Monday 18 August 2014

Rawatan Sunnah : Berbekam

Hujung minggu yang lalu, disaat semua sibuk dengan open house raya sana-sini, saya ditemani En. Somi melapangkan masa sekejap untuk pergi berbekam. Actually, kali ni merupakan kali kedua saya berbekam. Kali pertama berbekam adalah pada bulan lepas. Dan kalau diizinkan Allah saya nak cuba berbekam setiap bulan. Selain daripada dapat menyihatkan badan, berbekam juga merupakan satu sunnah yang sangat digalakkan dalam Islam kerana dapat membuang segala darah kotor dan toksin di dalam badan.
Pengalaman berbekam x delah sakit sangat. Kalau sakit pun sikit je dan sakit yang boleh ditahan. Cuma lepas berbekam dekat tempat yang kita wat bekam tu  memang ada kesan lebam yang hanya akan hilang selepas 4-5 hari. Saya berbekam di Pusat Terapi Syifa yang terletak di Meru, Klang. Sila klik disini!
Walaupun agak jauh dari kediaman saya yang terletak di Banting, tapi saya tetap sanggup kesana untuk berbekam kerana dah selesa  berbekam di sana. Saya berbekam menggunakan 18 cawan iaitu 13 cawan di belakang badan bermula dari tengkok hinggalah ke kaki ,manakala 5 cawan lagi berbekam di bahagian depan badan terutama kawasan sekitar rahim. Berbekam kali ni banyak darah berketul, berbuih dan berwarna hitam yang keluar.

 Mengapa saya pilih berbekam? Di bawah adalah antara kebaikan berbekam :

KEBAIKAN BERBEKAM..

  1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
  3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
  4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
  5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
  6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
  7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
  8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang  serta papan punggung.
  9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
  10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
  11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
  12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
  13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
  14. Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
  15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
Cuba tengok point nombor 7 tu. Ia releven sangat dengan orang TTC macam kita ni. Itulah sebab saya cuba berikhtiar dengan bekam. Bekam kali ni juga lebih menumpukan point utama fokus kepada kesuburan dan ikhtiar untuk sembuhkan fibroid dan endometriosis. Antara sebab lain saya memilih berbekam ialah : bekam itu adalah sunnah nabi. Ia juga seiring dengan hadis dibawah..

Berbekam adalah sebaik-baik kaedah perubatan...

Rasulullah SAW pernah bersabda :-
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam".
(Hadis riwayat Ahmad)

"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalil yang menggalakkan umat islam berbekam ialah, sabda Nabi SAW : " Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku di isra'kan, kecuali mereka berkata " Wahai Muhammad, perintahlah umat kamu agar berbekam ".
(Hadis Riwayat At- Tirmizi)


Sambil berbekam, jurubekam saya ada bercerita tentang terdapat seorang pesakit fibroid yang perlu dibedah tetapi minta tangguh sebab nak ikhtiar cara lain. Pesakit tu berusaha untuk berbekam selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, apabila dia berjumpa doktor, setelah discan ternyata fibroidnya mengecut dan pembedahan dibatalkan. Subhanallah...hebatnya kebaikkan berbekam ini. Justeru, saya mengesyorkan kepada rakan TTC terutamanya, ikhtiarkanlah berbekam atau melakukan akupunture  sebelum memulakan rawatan  IUI @ IVF. Ada kawan saya yang istiqamah berbekam sebelum ivf juga telah berjaya pregnant. Ada juga yang failed ivf 2,3 kali. Kemudian setelah dia ikhtiar untuk berbekam, alhamdulillah ivf ke4 nya berjaya. Terasa sedikit menyesal dalam diri napelah dulu sebelum buat ivf saya x cuba berbekam dulu. Apapun, rasanya better late then never. Biarlah saya berikhtiar sekarang. Lagipun baby frozen saya ada lagi satu tuk buat fet. Biarlah saya sihatkan badan saya dulu sebaiknya sebelum buat fet yang x pasti bila. Dan sentiasa kena ingat, walau apa pun yang kita usahakan, yang menentukan segalanya ialah Allah jua. Dan Dialah jua yang sebaik2 Maha Pemberi Rezeki...

4 comments:

  1. banyak juga kebaikan bekam. erm.. tak pernah buat..ngeri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2..takut gak.tp start bln lps beranikan diri berbekam. Bila dah berbekam baru tahu xdelah sakit mana pun bekam ni. Cubalah kak.. :)

      Delete
  2. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya, sms @ wassup di 0122723104

    ReplyDelete
  3. Dhtry harini bekam subur.. semoga bole hamil doakan sy ya.....

    ReplyDelete