Saturday 16 July 2022

Alhamdulillah..saya kini bergelar IBU :)

16/7/2022

Lama x update blog. Bersawang sangat dah blog ni. Maaf x rajin buka blog dah sekarang. Maaf atas komen2 yang tidak berbalas.Alhamdulillah...saya kini telah selamat bergelar ibu kepada permata hati saya. Permata hati saya seorang putera dah berusia setahun tujuh bulan dah sekarang :) 

Anak ini ialah anak angkat saya. Dia memang tidak lahir dari rahim saya tapi kasih sayang saya dan suami padanya tidak berbelah bagi dan tidak bertepi. Saya dapat dan pelihara anak saya ini sejak usianya 11 hari. Dengan usaha dan izin dari Allah saya telah berjaya mahramkan anak saya ini sejak dari usianya sebulan dengan susu badan saya sendiri. Alhamdulillah juga adik perempuan suami iaitu ipar saya turut sama memahramkan anak saya ini. Moga anak saya terus disayangi dan mendapat kasih sayang yang tidak bertepi dan tidak berbelah bagi daripada kami serta kaum keluarga kami.

Hadirnya putera saya ini sedikit sebanyak mengubat kesedihan kami yang belum berezeki untuk mendapat zuriat kandung sendiri. Dengan kehadiran anak ini, secara rasmi saya dan suami  menghentikan segala rawatan ivf kami di hospital . Bukan tidak mahu usaha , cuma kami sedar bahawa dari segi faktor kewangan, masa dan paling penting USIA telah menghalang kami untuk meneruskan rawatan ivf lagi. Kami redha, tiada rezeki buat kami untuk mendapat zuriat kandung sendiri di dunia ini, moga kehadiran putera kami ini jadi asbab buat kami dan saham untuk kami bersedekah dan  tarik kami ke syurga nanti .

Untuk yang sedang ttc,yang masih muda, kewangan mencukupi, teruskan usaha anda. Moga Allah memakbulkn segala usaha anda untuk bergelar ibu suatu hari nanti. Aaminnn....


4 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah ieda.Semoga putera ieda menjadi anak soleh penyejuk hati ibu dan ayah..Aamiinn3

    ReplyDelete
  2. Proud of u sis. doakan kami..ttc juga.. now nak start ivf di ppum..

    ReplyDelete
  3. Tahniah sis.. Saya baca blog ni semalaman sbb esoknya akn ada opu. Kagum dgn semangat sis. Semoga Allah memberi ganjaran hebat ats kesabaran sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck dik.. moga ada rezeki awak utk mendapat zuriat kandung sendiri. Aaminnn

      Delete