Wednesday 13 November 2013

Ovum Pick Up (opu)

Ok...entry kali ni nk citer pasal opu @ aka ovum pick up.Hmmmm...opu aku dijadualkan pada ptg Jumaat yg barakah,15/11/2013 pukul 3.30 petang..Opu ni dibuat masa keadaan kita x sedar. Maksudnya kita akan dibius penuh dan telur kita akan disedut dari bawah (vagina)...Jadi, sebelum opu memang kita kena puasa dululah. Untuk itu arini Khamis 14/11/2013 bermula kul 6.00 petang aku hanya akan dibenarkan minum air sahaja. Minum pun setakat air masak, ribena atau sirap je. Air yang berkeladak macam milo atau susu pun x boleh minum sebab boleh membentuk najis. Pukul 10 malam ni lak kena makan 2 biji pil dulcolax untuk proses membuang (cuci usus). Last minum adalah pagi jumaat kul 7.00 pagi..Lepas kul 7.00 pagi Jumaat tu aku tak dibenar makan dan minum lagi  hinggalah tiba saat OPU.Mmm nebes ni...k nnt update lagi k..

15/11/2013
Hari yang ditunggu telah pun tiba..Arini aku dijadualkan untuk menjalani prosedure Opu.Kami perlu admit wad sebelum pukul 12 tengahari. Jadi kami bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi dan sampai di Phkl dalam pukul 11.15. Masa dalam perjalanan ke hospital, aku sempat call mak suh tolong doakan moga prosedure aku ni berjalan lancar.Time tu rasa syahdu je hati sebab walaupun keadaan  mak yang x berapa sihat,mak sempat lagi cakap yang mak sentiasa doakan aku..waktu tu juga sempat sembang dengan abang chik ku yang baru pulang dari haji. Abang aku pun cakap masa dia kt Mekah dengan Raudhah dia selalu doakan aku dan En.Somi moga urusan kami dipermudahkan dan kami cepat dapat zuriat.sebak...T_T....Terima kasih sume yang rajin mendoakan aku ni...huhu...Selepas selesai urusan pendaftaran kemasukan wad, aku dihantar ke wad C2 katil 206. Actually wad ni adalah dalam unit Ivf gak. Masa kat wad, nurse bagitahu yang  katil sebelah aku pun akan menjalani prosedure Opu awal sejam dari aku..Ok...thats good..adalah gak kawan tuk tukar2 pengalaman lps ni. Dalam kepala otak aku dah merancang nak mintak no phone membe katil sebelah nanti..




Ni antara gambar kenangan masa time Opu aritu. Sempat posing lagi tu.huhu...

Okeh sambung citer Opu lagi..12 .30 lebih aku dah suh En.Somi turun bawah bersiap2 untuk solat Jumaat..Pukul 1.15 masuk je waktu zohor,cepat2 aku ke bilik air untuk ambil wuduk dan menunaikan kewajipanku solat zohor. Selesai solat sempat solat hajat kejap.Masa dirakaat terakhir terdengar suara pakar bius Doktor Nazri, dah datang melawat katil sebelah. Alamak...awalnya datang..aku pun berdoa seringkas mungkin. Lepas siap solat, aku cepat2 tukar pakai baju macam kat atas tu pastu terus rehat kat katil. Kemudian Doktor Nazri masuk tanya khabar aku n tanya macam2lah. pakai gigi palsu ke x?ada implan gigi ke x?ada pakai lens x? dan macam2 lagilh..biasalah...soalan sebelum prosedure..lepas tu doktor keluar dan bagitahu kul 2 ptg nurse akan datang bagi injection..Kul 2 lebih,seperti yang diberitahu,nurse pun datang  bersedia untuk menginject.Ingat inject kt lengan tapi skali kt bontot daaa...sedikit tersentap badan aku masa nurse tu inject.bukan sebab sakit tapi terkejut masa jarum tu menembusi kulit..huhu..Lepas injection ni aku dah x dibenarkan ke bilik air atau turun dari katil dah.kalo nak ke tandas kena panggil nurse. Masa ni aku cam dah mula rasa ngntuk skit2..kesan ubatlah ni kot..Kemudian En. Somi masuk lepas siap solat Jumaat n x lama lepas tu, dua,tiga org nurse pun datang tuk tolak aku ke bilik prosedure. Nasiblah sebelum tu dah siap2 awal2 lagi salam ngn En. Somi n peluk dia suh tolong doakan moga urusan Opu ku dipermudahkan. Kalo x, malu gak berdrama air mata kt depan nurse tu.hihi...Kemudian nurse tolak aku sampai bilik prosedure.En Somi pun iring aku sampai pintu depan bilik prosedure tu je pastu dia x dibenarkan masuk & tunggu depan bilik je.Masuk je dalam bilik prosedure aku nampak pakar bius,doktor Nazri dah ada kat situ. Doktor Nazri bagitahu yang dia akan masukkan ubat melalui tangan aku.Aku mengangguk je dan dalam hati x putus2 mengucap dan berzikir.Pastu nurse yang ada kat situ suh aku bernafas dengan alat bantuan pernafasan pastu aku pun pengsan x sedar apa dh.........


Dalam kul 4 lebih aku tersedar sebab kesejukkan yang amat dan nampak Doctor Adilah kat hujung katil. Aku dengar Doktor Adilah tanya sakit ke? aku jawab x lah cuma sejuk je.Serius masa tu sejuk gilerrr.Satu badan aku menggigil-gigil..Ingat masa tu belum mula Opu lagi.Kemudian nurse pegi amikkan aku selimut satu lagi n selimutkan aku.Masa ni dalam kepala otak tertanya2 dh Opu ke belum aku ni? Kemudian doc Adilah minta izin nk inject kat perut. Aku nampak dia amik ubat dalam beg yang aku bawa.Oo.. inject ovidrel lh tu kot..Kemudian datang nurse tuk tolak aku semula balik ke wad. Masa ni aku sedar Opu aku dah selesai n sedikit terkilan napelah tadi x tanya doc terus tentang  keputusan Opu aku...huhu


Balik wad, En Somi dah ada kat situ. Dia sempat citer yang dia belum bagi sample (air mani) lagi..Kemudian dia pegi solat asar n aku terus tertido...Aku terjaga kul 6 lebih..Masa tu En Somi masuk n bagitahu baru je lps bagi sample..Ok alhamdulillah..maksudnya sume dh settle...Allah dah permudahkan urusan kami..Kemudian nurse masuk dan suh aku cuba minum n makan sikit. Katanya kalo xde pening n muntah, lepas 2 jam aku dh boleh discharge..Ok, tepat kul 9 aku dh discharge wad...Alhamdulilah...selesai satu bab.pasni nak nunggu result ovum n nak tahu bila tarikh embrio transfer (et) lak. k ada masa aku update lg...tunggu...




Kos untuk harini = RM7800

1 comment:

  1. tengok gambar ieda mcm pernah jumpa jer.. kalau tak silap semalam 26/5/14 petang dlm jam 3.30 terserempak dengan ieda kot. masa kat Makmal IVF. nampak ada perempuan kena sorong atas katil... sorg lelaki tunggu kat kerusi makmal. saya kat sana teman suami test sperm :)

    ReplyDelete