Saturday 8 March 2014

Banyaknya duit buat ivf....

Itu adalah ayat2 yang selalu saya dengar dan terima bila saya maklumkan saya buat prosedur ivf.Helloooo!!!...jika benar dakwaan saya banyak duit tu, Alhamdulillah.....tapi hakikatnya dakwaan itu tidak benar...harapkan simpanan dari gaji kami suami isteri sebagai penjawat awam, berapalah sangat yang boleh kami simpan dalam setahun. Nak harapkan simpanan kwsp, pun dah licin wat renovate rumah.Tapi itulah..hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. Pada saya, duit boleh dicari dan simpan lagi. Saya  x mahu terus membuang masa menunggu bila akan ada zuriat sendiri tanpa berusaha ke arah itu. Lagipun , masa tidak menunggu kita dan umur pun setiap tahun makin bertambah. Bila umur meningkat peratus kejayaan dalam ivf pun maknanya makin menurun. So, kami kena bertindak cepat. Berbekalkan sedikit sangat simpanannya, kami x malu untuk bagitahu orang kami buat loan untuk buat ivf ni. Faham-faham jelah...bila buat ivf di hospital private, kosnya  lebih tinggi dan kita kena bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sebelum dan selepas prosedur. Lepas tu, ada plak soalan nape saya buat ivf kt spital private bukan kat spital gomen? Hurmm... jawapannya senang. 1) saya dah selesa dengan gynea saya sekarang ,2) buat kat private prosedurenya lebih cepat berbanding spital gomen yang kena tunggu q tu. 3) yang paling utama dia seorang perempuan maka aurat saya lebih terpelihara.....Walaubagaimanapun saya selalu ingatkankan diri saya dan rakan TTC yang lain, walau setinggi mana pun peratus kejayaan ivf di spital tersebut, walau sehebat mana pun gynea dan embriologist yang ada, apapun tetap kena percaya pada qada dan qadar Allah. Jika sudah tertulis rezeki kami untuk mendapat zuriat sendiri melalui kaedah ini alhamdulillah. Jika tidak...kami pasrah dan saya berpuas hati kerana kami dah sedaya upaya kami berusaha,berikhtiar dan berdoa untuk memiliki zuriat sendiri...Saya juga pernah terbaca, salah satu tanda doa kita dimakbulkan Allah ialah adanya usaha kita pada apa yang kita mahukan...

5 comments:

  1. Ignore je mereka2 tu.. diorang x berada kat tempat kita.. sy doakan 2nd ivf awak berjaya.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sizuka...berharap sgt moga ivf kedua ni akan berjaya...doa2 kn sy yea..org kata doa ibu mngandung ni berkat ;)

      Delete
  2. Pada i, bila Allah beri ujian, Allah juga berikan jalan keluar. Allah akan berikan jalan yang mudah/ rezeki lebih utk kita gunakan supaya keluar dari masalah tu. Sebab Dia Maha Penyayang... Dia takkan biarkan hamba2 Nya begitu saja tanpa pertolongan. Kalau org sibuk2 cakap mcm tu lagi kan, u cakap je "Allah sayang saya, Dia berikan jalan bagi memudahkan saya menghadapi ujian ni". That should shut their mouth... huhhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. hurm betul...susah kdgckp ngn org yg x sama situasi cam kita...sabo jelah...

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha n sentiasa berdoa pada Allah ye sis.. anyway Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com .

    ReplyDelete