Friday 22 November 2013

2 weeks wait (2ww)

22/11/2013(hari pertama selepas et)
Hari ni kul 11.30 tengahari dah boleh discharge dh.Selesai je urusan kuar wad,En.Somi g amik kereta manakala nurse membantu menolak aku ngn kerusi roda ke tempat menunggu.Nak minimakan pergerakan kenelah naik kerusi roda.Lepas tu bila keta En Somi dtg,aku pun naiklh keta.Tempat duduk dalam keta  tu En.Somi dah siap2 lapik ngn toto tebal dan bantal.Maklumlh nak balik jauh & elakkan gegaran katanya.Yelah dari Phkl ke umah aku adalah lebih kurang sejam perjalanan gak.En.Somi  drive keta agak slow brbanding biasa serta memandu dengan berhemah.Kalo boleh x nk langgar lubang n bumper.Maklumlah arini kn baru hari pertama selepas et.sebarang gegaran yg berlaku takut mengganggu penempelan embrio.Lps tu bila sampai rumah je aku terus bedrest jelah n bangun bila perlu sahaja.

23/11/2013 (hari ke-2 selepas et)
Malam tadi x lena tdo dh mula sakit2 belakang.Agaknya sbb lama sgt trbaring je.Nak tdo ngiring belah kiri bontot plak sakit kesan injection proluton sblm et aritu.Ngiring belah kanan pn x selesa gak.Last2 aku baring terlentang sambil mata terkebil-kebil dlm gelap.Sempat tgk jam kt hp.aiseh kul 3.00 pagi beb.Dalam hati berbisik ni kalo x kna bedrest bgs bgn tahajud ni.Mm...last2 berzikir jelah dalam hati sampailh tertdo semula..arini gak prasan kadang2 rasa cam sakit nyucuk kt area perut aku.berdenyut pun ye.masa rasa tu memang sakit btllah.tp x slalu.kdg2 je...harap2 simptom tu petanda baik buat aku..Moga2 tu tanda2 embrio2 aku tgh cari port untuk menempel dalam rahim ni.Aminnn

24/11/2013 (hari ke-3 selepas et)
Arini buat pertama kali selepas blk dr hospital pas et baru kuar dari sarang.Kuar pn kejap je.Gi klinik dpn umh tuk amik injection proluton tuk kuatkan rahim.Proluton ni injectionnya sakit skit sbb oil base.Tu yg kena doktor yg injek.Tapi mcm biasa, bagi aku injek proluton ni x sakit pn masa kna injek.Tapi kesannya sehari dua pas tulah.Siaplah nnt sure x blh ngiring belah tempat yg kna injek tu.huhu..Simptom arini perut rasa x selesa.cam cramp2 skit cam org nk senggugut pn ada.Harap2 proses penempelan yg berlaku.Malam tadi pn kul 4 lebih terjaga dari tidur sebab sakit belakang.En.Somi yang terjaga terdengar aku mengaduh membantu mengurut lembut pinggangku.Tq  bang...
Masa dalam tempoh 2ww ni merasalh layanan bak puteri raja.keje aku bedrest je memanjang.Bangun pun jika nak ke tandas n makan je.Solat pn sambil duduk atas kerusi sebab x nak bagi tekanan pada perut.Masak2 sume En.Somi yang buat.Tak sangka jugak ada bakat masak yang terpendam somi aku ni.Pagi tadi goreng bihun tuk aku.Sedap gak cuma termasin skit je.Ni tengahari dia baru pas masak telur masak kicap, sawi goreng + salmon bakar.Boleh tahannnn.... ;)
Ni gambar lauk yang En.Somi masak tengahari tadi.



25/11/2013 (hari ke-4 selepas et)
Rasa nyucuk2 sebelah kanan perut secara on off.

 26/11/2013(hari ke-5 selepas et)
 Arini simptom menyucuk tu makin kerap dirasai.Tapi rasa dua2 belah kanan & kiri perut secara on off.Arini gak dapat whatsapp dari membe yg same date buat et aritu.Dia dh buat blood test awal semalam tuk pantau ohss @ ovary hyper stimulation.Alang2 doc check level bhcg dia skali.Pagi td dia ckp doc msg bagitahu progestrone level dia cantik dgn bhcg bacaan 8.Esok kalo bacaan bhcgnya meninggi dari sebelum tu, confirm dia pregnant.So,esok doc suh dia wat bloodtest lg.Seronok mendengarnya.Harap2 ada good news tuk aku dan dia.Haih.. lambat plak nak nunggu jumaat 29/11 ni menjelma..aku punya bloodtest jumaat ni.Ya Allah berilah peluang untuk aku merasai nikmat mengandung menerusi ivf kali ini Ya Allah....

27/11/2011(hari ke-6 selepas et)
Arini kena kuar sarang lagi untuk injek proluton di klinik berhampiran.Simptom?sama, masih sakit yang menyucuk/berdenyut di bahagian perut.Tapi arini kerap belah kanan.Ditambah lak dengan sakit bontot belah kiri bekas injection kt klinik tadi.Cam pakej plak sakitnya hingga membuatkan air mata ini mengalir.Dalam hati berbisik,Ya Allah jika permulaan kesakitan yang kau beri tapi penghujungnya kemanisan yang ku dapat, aku rela Ya Allah...Tadi gak dapat whatsapp dari membe yang sama semalam.Dia ckp doc msg keputusan bacaan bhcg nya meningkat dari 8 ke 28.Maksudnya dia PREGNANT! Alhamdulillah, tumpang gembira untuknya.Memang dalam setiap kali pas solat namanya turut aku selitkan dalam doaku untuk sama2 berjaya dalam ivf ini.Jadi,tinggallah aku yang masih tertanya2 diri ni mengandung ke x?apapun kena tunggu blood test jumaat nanti...sabarrrr Ieda....!

No comments:

Post a Comment