Thursday 19 March 2015

Ubat-ubatan dan supplemen #fet#

Hari ni saya akan update tentang ubat-ubatan yang akan saya guna sepanjang fet serta supplemen yang diambil untuk persediaan fet.

Ubat-ubatan untuk  FET
Penggunaan ubat sewaktu fet adalah  tak sebanyak sewaktu melakukan fresh ivf. Untuk fet kali ni doc A mengarahkan saya untuk menggunakan ubat seperti berikut:

1) Orgalutron (7 suntikan = RM 1260) ~  untuk suntikan selama 7 hari bermula pada D1@D2  period

2) Progynova 2mg (2 kotak )  ~ untuk dimakan sebiji 3x sehari bermula dari hari sama penggunaan         Orgalutron

3) Femoston (merah sahaja) (4 kotak)    ~ sebiji 3x sehari untuk di insert ke dalam vagina apabila           period hampir  kering.

4)  Utrogestan (4 kotak = RM280  dan  akan diteruskan penggunaannya sehingga minggu 11@13            sekiranya mengandung) ~ Untuk di insert ke dalam vagina selepas frozen embrio    transfer. 

                                                                       
5)   Proluton (5 suntikan)  ~ Suntikan kuatkan rahim selepas frozen embrio transfer

________________________________________________________

Dibawah pula ialah antara supplemen yang saya amalkan 3 bulan sebelum prosedure fet sehingga sekarang. 


Supplemen yang dimakan

1) Jigsaw untuk alkalikan badan

2) Kalsium ~  (jangan lebih 600mg sehari)

3) Multivitamin

4) Vit C 500mg ~ (cari yang jenis ascorbate kerana lebih beralkali dan bukannya jenis ascorbic sebab      bila ascorbic akan menjadikan badan lebih berasid nanti penyakit lain pula yang muncul)

5) Vitamin D3,1000iu ~ disyorkan melakukan ujiaan vit D terlebih dahulu sebelum mengambilnya

6)  Asid Folik 5 mg

Diharapkan entri ini dapat membantu sahabat-sahabat TTC yang lain dalam membuat persediaan samada untuk iui/ivf @ fet nanti. Apapun ini adalah sebahagian usaha sahaja. Yang menjadikan kita sihat dan menentukan kejayaan atau kegagalan usaha kita semuanya dari Dia. Moga Allah merahmati segala usaha kita. Insyaallah...Jazakallahhukhairan...












9 comments:

  1. baru tau yg pasal vit c tu ada yg jenis asid n alkali... tq ieda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...sy pun br tahu bila join close group doc salwa kt fb.lps tu vit c tu cari yg asid free mesra pd perut sesuai juga tuk org yg ada gastrik.

      Delete
    2. Assalammualaikum..nk tnya buat yg doctor A suruh beli tu.. Sis beli dekat mana ye? Kalau nk beli dh klinik kerajaan bole tak? Sy pun buat treatment dgn Dr. A.
      Ubat kt sana mahal. Dr suh beli Ubat kt luar.. Murah ckit.

      Delete
    3. Ooh bru tbaca beli kt aa pharmacy Yeh.. Xbole ke kalau nk beli kt klinik kerajaan? Ada x sapa2 Ada pengalaman beli ubat kt klinik kerajaan kt sini..

      Delete
  2. tq ieda for the info...noly pun dah wajib cari ni vitamin tu semua..

    ReplyDelete
  3. Excellent and decent post. I found this much informative, as to what I was exactly searching for. Thanks for such post and please keep it up.Progynova 2mg in USA, UK and Australia

    ReplyDelete
  4. This is such a great resource that you are providing and you it away for free. I love seeing blog that understand the value.Progynova 2mg in USA, UK and Australia

    ReplyDelete