Friday 9 May 2014

Suntikan Bermula #ivf2#

10/5/2014 (period day 4) Arini  bermulanya semula rutin suntikan setiap pagi untuk ransang pengeluaran telur saya. Saya dan En.Somi tetapkan untuk mulakan suntikan pada pukul 6.30 pagi  setiap hari... Buat masa ni doc tetapkan untuk saya lakukan suntikan selama 8 hari menggunakan ubat pergoveris dan gonal f  75 iu .Maknanya suntikan akan berakhir  pada 17/5/2014. Macam biasa tugas menginjek diserahkan pada En. Somi.. x sanggup rasa nak injek diri sendiri. cukuplah saya tadah perut je untuk disuntik...huhu... Walaubagaimanapun tempoh suntikan dan dos ubat yang diguna akan ditambah sekiranya pengeluaran telur sedikit dan tidak menepati kehendak prosedure ivf. Kaedah untuk menilai pengeluaran telur saya banyak atau sikit ialah melalui Trans Vagina Scan (Tvs). Doc telah menetapkan saya hadir ke klinik untuk buat tvs pada 14/5/2014  iaitu pada hari suntikan ke 4. Jadi tunggu ler waktu tvs nanti...harap waktu tu badan saya dapat menghasilkan telur2 yang banyak dan berkualiti sesuai dengan prosedure ivf nanti. Kalo telur dah banyak maka x perlulah tambah dos ubat lagi...dapat lah jimat duit gak...huhu



Ni saya  sertakan jadual suntikkan saya untuk rujukan..

6 comments:

  1. ambik injection is an exciting time... hehehe... rasa mcm jadi doktor je waktu tu ;-) smg Allah permudahkan ieda :-)

    ReplyDelete
  2. Suami saya langsung taknak inject saya..huhu..kena wat sendiri..
    Semoga telur membesar dengsn jayanya..chaiyokkk..

    ReplyDelete
  3. Good Luck ieda! Saya doakan utk ieda dan suami berjaya kali ni. InshaAllah amiiiinn

    ReplyDelete
  4. As salam ieda..sy baru hari ni dtg period (16/5/14). Doc suh mai utk cek n amek injection isnin ni (19/5/14). Maknanya first injection for ivf ieda start period day-4 la yea..sy doakn kita sama2 berjaya. Insyaallah..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..by d way, nama apa yea? yea first injection sy pada period day 4.tp bergantung gak ada orang yang hari kedua dah mulakan suntikan..awak buat kt mana?gud luck gak..moga ada rezki kita...

      Delete
    2. As salam..nama sy tinie..sori..first time comment..so nama pon xtau nk bg keluar cmna..sy tgk sis 21hb akan buat OPU..alhamdullilah..sy awal rwatan di Hospital Sbrg Jaya Penang. Tp proses ivf nnti di HKL. 19/05/14 aritu doc bg sy 1 kali je injection sbb dia scan telur bnyk. So jumaat ni akan cek blk telur and beli ubt utk injection tiap2 mlm tu. Dijangka ke KL 30hb. Insyaallah..sy doakan sis berjaya kali ini. Sis apa2 update yea perkembangan ivf sis ni.. :)

      Delete