Tuesday 20 May 2014

Tvs cyle day 13 #ivf2#

19/5/2014-Isnin (cd13, Suntikan ke 10)
Pagi ni ada temujanji dengan doc untuk tvs lagi. Dan nak dijadikan cerita arini gak first time kena marah dengan doc sebab lambat datang klinik untuk buat tvs...huhu.. Kes nya macam ni..saya tahu arini ada temujanji dan ingatkan boleh datang cam biasa lah ke klinik...slalu datang klinik dalam kul  10 lebih camtulah. Cam biasa gi sekolah dulu, Selesaikan kerja mana yang patut maklumlah banyak kerja sebab minggu ni gak minggu peperiksaan . Selaku sup peperiksaan sekolah banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya amik MC yang lama. Kul 9.30 lebih baru nak bergerak untuk ke klinik..Sekali tengok hp ada miscall dari klinik. terus gelabah, apahal plak ni...takkan nak ingatkan temujanji padahal aritu dah call.. terus saya call klinik semula dan tanya kenapa? Sekali Nurse Ida yang jawab dan tanya, "Puan kat mana?dari pagi tadi Doktor tunggu. Puan tahu kan Puan patut datang awal ke klinik? Hari tu doktor dah pesan suruh datang awal kan??..". Hah...?? terkejut... saya cakap saya x tahu.. dan x pasti doktor lupa pesan suruh datang awal atau saya yang x dengar pesanannya...Aduyai...tengok jam masa tu dah 9.45 pagi..Dahlah saya dari Banting. jauh juga perjalanannya nk sampai ke PHKL yang terletak kat Bangsar tu...Apalagi, lepas tu terus capai kunci kereta dan drive selaju yang boleh..First time gak rasanya bawak keta x pikir apa dah...tahu nak cepat sampai je. Kaki menekan je pedal minyak tu. Jeling kat dashboard kelajuan 120-140 km/j. Sume keta besar2 saya potong..belasah jelah...bila cecah 160km/j baru rasa takut dan baru perlahankan sikit kelajuan kereta...Sampai PHKL tepat kul 10.30 pagi. Dapat je parking terus bergegas ke bahagian pendaftaran dan meluru ke bilik doktor. Lepas patient dalam bilik doc keluar saya terus masuk. Nampak je mukaku doc terus bersuara tanya kenapa lambat dan bla, bla,bla......last ayat doktor yang masih diingati dan menusuk kalbu ialah doc ckp prosedure ivf x boleh main2 ..huhu...(dalam hati berbisik, mana ada main2...salah faham je doc...huhu) Tapi saya tahu doc marah bersebab sebab tvs pagi ni sangat penting kerana untuk menentukan bila tarikh saya kena buat OPU aka ovum pick up. Dan doc sebenarnya marah sebab risau saya terlambat amik suntikan cetriotide pagi ni jika confirm opu saya perlu dibuat  pada 21/5 (rabu).Tapi nasib baik x terlalu lambat sangat untuk amik suntikan tu. Akur kesalahan diri cepat2 saya minta maaf. Pastu terus serah diri tuk di buat Tvs... Ok, hasil tvs progress telur masih sama macam tvs ari ke 8. X de pertambahan bilangan folikel pada ovari kiri dan kanan walaupun dos ubat telah di naikkan..Hurm pasrah jelah...mungkin ubat suntik tu dah terlalu imun pada badanku sebab ni adalah kali ke tiga penggunaan ubat2 tersebut dimana kali pertama guna pada bln 6 taun lepas untuk iui. Kali kedua adalah masa ivf pertama bulan 11 taun lepas dan kira kali ni penggunaan ubat yang sama untuk kali ketiga lah. Kesemua telur-telur tersebut dah makin membesar. Disebabkan telur belah ovari kanan tu kurang, doktor bagitahu dia akan cuba sebaik mungkin untuk sedut keluar kesemua telur tersebut termasuk belah ovari kiri sekali yang ada banyak salur darah tu dengan berhati2..Ini bermakna aku perlu bersedia dengan sebarang risiko gak sebab dikhuatiri berlakunya pendarahan. Ya, Allah...moga urusan OPU ku dipermudahkan.. Doktor juga dah confirm kan OPU aku akan dibuat pada hari rabu 21/5/2014. Jadi, bila dah confirm tarikh OPU terus doc suruh suntik cetriotide waktu tu juga..Waktu ni lagi sekali gelabah sebab x pernah suntik sendiri segala ubat kat perut sendiri..Selalu Encik Somi yang buat. Huwaa... nak nangis rasa. Mulalah ingat somi. Tapi disebabkan datang sorang, nak x nak kena cuba buat sendiri gaklah. Menggigil gak tangan masa bancuh ubat cetriotide tu sendiri. Pastu cuba gaklah suntik sendiri kat perut cam Somi selalu buat..yess!!! berjaya... x sangka dan yang magic nya suntik sendiri x rasa sakit langsunglah plak...haha.....Ok, dengan ini bermakna perjalanan ivf ke2 saya kini semakin menghampiri kemuncak...doakan segala urusan saya dan somi di permudahkan yea...

4 comments:

  1. Semoga dipermudahkan Ieda..Amin..Doa banyak2 k..kami TTC doakan Ieda berjaya dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah,.Amin..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan semuanya untuk awak dan berjaya ivf kali ni
    ..Aamin

    ReplyDelete
  3. ieda, semoga awak berjaya ivf kali ini. always positive. ;)

    ReplyDelete
  4. good luck ieda, smg Allah permudahkan...smg dapat telur2 tu dikeluarkan masa opu....amin...

    ReplyDelete