Wednesday 6 November 2013

Bermulanya episod cucuk-mencucuk

5/11/2013 (period day-4)/( suntikan pertama- S1)
Hari ini bermulanya aktiviti cucuk-mencucuk ke perutku dengan bantuan En. Somi . Untuk pengetahuan semua, aku dibekalkan dengan ubat pergoveris 150IU sebanyak 8 kotak maksudnya untuk disuntik selama 8 hari. Suntikan ni kami tetapkan pada pukul 6 pagi setiap hari.Macam episod iui ku yg lepas, En. Somi akan jadi doktor dan akulah pesakitnya..pergoveris ni leceh skit sebab nak kena bancuh dulu baru boleh suntik....kat bawah ada aku sertakan gambar pergoveris serta alatan untuk aktiviti cucuk-mencucuk...

    
6/11/2013 (period day-5)/(suntikan kedua - S2)
Macam biasa, aku bgn awal arini untuk bersiap sedia menerima suntikan kedua. Arini jugak kena bersiap awal sebab kena pegi jupe Doc Cantik tuk buat TVS(transvagina scan) kt Hospital Pantai Bangsar. Nebes skit coz kena drive sendiri pegi hospital sebab Encik Somi  kena kursus selama 4 hari..bukannya apa,cuma x biasa drive sorang..tulah manja sangatlh kunun..asyik harapkan somi je drive..bila kena drive sendiri baru tau...padan muka aku...huhu apapun dengan lafaz bismillah  dan niat tawakal ke atas Allah aku gerak dari rumah kul 6.30 pagi & selamat sampai di hospital kul 7.15 pagi...alhamdulillah...sampai hospital terus pegi bahagian pendaftaran & tunggu jelah Doc Cantik datang..aku masuk jupe doc bila namaku dipanggil masuk..Masuk je bilik doc,doc tanya serba sedikit tentang period n sebagainya kemudian doc pun suh aku baring untuk tvs.Walaupun baru hari kedua suntikan,doc cakap tvs ni bukan untuk tengok telur tapi nak kira bilangan folikel yang ada pada ovari kiri dan kananku.Hasil tvs belah kiri ada 7-8 folikel tapi belah kanan cuma ada 3-4 folikel sahaja..Doc cakap bilangan folikel belah kanan tu mcm x mencukupi untuk ivf n macam kena tambah dos ubat je..Haihh... dengar je doc cakap mcm tu dlm kepala otak aku dh terbayang brp RM lagilah yg akan melayang kali ni...huhu  bincang2...doc suh aku tambah dos Gonal F (50 Iu) sekotak,pastu kena tambah suprefact n beli ultrogestan sekali.Gonal F tu kena suntik terus arini sekali n suntik tiap2 pagi bersama pergoveris..Mmm macam biasa..ubat kena beli ngn Kak Fauziah kt LPPKN. so sekali lagi dalam berani x berani drive sendiri  gi amik n beli ubat ngn kak Fauziah kt LPPKN nun..apapun arini boleh puji diriku sendiri sebab dah berani drive sendiri masuk KL...syabas Ieda...chaiyuk! chaiyuk :)

7/11/2013 ~ ( Suntikan ketiga- S3)
Period dah abis arini...Mmm semakin pendek plak period aku ni. Selalu dlm 6-7 ari baru abis..ni sbb amik injection bagai atau sbb apa x tahulah..apapun rutin harian diteruskan.Pukul 6 pagi cucuk pergoveris + gonal F dengan bantuan Encik Somi..Akhir2 ni setiap hari aku ingatkan diri sendiri supaya jgn stress.Risau gak kalo stress tu akan menyebabkan pengeluaran telurku berkurang. Tapi nak wat camno,makin akhir tahun semakin banyak plak keje yg perlu diselesaikan.. latihan sukan sekolahlh,uruskan penghantaran buku teks dan siapkan segala kerja bawah kawalan aku sebelum tutup sekolah.Ditambah lagi dengan masalah dok mikirkan kesihatan mak tercinta yg baru discharge wad arini...Harap sume ni x mendatangkan stress pada aku...huhu..

8/11/2013 ~ (Suntikan keempat - S4)  
Rutin cucuk mencucuk berjalan seperti biasa..6 pagi inject pergoveris + Gonal f .Arini x tahulah En Somi tersalah cucuk ke camne..Sakit giler weh masa inject pergoveris tu. Menjerit aku masa kene cucuk tu.Selalu x pernah sakit macam tu..Abis cucuk, tengok merah je kesan bekas cucuk tu kt perut aku.Tapi nasib baiklah x kuar darah.huhu...

9/11/2013 ~ (Suntikan kelima - S5)
Pagi ni kami berdua terlewat bangun dari tdo..Masa bangun tu tengok jam dh kul 6.45 pagi...Ya Allah, nape lh blh x sedar jam bunyi .Apa lagi...menggelabahlah...ubat x cucuk lagi, solat subuh pun belum lagi..nak x nak bergegas siapkan kelengkapan mencucuk jap...selesai aktiviti cucuk mencucuk terus kami bergegas solat..mmm tapi dh kene qada lh sebab waktu syuruk pun dh abis...Ya Allah...ampunilah dosa kami yang  terlambat solat subuh ni...huhu

10/11/2013 ~ (Suntikan keenam -S6)
 Arini blajo menginject diri sendiri sebab En.Somi xde, pegi family day kt PD. okeh, task ini berjaya dilaksanakn oleh ku dgn jayanya..Well done ieda! !! Mlm ni plak dh kena mula inject cetrotide kul 10 mlm.Cetrotide ni gynea aku ckp penting utk elak@cegah telur dr pecah awal sebelum opu.Oleh kerana En Somi dh blk..maka mcm biasa tugas mnginject ni diserahkan padanya.Tapi, serius ckp,sakit weh inject cetrotide ni.Meleleh gaklh air mata tadi masa kna inject sambil mulut dok bristighfar kuat kerana kesakitan.huhu...

 11/11/2013 ~ (Suntikan ketujuh -S7)
Pagi ni injection dibuat pada pkl 6.15 pagi.Kelam- kabut jugak sbb sblm tu aku dok iron baju kami somi isteri.Pagi ni plak kna ke spital tuk tvs lg.(citer tvs blh baca kt post tvs day10) .Malam ni pulak malam kedua inject cetriotide.Masa nk inject tu aku dh siap2 baring kat katil terus.Malas nk bangun n nak terus tidur je tuk elak dari sakit..Alhamdulillah...mlm ni x sakit sgt bila kene inject cetriotide tu..

12/11/2013~ (Suntikan kelapan -S8)
Arini last day untuk injection Pergoveris dgn Gonal F.Harap-harap dos ubat ni cukup untuk membesarkan telur2 ku...Esok,kena pegi hospital lagi untuk tvs terakhir sebelum tarikh opu(ovum pick up) ditentukan...Ya Allah...permudahkanlah perjalan Ivf ku ini....Rabbi yasir Walatuassir Ya Karim.... Amin...   

1 comment:

  1. salam ieda. tengah baca blog ieda dr awal nak timba ilmu. thanks for sharing. semoga berjaya ivf kali ke 2 ni.

    ReplyDelete