Thursday 26 June 2014

Anak jaminan kebahagiaan?

Salam semua....lama x tulis entry, apapun saya setia mengikuti perkembangan rakan2 ttc yang lain cuma kadang2 x sempat nak komen entry. Pada yang sedang gigih ber ttc teruskan usaha..Moga Allah memberkati segala usaha anda yang berjuang untuk meramaikan ummat nabi Muhamad s.a.w.....Amin...
Sedar x sedar, masa pantas berlalu dan sekarang kita di pertengahan tahun 2014 dah..lagi dua tiga hari dah nak puasa dan lepas tu raya.Adoi...camne plak nak hadap soklan2 cepumas makcik pakcik mulut laser kat kampung taun ni...huhu...Lately, saya akui memang saya mengasingkan diri dari sedara-mara. Kalau ada kenduri kendara seboleh-boleh cuba ngelak dari menghadirkan diri dan kalau hadir pun saya lebih suka lepak ngn En.Somi je.Lantaklah orang cakap kami suka berkepit ke apa sebab saya selesa macam tu.  Yelah faham2 jelah, bila berkumpul dengan sedara saya risau takut ditebak dengan soalan yang melibatkan isu anak especially soalan yang saya x de jawapan cam soalan bila ko nak ada anak?? Haihhh...lagi mahu tanya...cukup2 lah...jangan diguris perasaan kami...kalian tidak berada di tempat kami, kalian tidak mengetahui apa yang telah kami usahakan untuk mendapat zuriat sendiri, banyak yang telah kami usahakan cuma rezki masih belum berpihak pada kami. Apapun buat masa ni, kami alhamdulillah  masih bahagia berdua..x delah teruk mana hidup berdua(ayat pujuk hati gak ni..huhu) Memanglah agak sunyi tanpa gelak tangis baby tapi hikmah di sebaliknya kami bebas berjalan n bercuti berdua ke mana2...sana sini berdua, dan memang selalu x lekat kat rumah , jalan je kejenya. Sekarang pun kami dah mula balik dengan hobi lama iaitu berkebun di tanah tepi rumah yang sejemput tu.. Petang-petang menyibukkan diri tanam & siram sayur2 kami...usaha dan doa untuk memiliki zuriat sendiri masih ada cuma serah pada Allah, Dia yang maha mengetahui bila waktu terbaik untuk mengurniakan zuriat kepada kami.
Jujur saya akui kadang perasaan bimbang bertamu di hati. Bimbang kekurangan diri yang masih belum mampu memberikan zuriat ini akan menjadi sebab  En.Somi beralih arah.Ya Allah..hindarilah perkara tersebut dalam diri kami..Dalam setiap doa yang saya panjatkan setiap hari, saya memohon moga Allah memanjangkan jodoh saya dengan En. Somi, menyuburkan kasih sayang antara kami berdua dan menetapkan hati2 kami untuk saling mencintai hingga ke akhir hayat kami..
Dua tiga menjak ni pun di tempat kerja saya ada sahabat2 saya yang diuji dengan pergolakan rumah tangga..Kes 1 : Ada sahabat yang dah ada anak 6 pun somi buat hal nak kawin lain gak. Sekarang dalam proses uruskan penceraian. Kes ke2 : Yang sahabat sorang lagi anak dah ada sorang lepas tu lambat tambah anak, tu pun sominya jadikan alasan kawin lain untuk dapat anak lagi. Sekali tup2 bila somi dia kawin lain dia pregnant semula anak kedua selepas 10 tahun menanti & madunya tu belum ngandung lagi. Kes ke3 : Sedara somi yang dari awal kawin sampai sekarang dah tua pun masih belum ada zuriat sendiri. Apapun mereka bahagia bersama dengan membesarkan anak angkat...Ya Allah......subhanallah ...allahuakbar....kami tidak mengetahui perancangan mu Ya Allah..apapun kami yakin Engkau telah merencanakan sesuatu yang hebat dalam kehidupan kami hari ini dan pada masa akan datang. Anak itu anugerah. Ada atau tiada anak bukanlah jaminan kebahagiaan.Bahagia atau tidak kehidupan kita hari ini dan akan datang kita yang mencoraknya. Jika kita memilih untuk bahagia, positifkan pemikiran.. jangan biarkan aura negatif menguasai kehidupan kita...adios!!!

7 comments:

  1. setuju, pada i org yg tak bahagia sebab dia pilih utk tidak bahagia. Mcm u cakap, berfikir positive dan pilih bahagia, hidup tenang dan kita akan rasa kebahagiaannya...

    ReplyDelete
  2. Sejak arwah mak meninggal, rasa sunyi hidup berdua je dengan suami. Yani belum terdetik pun nak ambil anak angkat...ntah la, rasa hati masih belum sehabis usaha dalam TTC ni lagi. Tambahan pula barundisahkan ada hiperplasia endometrium lepas buat laps....tak tahu lah lps 9-10 tahun baru ada keinginan ambil anak angkat, buat masa ni lebih selesa berdua dengan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah terdetik gak dalam hati untuk ambil anak angkat...tp cam awk ckp tunggu dululah...nnt usia perkahwinan dh 9 @10 taun kalo xde rezki zuriat sendiri gak dh blh fikirkan alternatif tu..hopefullywaktu tu dh ada zuriat sendiri...huhu

      Delete
  3. yes.. betul tu. bukan jaminan kebahagiaan. apa2 pun syukur alhamdulillah ieda bahagia. ada org lagi teruk pada kita. selamat berpuasa ieda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt berpuasa gak pamela...gudluck yea next ivf...saya doakan moga ada rezki akak kali ni....

      Delete
  4. Bahagia tu luas konsepnya..yg ada anak bahagia cara ada anak,yg belum ada anak bahagia cara belum ada anak..yang penting teguhkan keyakinan pada Allah.,inshaAllah berkat sabar dengan dugaan Allah...mudah2an bahagia hakiki menanti kita di akhirat..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu...bahagia tu subjektif...bahagia dengan cara masing2...cuma geram ada yg mempertikai bolehkan rumahtangga kita bahagia tanpa kehadiran zuriat??please lah...Allah tahu apa yg terbaik untuk kita..

      Delete