Assalamualaikum..
Lama sangat blog ni bersawang.huhu..saja2 je malam ni nak up sejarah TTC sepanjang tempoh perkahwinan kami yang dah menjengah 9 tahun ni..Alhamdulillah ...jodoh kami masih panjang. Tiada yang berubah.Masih setia berdua, masih kekal mesra, gurau2...gaduh2...merajuk2..lepas tu baik semula..haha..Biasalah asam garam rumah tangga. Doakan hubungan ini berkekalan ke akhir hayat kami yea..Alhamdulillah juga kerana kami berdua diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah dan dapat mengerjakan umrah berdua pada awal Disember yang lalu. Banyak kenangan manis sepanjang disana, kami juga tidak lupa menitipkan doa untuk mendapat zuriat kandung sendiri untuk diri kami dan juga untuk sahabat2 senasib sepanjang berada di sana.
Hurmmm....lagi beberapa hari dah nak masuk tahun 2018. Setiap kali masuk tahun baru pun azam yang satu ni sentiasa tak berubah. Teringin sangat Allah beri peluang untuk rasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri......tolong doa2kan saya yea....
Hurmmm....lagi beberapa hari dah nak masuk tahun 2018. Setiap kali masuk tahun baru pun azam yang satu ni sentiasa tak berubah. Teringin sangat Allah beri peluang untuk rasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri......tolong doa2kan saya yea....
Hari ni saja2 up sejarah ttc sebab insyaallah esok nak tukar angin nak cuba dapatkan rawatan di KlinikYayasan Jabal Nur. Nak dapatkan pandangan dari Doc Hamid Arshad tentang masalah yang kami hadapi. Dah 2 tahun rehat sejak failed FET 2015. Rasanya cukuplah tempoh rehat yang saya ambil...tahun 2018 kena mulakan rawatan semula. Maklumlah lagi lama menunggu , umur makin meningkat, kesuburan pun makin menurun.Tambahan pula tahun depan usia saya dah mencecah 37 tahun.sob.sob . Doakan moga2 saya terus kuat berjuang demi mendapatkan zuriat yang kami dambakan sejak sekian lama ini..
Mei 2008 -- married
12/2011-
5/2012 -- fertility treatment Hospital Putrajaya
(9/1/2012 -- done first HSG
(16/5/2012 -- Done first
iui - failed)
11/2012 –
04/2015 – fertility treatment Pantai
Hospital Kuala Lumpur (PHKL)
(22/11/2012 – Done Laparoscopy
On lucrin/zalodex - 4 month
Stage 3 endometriosis (Multiple subserosal uterine fibroids)
(25/2/2013 -- Done second HSG)
(17/6/2013 --
Done second Iui-failed )
(20/11/2013
– Done first fresh cycle IVF –failed, no
frozen embrio)
(26/5/2014 --
Done second fresh cycle IVF – failed,1 frozen embrio)
Moga diberi kemudahan dalam segala urusan. Moga mendapat hajat yang dimakbulkan.
ReplyDeleteTq awk...
DeleteAssalamualaikum, yang penting jangan stress semasa buat IVF terutama ketika proses transfer. Sebelum transfer, pergi saloon atau spa, makan sedap-sedap, jalan-jalan atau menginap di hotel menimati buffet breakfast, tengok movie.....pendek kata rilex. Dua minggu menunggu , buat benda yang disukai seperti hobi, baca buku, browsing barang dan shopping online, tak apa korbankan sedikit duit untuk happy dan boost mood. Dekatkan diri dengan Allah, dan jika masih ada ibu, luangkan masa dengannya. Ini yang saya lakukan kali ketiga FET setelah 5 tahun menunggu. Semoga awak berjaya dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. Amin.
ReplyDeleteInsyaallah....tq atas segala tips yang diberikan
Delete