Wednesday 29 October 2014

Anak angkat

Sebenarnya citer ni citer  minggu lepas, baru je teringat nak post kat sini.Minggu lepas, saya dapat call dari abang saya di Johor. Abang saya bagitahu ada seorang biomum yang sedang sarat mengandung 8 bulan dan tunggu masa untuk bersalin jangkaannya due bulan November. Biomum tu nak serahkan babynya pada sesiapa yang nak. Kawan abang yang bagitahu pasal info tu.Pastu abang terus bagitahu saya memandangkan lepas gagal percubaan ivf kedua saya ada sembang2 dengan abang menyatakan keinginan untuk nak ambil anak angkat. Abang saya call waktu maghrib dan cakap kena buat keputusan cepat sama ada nak terima @ tidak baby tu. Lepas isyak dia akan call semula. Terkejut saya, situasi saya memang gelabah, x sempat istikharah, x ready dan sebagainya. Lepas bincang2 dengan suami dan tanya pendapat makayah saya, kami dengan berat hati melepaskan baby tu ke tangan orang lain. Anggap jelah baby tu bukan rezeki kami.... Hurm...nape kami menolak? x suka ada baby ke? bukan.... sebenarnya kami suka ada baby. Terutama En. Somi lah..Apa yang saya perasan kalau balik ke kampung saya, sume anak2 buah saya yang kecik akan minta dia layan. Berebut nak didukung dan di riba  oleh suami. Ada masa saya jelez gak. Pernah gak suarakan ni anak buah saya ke anak buah dia sebenarnya? haha...Kalo belah family somi pun sama.. Somi rajin sangat melayan anak2 buahnya main. Kadang saya gurau2 gak ngan Somi, "abang ni pakai minyak guna2 ke sampai sume budak suka kat abang?".hihi...maybe faktor dia anak sulong dalam family menyebabkan dia biasa ngan budak2 berbanding saya yang berstatus anak bongsu ni.
Terus-terang, sebenarnya kami x bersedia untuk ada anak angkat buat masa ni. Mungkin ada yang cakap sayangnya lepaskan baby tu.Memang terasa sayang sebab x tahu lagi bila plak rezeki orang nak offer baby camni akan ada. Sebenarnya, jauh disudut hati kami masih mengharapkan kehadiran zuriat dari keturunan sendiri. Kami belum lelah@jemu untuk berusaha bagi mengharapkan kehadiran zuriat kandung sendiri. Tambahan pula insyaallah pada tahun hadapan 2015 ,saya akan buat FET dengan frozen embrio yang ada. Jadi, kalo saya ambil anak angkat, banyak masalah pula nanti sebab saya mesti akan ambil ubat tuk keluarkan susu tuk susukan baby agar baby tu x terbatal air wudhu dengan saya dan somi. Bila makan ubat keluarkn susu, pada pendapat saya,hormon badan akan terganggu dan menangguhkan rancangan kami untuk fet. Hurm....panjang citernya nanti..jadi, harapan kami teruskan dulu dengan rancangan fet taun hadapan dan usaha gigih lagi untuk dapatkan zuriat sendiri... Jika masih belum ada rezki gak barulah kami akan fikirkan soal ambil anak angkat ni..

6 comments:

  1. Kalau Yani berada ditempat Ieda pun, Yani rasa Yani buat perkara yang sama. Terkejut-terkejut macam ni memang tak boleh nak timbang keputusan dengan waras. InshaAllah ada rezeki lain untuk Ieda dan suami...amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...sukar sangat nak buat keputusan drastik waktu tu. Banyak yang kami pertimbangkan.Apapun kami mengharapkan keputusan yang telah dibuat ini terbaik untuk kami berdua.

      Delete
  2. Banyak benda nak kena consider bila cerita bab anak angkat ni... mungkin pada org lain itu keputusan yg mudah, but pada i, itu keputusan yg perlu difikir masak2... beza anak sendiri dgn anak angkat, anak sendiri ada fasa mengandung yg mana kita boleh bersedia untuk jadi parent. Tapi anak angkat, persediaan mental tu tak ada... sebab tu nak buat keputusan ambil anak angkat lebih susah nak dibuat. I pun macam ieda, masih ingin berusaha untuk zuriat sendiri dulu...mungkin lepas2 ni, Allah bukakan hati kita untuk ambil anak angkat pula...mana tau kan... kita doa je la Allah berikan yg terbaik utk kita dan mudahkan utk kita...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Nina, orang lain boleh senang je suruh2 amik anak angkat.Tapi kita yang menanggungnya. Bak kata Ninalah,banyak yang perlu difikirkan terutama soal aurat, persediaan mental dan fizikal. Tulah walaupun dah 6 taun usia perkahwinan kami,tetap rasa x bersedia lagi untuk ambil anak angkat. Masih mengharapkan kehadiran zuriat keturunan sendiri.

      Delete
  3. Same here ieda,akak biasanya tolak baik2 sebab nak fokus satu satu..tengah treatment sekarang kan..tapi lepas tolak tu teringat2 juga,cuma dlm hati berdoa mudah2an baby tersebut dapat keluarga yg baik2..huhu

    ReplyDelete
  4. Kan kak.. Hurm harap2 lps Ni ada gak rezeki nak dapat baby sendiri ....insyaallah...

    ReplyDelete