Tuesday 31 March 2015

Bismillahitawakaltualallah...suntikan bermula.#fet#

31/3/2015 (period day2)

Saya telah period semalam. Alhamdulillah...awal pulak cik P datang. Macam tahu2 je sebab saya memang menunggu kedatangan period tuk mulakan proses fet. Maka hari ini dengan rasminya bermulalah perjalanan saya ke arah proses fet. Malam ni dah mula dengan makan progynova dan suntikan orgalutron. Saya perlu gunakan suntikan Orgalutron  selama 7 hari. Proses fet ni agak rilek berbanding fresh cycle ivf. Saya cuma perlu habiskan suntikan orgalutron saya, makan progynova serta insert femoston sahaja. Hari ke16@ 17 nanti baru ada temujanji dengan doc untuk check ketebalan rahim tuk tentukan tarikh bagi lakukan frozen embrio transfer.. Tolong doakan saya yea kawan2. Moga segala urusan saya dipermudahkan dan saya berjaya preggy melalui proses fet ini.

Friday 27 March 2015

Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri ini selepas menonton rancangan motivasi pagi hari ni yang bertajuk "Permata Hati" yang disampaikan oleh Ustazah Laila Aniza...Masyaallah...topik yang disampaikan terasa dekat dengan hati dan jiwa ini. Apa yang membuatkan saya rasa sangat terkesan ialah Ustazah menyatakan Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..contohnya jika kita selalu berdoa ingin mengandung dan memiliki zuriat, cuba kunci doa tu maksudnya YAKINI doa tersebut yang satu masa nanti kita MEMANG boleh mengandung dan memiliki zuriat sendiri. Jangan pula bila kita dah berdoa sebegitu tiba-tiba kita berasa ragu dan hati berbolak balik mempersoalkan bolehkah kita mengandung dan miliki zuriat sendiri? Jangan..jangan..jangan bertindak sebegitu. Yakini Allah kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya...jika kita fikir dan sangka kita boleh mengandung dan miliki zuriat sendiri..insyaallah...cepat atau lambat kita pasti memilikinya..

Antara tips lain yang disampaikan untuk memiliki zuriat ialah :
1) Bersangka baik pada Allah
2) Perbanyakkan sedekah
3) Banyakkan beristighfar 1000x sehari
(ibu kepada jurubekam saya yang 7 tahun berkahwin tidak memiliki zuriat telah mengamalkan istighfar ini secara istiqamah selama setahun lebih dan subhanallah selepas setahun lebih mengamalkannya Allah kurniakannya anak bukan seorang tapi 11 orang anak..saya juga sedang mengamalkannya dan yakin dengan amalan ini. Jom amalkan yea kawan-kawan)
4) Amalkan baca yasin setiap hari dan berniat untuk dapat zuriat.
5) Jangan tinggal solat dhuha,solat hajat serta amalan solat tahajud.
6) Kena Usaha dan berikhtiar serta sentiasa berDOA agar dikurniakan zuriat.

Ustazah juga menyatakan jangan kita bersedih jika belum dikurniakan zuriat kerana Allah bersama kita. Rasulullah s.a.w pun pernah berkata yang pasangan yang tidak memiliki zuriat, baginda sendiri yang menunggu kita di pintu syurga di akhirat kelak. Selain itu, bersyukurlah andai kata kita meninggal tanpa memiliki zuriat, kita tidak akan dihisab atas dosa-dosa kegagalan mendidik anak berbanding pasangan yang ada anak tapi gagal mendidik anak mereka dengan baik. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. menitis air mata saya saat mendengar bicara tersebut. Ya Allah redhai aku...tetapkan hatiku agar sentiasa yakin dengan setiap perancangan yang telah direncana oleh Mu...Aaminnn.....

Tuesday 24 March 2015

Perkhabaran sedih

Entri ni bukan mengenai diri ini tetapi mengenai kenalan whatssapp saya. Hari ni baru sempat on whatsapp dan beribu mesej yang masuk. Paling menjadi tumpuan semestinya membaca mesej dari group whatsapp rakan ttc.. Jika sebelum ni banyak perkhabaran gembira diterima dari rakan-rakan yang menjalani rawatan ivf dan berjaya pregnant, tetapi hari ni sebaliknya...ada dua perkhabaran sedih diterima. Sorang kenalan whatsapp gagal dalam percubaan ivf pertamanya. Manakala seorang lagi gagal pada percubaan ivf kedua dimana rawatannya terhenti pada proses ovum pick up /opu tanpa sempat melalui proses embrio transfer disebabkan pada saat opu hanya kantung telur yang ada dan besar tanpa sebarang telur didalamnya. Maksudnya, walau menggunakan dos ubat yang tinggi serta jangkamasa suntikan untuk proses meransang pengeluaran telur yang lama, namun telur x dihasilkan dalam ovarinya dan yang ada hanya kantung telur sahaja. Untuk info, semasa tvs sebelum opu, doc hanya mampu mengesan kantung telur@ folikel. Hanya semasa opu barulah doc dapat kesan kantung telur tersebut sama ada mengandungi telur atau tidak. Dan apa yang tambah menyedihkan lagi apabila mengetahui kejadian yang sama berlaku semasa percubaan ivf pertamanya. Rawatan ivf pertamanya juga terhenti setakat proses opu sahaja.Allahurabbi....saya yang mendengar tumpang bersedih dengar berita ini. Bayangkan masa opu dahlah kita mengharungi prosedure bius dan sesetengahnya pula menanggung kesakitan kesan selepas daripada  proses sedut telur/opu tersebut dan end up tiada telur yang dapat diambil..Saya yang menulis entri ni pun hati rasa sebak je mengenangkan keadaan dirinya, apatah lagi empunya badan yang mengalaminya, pastinya kesedihan itu berganda-ganda. Sebelum ni tak pernah terlintas dalam fikiran kes seperti ni wujud.
Ya Allah...tabahkan hati sahabatku itu. Sememangnya benar, dalam kita merancang ...Allah juga merancang dan merencana sesuatu untuk kita dan ingatlah Allah itulah sebaik-baik perancang. Peringatan untuk diri juga agar dapat tabah menerima segala keputusan samada positif @ negatif selepas melakukan fet nanti.

Thursday 19 March 2015

Ubat-ubatan dan supplemen #fet#

Hari ni saya akan update tentang ubat-ubatan yang akan saya guna sepanjang fet serta supplemen yang diambil untuk persediaan fet.

Ubat-ubatan untuk  FET
Penggunaan ubat sewaktu fet adalah  tak sebanyak sewaktu melakukan fresh ivf. Untuk fet kali ni doc A mengarahkan saya untuk menggunakan ubat seperti berikut:

1) Orgalutron (7 suntikan = RM 1260) ~  untuk suntikan selama 7 hari bermula pada D1@D2  period

2) Progynova 2mg (2 kotak )  ~ untuk dimakan sebiji 3x sehari bermula dari hari sama penggunaan         Orgalutron

3) Femoston (merah sahaja) (4 kotak)    ~ sebiji 3x sehari untuk di insert ke dalam vagina apabila           period hampir  kering.

4)  Utrogestan (4 kotak = RM280  dan  akan diteruskan penggunaannya sehingga minggu 11@13            sekiranya mengandung) ~ Untuk di insert ke dalam vagina selepas frozen embrio    transfer. 

                                                                       
5)   Proluton (5 suntikan)  ~ Suntikan kuatkan rahim selepas frozen embrio transfer

________________________________________________________

Dibawah pula ialah antara supplemen yang saya amalkan 3 bulan sebelum prosedure fet sehingga sekarang. 


Supplemen yang dimakan

1) Jigsaw untuk alkalikan badan

2) Kalsium ~  (jangan lebih 600mg sehari)

3) Multivitamin

4) Vit C 500mg ~ (cari yang jenis ascorbate kerana lebih beralkali dan bukannya jenis ascorbic sebab      bila ascorbic akan menjadikan badan lebih berasid nanti penyakit lain pula yang muncul)

5) Vitamin D3,1000iu ~ disyorkan melakukan ujiaan vit D terlebih dahulu sebelum mengambilnya

6)  Asid Folik 5 mg

Diharapkan entri ini dapat membantu sahabat-sahabat TTC yang lain dalam membuat persediaan samada untuk iui/ivf @ fet nanti. Apapun ini adalah sebahagian usaha sahaja. Yang menjadikan kita sihat dan menentukan kejayaan atau kegagalan usaha kita semuanya dari Dia. Moga Allah merahmati segala usaha kita. Insyaallah...Jazakallahhukhairan...












Saturday 14 March 2015

Temujanji doc2 #fet#

13/3/2015 ~ (day17)

Jumaat hari tu merupakan  temujanji kedua saya dengan doc A. Alhamdulillah, result vit D  telah saya perolehi dengan bacaannya ialah 78 meningkat sedikit berbanding dulu yang bacaannya 65. Mungkin hasil daripada pengambilan suplemen vit D 1000 iu secara istiqamah sebiji sehari sejak bulan 12 lagi.Syukur Ya Allah..sebelum ni asyik dok risau je takut bacaan tahap vit D rendah. Yelah, kalau rendah x dapatlah saya proceed prosedure fet next month. Kawan2 segroup whatsapp saya ada juga yang x dapat proceed fet sebab bacaan vit D rendah. Mereka terpaksa makan supplemen vit D dengan dos tinggi untuk naikkan bacaan vit D dalam badan. Bila bacaan dah ok baru doc nak teruskan treatment. Doc A pun kelihatan gembira dengan peningkatan result tersebut. Tapi menurut doc A dia lebih suka jika bacaan tahap vit D saya melebihi 100. So, untuk korang yang bercadang untuk pregnant dan sedang dalam rawatan sama ada iui @ ivf ,jangan lupa check tahap vit D dalam badan anda. Kalo x cukup cepat2 makan supplemen yea. Vit D ni penting untuk perlekatan embrio. Walaupun  cuaca di Malaysia ni panas, tapi mungkin sebab faktor pemakaian kita serta keadaan kita yang bekerja di pejabat menyebabkan badan kita x dapat absorb vit D secukupnya .

Ni rujukan tuk bacaan vit D :
Kurang 50 ~ deficiency
        50-74 ~ insufficiency
       75-250~ sufficiency
Lebih  250 ~ toxicity

Tvs juga dilakukan pada hari tersebut. Alhamdulillah juga kerana ketebalan rahim yang saya risaukan sebelum ni dah meningkat dari 5mm ke 9.5mm. Doc juga dapat kesan pada ovari kanan saya terdapat sebiji telur yang besar. Dan  dari ujian opk yang positif ternyata hari tersebut ialah hari subur saya. Hurm kalaulah tiub saya tidak bermasalah, chances nak preggy tinggi tu. Tak payahlah saya nak hadap fet ni.huhu..
Dengan segalanya ok pada badan saya, maka alhamdulillah saya boleh proceed fet insyaallah bulan depan...yeayyyyyy :-)Tak sabar nak jupe anak sejuk beku umi (my frozen embrio)... Ya Allah, Moga my baby sihat, selamat dan berjaya menempel selama 9 bulan 10 hari dalam rahim ini semasa frozen embrio transfer nanti.Doa-doakan saya tau .Moga Allah mengasihani saya dan beri peluang untuk saya merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat sendiri untuk suami.Sebenarnya dalam happy, nervous tetap ada T-T..

Kos :
Consultation & assesment.            = rm105
                                      Tvs.              = rm105
                                    Admin fee.    =rm 5
femoston 4box + progynova 2box =rm360
                                                            ---------------
                                                Total  = rm575

Thursday 12 March 2015

I'm back PHKL~Temujanji doc #fet#

9/3/2015 ~ day13

Temujanji pertama setelah berbulan-bulan x jumpa doktor sejak kegagalan ivf kedua bulan 5 taun lepas. Macam biasa,sesi pertemuan dengan doktor diselangi dengan sesi consultation + tvs. Melalui pertemuan kali ni, saya bagitahu doktor tuk cuba skali lagi melalui prosedure frozen embrio transfer memandangkan saya masih ada satu frozen embrio dari ivf taun lepas. Dari tvs yang dilakukan oleh doktor, segalanya kelihatan ok kecuali ketebalan dinding rahim(endometrium thicknes/et) kurang memuaskan cuma 5mm sahaja walaupun dah day13. Ketebalan dinding rahim ni penting untuk perlekatan embrio. Doc A meminta saya datang smula ke klinik pada hari Jumaat untuk memantau ketebalan dinding rahim tersebut. Kalau x menebal seperti yang dikehendaki, saya akan diminta untuk mengambil ubat khusus untuk menebalkan dinding rahim tersebut.. Oh ya, memandangkan test vit d saya dah x valid sebab dah lama, saya diminta untuk melakukan test vit D ulangan. Jadi kita nantikan result vit d tersebut jumaat ni yea..k bye .....

KOS
        consult - rm105
               Tvs - rm 105
      Vit D test - rm 120
    Admin fee - rm 5
----------------------------------
          Total : rm 335

Selingan jap... Saat entri ni ditulis, hati saya berbunga gembira . Gembira sebab dapat perkhabaran positif lagi dari rakan segroup whatsapp yg berjaya preggy melalui percubaan ivf keduanya.. Alhamdulillah..nikmat Tuhan mana yang mahu kita dustakan..perkhabaran indah sebegini umpama menyuntik aura positif dalam diri ini. Dapat saya rasakan tahun ni adalah tahun bertuah insan ttc seperti kami sementelah pula dah 5 orang preggy melalui ivf sebagai pembuka tirai 2015 ni.. Syukur Ya Allah..  Moga aura positif ni terus tersebar pada saya dan yang lain2... Insyaallah....pada yg baru baca blog saya dan berminat untuk join group whatsapp ivf kami, boleh tinggalkan no phone anda pada entri saya berkenaan whatsapp ivf yg lepas..ok bye..