Thursday 27 November 2014

Gurauan sadis

Hurm...semalam jalan2 dengan En.Somi kat Alamanda. Puas meronda, En. Somi ajak gi beli donut kat big apple sebab dah lama x makan. On da way ke big apple tu terserempak dengan pasangan suami isteri yang sedang tolak troli barang Aeon dimana didalamnya ada 3 orang anak mereka yang masih kecil dan si isteri pula berjalan disebelah dengan perut nampak memboyot, tanda preggy lagi. Somi saya tunjuk suh saya tengok gelagat mereka dan secara spontan  terkeluar ayat dari bibirnya. " bestkan"...sambil mata melirik kepada keluarga tersebut. Gulp, automatik saya menelan liur. Faham sangat dengan ayat tu..best sebab tengok keluarga tu bahagia bersama dengan kehadiran anak2 mereka yang berderet tu. Masa tu perasaan saya terus berubah. Rasa sedih sangat dan rasa bersalah pula sebab masih belum mampu melahirkan zuriat sendiri untuk suami. Waktu tu juga mata saya dah mula panas dan air mata mula bergenang. Untuk selamatkan keadaan saya cakap dengan suara perlahan." Mmm...biarlah...dah rezki mereka..". Sekali somi saya pula menjawab, "abang pun ada rezki juga". Lepas tu ayatnya tergantung di situ je...Dengar je somi saya cakap macam tu, air mata yang bergenang tadi terus tumpah mengalir di kedua-dua belah pipi saya. Saya menangis sebab mana mungkin, kerana disaat ini seorang zuriat pun saya masih belum mampu lahirkan untuk dirinya. Rasa kerdil sangat jika nak dibandingkan dengan perempuan tadi. Terus saya berjalan menjarakkan diri dari somi dan dengan perlahan menyapu air mata yang jatuh dipipi. Saya tahu dia pun x perasan saya nangis dan x sedar kata2nya sedikit sebanyak menghiris emosi saya. Sebab tu saya jadikan tajuk entry kali ni gurauan sadis..Emosionalkah saya? Salahkah saya beremosi sebegini? Hurm..ntahlah, sekarang ni, jika orang lain yang bercakap isu anak depan saya, saya dah xde nak berapa sentap sangat. Tapi kalo somi sendiri yang sebut isu anak depan saya terus perasaan tu jadi lain,rasa sensitif dan sedih je. T_T

Monday 10 November 2014

Puisi Sepi

Tengah kemas-kemas terjumpa semula coretan puisi ni yang saya tulis pada sehelai kertas. Kertas yang dulunya elok, sekarang dah jadi koyak rabak tapi masih boleh dibaca catatannya. Dah lama sebenarnya saya tulis puisi ni, rasanya dalam tahun 2010. Masa tu zaman kemurungan dan sensitif tahap gaban bila orang tanya dan keluarkan isu bila nak ada anak. Saya masih ingat puisi ni saya tulis waktu berseorangan kat rumah sambil menangis teruk tersedu-sedu sendiri hingga masih ada kesan air mata yang jatuh pada kertas tu . Jadi, bila terjumpa balik catatan ni rasa terpanggil nak berkongsi puisi ni kt blog .Puisi ni x bertajuk, jadi saya letak tajuknya "Puisi Sepi" layankan jelah.. ;-)


"Puisi Sepi"


Menanti dan terus menanti, "kehadirannya" yang masih tidak kunjung tiba.
Dimana salahku? apa silapku? apa yang tidak kena dengan diriku?
 hingga ke saat ini, diri ini masih begini,
Sendiri.....hanya bertemankan suami.

Ya Tuhan...
Hingga ke saat ini aku masih menanti...
mengharap belas kasihmu,
mengurniakan kami zuriat ,
buat penyeri rumah tangga kami.

Selama ini, 
ku cuba tabahkan hati, berpura-pura gembira,
tapi...hanya Tuhan yang tahu, jauh disudut hati ini teramat sunyi.., sepi.....
mengharapkan kehadiran tangisan dan gelak tawa,
 insan yang bergelar permata hati.

Suamiku...
Menyesalkah engkau mengahwini diriku?
Diri yang masih belum mampu melahirkan zuriat untuk dirimu...
Tahukah dirimu?, disudut hati ini, terselit bimbang dan ragu,
bimbang dirimu beralihkasih dan membuang diriku

Tuhanku...
Mengapa diriku diuji sebegini?
Berapa lama lagi aku harus terus menanti?
Hanya padaMu ku berserah..
Ku percaya ada hikmah diatas semua yang berlaku.
Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki...semua ditanganMu
siapalah aku untuk mempersoalkan ketentuanMu....