Friday 27 March 2015

Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri ini selepas menonton rancangan motivasi pagi hari ni yang bertajuk "Permata Hati" yang disampaikan oleh Ustazah Laila Aniza...Masyaallah...topik yang disampaikan terasa dekat dengan hati dan jiwa ini. Apa yang membuatkan saya rasa sangat terkesan ialah Ustazah menyatakan Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..contohnya jika kita selalu berdoa ingin mengandung dan memiliki zuriat, cuba kunci doa tu maksudnya YAKINI doa tersebut yang satu masa nanti kita MEMANG boleh mengandung dan memiliki zuriat sendiri. Jangan pula bila kita dah berdoa sebegitu tiba-tiba kita berasa ragu dan hati berbolak balik mempersoalkan bolehkah kita mengandung dan miliki zuriat sendiri? Jangan..jangan..jangan bertindak sebegitu. Yakini Allah kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya...jika kita fikir dan sangka kita boleh mengandung dan miliki zuriat sendiri..insyaallah...cepat atau lambat kita pasti memilikinya..

Antara tips lain yang disampaikan untuk memiliki zuriat ialah :
1) Bersangka baik pada Allah
2) Perbanyakkan sedekah
3) Banyakkan beristighfar 1000x sehari
(ibu kepada jurubekam saya yang 7 tahun berkahwin tidak memiliki zuriat telah mengamalkan istighfar ini secara istiqamah selama setahun lebih dan subhanallah selepas setahun lebih mengamalkannya Allah kurniakannya anak bukan seorang tapi 11 orang anak..saya juga sedang mengamalkannya dan yakin dengan amalan ini. Jom amalkan yea kawan-kawan)
4) Amalkan baca yasin setiap hari dan berniat untuk dapat zuriat.
5) Jangan tinggal solat dhuha,solat hajat serta amalan solat tahajud.
6) Kena Usaha dan berikhtiar serta sentiasa berDOA agar dikurniakan zuriat.

Ustazah juga menyatakan jangan kita bersedih jika belum dikurniakan zuriat kerana Allah bersama kita. Rasulullah s.a.w pun pernah berkata yang pasangan yang tidak memiliki zuriat, baginda sendiri yang menunggu kita di pintu syurga di akhirat kelak. Selain itu, bersyukurlah andai kata kita meninggal tanpa memiliki zuriat, kita tidak akan dihisab atas dosa-dosa kegagalan mendidik anak berbanding pasangan yang ada anak tapi gagal mendidik anak mereka dengan baik. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. menitis air mata saya saat mendengar bicara tersebut. Ya Allah redhai aku...tetapkan hatiku agar sentiasa yakin dengan setiap perancangan yang telah direncana oleh Mu...Aaminnn.....

2 comments:

  1. betul tu ieda..terima kasih ingatkan...noly selalu kot macam tu, doa tapi tak yakin.. selalu macam 'rendah diri'... boleh dapat ke? huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah noly..manusia...hati selalu berbolak-balik.sy pun kekadang mcm tu gak ..huhu

      Delete