku yg dh full bladder ni x tahan nk terkucil,terus ke bilik air buang air dulu dan pastu cepat2 topup minum 2 cwn air semula.Kul 2.10 gesaan nk terkucil datang lagi.alamak!...baru je berkira-kira nak ke toilet buang air kecil,skali nurse datang minta aku ke bilik prosedur ivf untuk proses et.fuhhh!nasib baik x buang air kecil td.kalo x masalah besar plak nnt....
Sampai di bilik prosedur ivf,En Somi diminta untuk menukar baju dan seterusnya memakai baju yang ditetapkan untuk masuk ke bilik prosedur ivf.Masuk je bilik tersebut doktor dan embriologist menunjukkan kepada kami hasil persenyawaan telurku dan sperm En.Somi  yg telah menjadi blastocyst serta termasuklh visual ovum yang x jadi.Usai sesi penerangan,aku diminta untuk baring diatas tempat prosedure dengan kaki dikangkang luas dan diletakkan di atas tempat dipasang khas.Bolehlh bayangkan baring sebijik cam orang nak bersalin tulah. Mujurlah En Somi berpeluang melihat segala proses ini dari awal hingga ke akhir.Dia setia disisiku dengan memegang erat tangan ku untuk memberi kekuatan sambil berselawat dan berzikir.Waktu tu hilang rasa malu biarpun ramai nurse yang ada turut sama membantu doktor dan melihat semasa prosedure et dibuat.Entahlah,perasaan ku pada waktu itu lebih kepada rasa sayu+sebak macam x percaya n x sangka lak perjuangan kami untuk mendapat zuriat sendiri ni boleh sampai ke tahap ivf.Sebelum ni hanya dengar dari tv dan rakan je tentang ivf tapi bila diri sendiri yang mengalaminya, perasaan tu lain sangat..Allahurabbi...Saat  doktor membaca bismillah dan turut meminta aku dan En Somi berbuat demikian dan memaklumkan dia akan memasukkan embrio kami ke dalam rahim ini sekarang,dalam x sedar air mata ini mengalir sambil mulut ini tidak putus2 berselawat dan berzikir.Saat itu, aku turut merasa tangan ini digenggam erat oleh En.Somi.Aku pasti dia berkongsi rasa yang sama denganku saat itu...so touching...
Prosedure et tu x lama..dalam setengah jam je.Bila selesai, doktor membantu mengosongkan pundi kencingku yang tersangat penuh tu dengan peralatan khas.Kemudian aku disorong kembali ke wad. Maka saat itu bermulalah saat 2 weekswait (2ww) ku.lepas ni nk kena banyakkan bedrest n  kurangkan pergerakan dah..Aku hanya bermalam sehari je di wad n keesokkannya tengahari dah discharge.
Total payment b4 dischare : RM 1900


Ni gambar En.Somi. Sempat lak dia posing lps abis et..dh cam doktor plak somi aku ni ;)

No comments:

Post a Comment