Sunday 31 December 2017

PPUM @ PPUKM? Boleh bantu saya berikan pendapat anda..

Susulan follow up di klinik Doc Hamid Arshad semalam, actually semalam x dapat jumpa Doc Hamid pun tapi jumpa doc locum dari PPUM yang bertugas di klinik Doc Hamid iaitu Doc Mukri.Sebelum ke klinik dan dapatkan appoinment pun saya dah maklum bahawa first appoinment di klinik Doc Hamid biasanya memang patient kena jumpa doktor lain dulu.Second appoinment baru dapat jumpa Doc Hamid. Besar harapan saya appoinment kedua dapat jumpa dan bertentang mata dengan Doc Hamid..Haha....tapi jadi angan2 jelah...Bila dah jumpa Doc Mukri dan dia maklum sejarah ttc saya yang dah lalui iui dan ivf bagai, serta penyakit endo yang saya ada, dia terus suggest saya buat ivf lagi je.Katanya masa makin suntuk..lagipun umur saya pun makin meningkat. Katanya sama sahaja..kalau saya jumpa Doc Hamid pun Doc Hamid pun akan suggest perkara yang sama.Huhu...sedih dengar dia cakap macam tu 😭😭. Tapi memang saya sedar pun.Dan saya amik kata2nya secara positif. Memang niat dihati balik umrah nak sambung treatment dan cuba ivf lagi. Tapi kali ni tukar tempatlah. Maklumlah budget dah terhad..Saya juga ada tanyakan Doc Mukri tentang masalah endo yang saya hadapi,samaada saya perlu clearkan semula endo saya sebelum ivf atau terus buat ivf je. Doc x galakkan saya buat lapo lagi untuk clearkan endo sebab katanya bila saya buat lapo lagi.sedikit sebanyak fungsi pengeluaran telur di ovari boleh terjejas akibat lapo tersebut.
Doc Mukri suggest saya buat ivf di PPUM dengannya ataupun saya boleh pilih untuk buat ivf di PPUKM kerana memandangkan saya penjawat awam, maka saya boleh claim ubat-ubatan yang digunapakai masa ivf nanti.Bolehlah jimat sedikit.  Kiranya tengah dalam dilemalah ni...Boleh x sape2 sahabat blogger yang ada pengalaman buat ivf di kedua-dua hospital ni bagi pendapat masing2 dan bagitahu buat dengan doc mana. Help me please....tq..

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya sekrg sedng menjalani rwatan dgn Doc Hamid..tahun 2016 saya pernah buat IVF dengan PPUM ttapi gagal...

    ReplyDelete
  3. Mungkin boleh mencuba di hkl , jika ade budget terhad. .anggaran kos rm6k-10k, tidak setinggI kos di pusat rawatan lain

    ReplyDelete
  4. sy pernah bt ivf di ppukm tahun 2015.. kos tak smpi 15k brgantung pd ubat masing2 tp perlu ada 15k utk bt rawatan ivf tu.. tp masih belum ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk buat ngn prof hashim ke? sy buat iui ngn prof hashim.. arini baru nk call klinik tye result iui camne.. nervous.. harap2 ada rezeki utk kami

      Delete
    2. maaf lambat reply... bukan dgn prof hashim tapi buat dgn prof zainul.. mcm mna dgn result iui nya? semoga ada rezeki... sy tahun ni nk cuba lg sekali ivf.. semoga d permudahkan.. semoga ada rezeki cahaya mata utk kita semua.. 😊

      Delete