Friday 11 April 2014

Langkah pertama, percubaan kedua #ivf2#

Alhamdulillah... dengan izinNya saya masih diberi peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Phkl lagi untuk meneruskan percubaan ivf kedua saya dengan gynea yg sama aka 'Doc Cantik '.. Pagi tadi adalah day11 saya selepas period..Sebelum tu saya dh whatsapp doc saya bagitahu plan nk buat second ivf dalam bln 5 dan bertanya bila saya sepatutnya datang jumpa dia..So, doc suh saya datang sepatutnya day 12@13  selepas period tapi memandangkan kedua2 tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu dan ahad dan klinik x terima temujanji pada waktu tu maka, pembantu doc suh saya datang jupe doc pada hari Jumaat je. Teruja gak jupe doc semula selepas lebih kurang 5 bulan x jumpa lepas kegagalan ivf pertama saya. Banyak yang dibual dan dibincangkan bersama..untuk temujanji pertama bagi percubaan ivf kedua ni, Doc meneliti fail dan segala result ujian darah saya yang lepas2..syukur...sebab segala bloodtest termasuklah ujian Antimullerian (amh) masih valid dan masih boleh diterima pakai. Kalo x, masak gak saya nak kena ulang sume test tersebut yang boleh tahan gak kosnya tu.huhu.... So, kat sini saya sedar akan hikmahnya..mungkin sesetengah orang cakap terlalu awal untuk saya mengulangi membuat ivf kedua. Tapi inilah salah satu sebabnya..x nak ulang semula buat  test bagai..jadi kat situ saya dah boleh save duit skit...So,...hasil perbincangan tadi, arini saya kena buat blood test utk lihat kandungan vit D dalam badan.Dulu2 x buat pun tapi sekarang semua pesakit doc  dah kena buat test tu sebab dari report banyak yang kekurangan vit D sedangkan vit D penting untuk kesuburan. Doc juga nasihatkan saya amik multivitamin brand kordel yang didalamnya ada kandungan vit D 400iu dan jangan skip makan asid folik..Ok setakat tu dulu update dari saya...nnt saya akan cuba update secara details kos dan segala maklumat mengenai percubaan ivf kedua saya ni lagi....insyaallah...oh ya, by the way segala kos kt phkl bermula bln mac taun ni dah naik ..td pun kos tvs+ consultation+ bloodtest tuk vit D aje dah berkos rm425...phewww...kena tambah saving lagilah camni...huhu

11 comments:

  1. Ida.. baru jumpa blog ida.. gud luck ida.. tkasih doa ida pd mai dulu.. mai doakan usaha ida kali ni bjaya.. insyaAllah. . Mudah2an ada kemanisan di sebalik ketabahan.. aminn.. kali ni ida start dulu.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mai...yea bertemu lg kita kali ni di alam blogger :)

      Delete
  2. Semoga usaha Ieda dipermudahkan dan diberkati Allah..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nuriz...moga sgala usaha Nuriz pun dipermudahkan oleh Nya...

      Delete
  3. Ieda, smg Allah permudahkan... Seronoknya dah boleh start treatment. I ni risau gak...the clock is ticking but x de masa sesuai lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nina, jom2 kita usaha lagi...chaiyok2...bg semangat kt diri sendiri dan tuk awk skali ;)

      Delete
  4. i dh 2 bln kot.. x jumpe doc cantik..
    rindu gak kt dia:))

    ReplyDelete
  5. mcm2 gelaran dr gynea sy jumpa..hehe comell...^__^

    ReplyDelete
  6. Good luck ida all the best! ��

    ReplyDelete
  7. insyaallah wife sy akan jalani proses ambil telur isnin ini di hkl..sy pula yg debar lebih.. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good Luck to both of u...sememangnya fertility treatment memerlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak suami dan isteri, dan tahniah kepada anda kerana mengambil masa mencari dan membaca maklumat tentang rawatan ivf dalam blog sebegini..apa yang ingin saya nasihatkan sentiasalah berada disisi isteri dan berikan kata2 semangat untuk dirinya..bykkan sabar kerana segala suntikan akan membuatkan mood isteri berubah2...akhir sekali TAWAKAL dan redha atas segala keputusan yang diterima...saya doaakan moga anda berdua berjaya dalam percubaan ivf kali ini...insyaallah...

      Delete