Thursday 27 November 2014

Gurauan sadis

Hurm...semalam jalan2 dengan En.Somi kat Alamanda. Puas meronda, En. Somi ajak gi beli donut kat big apple sebab dah lama x makan. On da way ke big apple tu terserempak dengan pasangan suami isteri yang sedang tolak troli barang Aeon dimana didalamnya ada 3 orang anak mereka yang masih kecil dan si isteri pula berjalan disebelah dengan perut nampak memboyot, tanda preggy lagi. Somi saya tunjuk suh saya tengok gelagat mereka dan secara spontan  terkeluar ayat dari bibirnya. " bestkan"...sambil mata melirik kepada keluarga tersebut. Gulp, automatik saya menelan liur. Faham sangat dengan ayat tu..best sebab tengok keluarga tu bahagia bersama dengan kehadiran anak2 mereka yang berderet tu. Masa tu perasaan saya terus berubah. Rasa sedih sangat dan rasa bersalah pula sebab masih belum mampu melahirkan zuriat sendiri untuk suami. Waktu tu juga mata saya dah mula panas dan air mata mula bergenang. Untuk selamatkan keadaan saya cakap dengan suara perlahan." Mmm...biarlah...dah rezki mereka..". Sekali somi saya pula menjawab, "abang pun ada rezki juga". Lepas tu ayatnya tergantung di situ je...Dengar je somi saya cakap macam tu, air mata yang bergenang tadi terus tumpah mengalir di kedua-dua belah pipi saya. Saya menangis sebab mana mungkin, kerana disaat ini seorang zuriat pun saya masih belum mampu lahirkan untuk dirinya. Rasa kerdil sangat jika nak dibandingkan dengan perempuan tadi. Terus saya berjalan menjarakkan diri dari somi dan dengan perlahan menyapu air mata yang jatuh dipipi. Saya tahu dia pun x perasan saya nangis dan x sedar kata2nya sedikit sebanyak menghiris emosi saya. Sebab tu saya jadikan tajuk entry kali ni gurauan sadis..Emosionalkah saya? Salahkah saya beremosi sebegini? Hurm..ntahlah, sekarang ni, jika orang lain yang bercakap isu anak depan saya, saya dah xde nak berapa sentap sangat. Tapi kalo somi sendiri yang sebut isu anak depan saya terus perasaan tu jadi lain,rasa sensitif dan sedih je. T_T

6 comments:

  1. Nak tambah skit... Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Cam tu juga kehidupan kami, segala gaduh2 manja, sentap2 sume tu xdelah berpanjangan. Kejap je sume tu.. Ubatnya dengan istqamah solat berjemaah apabila berkelapangan. Lepas solat terus masing2 minta maaf. Segala yang panas jadi sejuk kembali. 😆

    ReplyDelete
  2. Biasalah.,kita ni memang ada time2 yang sensitif,semoga segala dugaan ini makin mengeratkan hubungan suami isteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..betul apa yg akak ckp tu. Rumit jd pompuan terutama yang dah lama ttc ni. Emosi x stabil manjang...haha

      Delete
  3. Hubby ieda x de maksud apa2 kot... I rasa dia x pikir apa yg dia ckp tu akn melukaksn ieda sbb dia rasa selesa nk share apa2 dgn ieda. If dia tau itu melukakan, im sure dia x akan ckp mcm tu... Dia x perasan tu...

    ReplyDelete
  4. Ia....mayb dia x prasan n x maksudkan apa2. Tapi tulah ...lately hati ni cpt terusik emosinya bila isu anak dibangkitkan.kita yg ttc ni mmang camtu kot prasaannya ..slalu up n down..huhu

    ReplyDelete
  5. Been there.. i know exactly how it feels.. kadang2 kite aware pon yg org yg bercakap tu x berniat nk singgung perasaan kita. tp still jugak kita feel emotional. Hehe... Anyway, ok kot rasa tu.. layan j. Yg penting how we handle it. Cheers ok!!

    ReplyDelete