Friday 22 November 2013

2 weeks wait (2ww)

22/11/2013(hari pertama selepas et)
Hari ni kul 11.30 tengahari dah boleh discharge dh.Selesai je urusan kuar wad,En.Somi g amik kereta manakala nurse membantu menolak aku ngn kerusi roda ke tempat menunggu.Nak minimakan pergerakan kenelah naik kerusi roda.Lepas tu bila keta En Somi dtg,aku pun naiklh keta.Tempat duduk dalam keta  tu En.Somi dah siap2 lapik ngn toto tebal dan bantal.Maklumlh nak balik jauh & elakkan gegaran katanya.Yelah dari Phkl ke umah aku adalah lebih kurang sejam perjalanan gak.En.Somi  drive keta agak slow brbanding biasa serta memandu dengan berhemah.Kalo boleh x nk langgar lubang n bumper.Maklumlah arini kn baru hari pertama selepas et.sebarang gegaran yg berlaku takut mengganggu penempelan embrio.Lps tu bila sampai rumah je aku terus bedrest jelah n bangun bila perlu sahaja.

23/11/2013 (hari ke-2 selepas et)
Malam tadi x lena tdo dh mula sakit2 belakang.Agaknya sbb lama sgt trbaring je.Nak tdo ngiring belah kiri bontot plak sakit kesan injection proluton sblm et aritu.Ngiring belah kanan pn x selesa gak.Last2 aku baring terlentang sambil mata terkebil-kebil dlm gelap.Sempat tgk jam kt hp.aiseh kul 3.00 pagi beb.Dalam hati berbisik ni kalo x kna bedrest bgs bgn tahajud ni.Mm...last2 berzikir jelah dalam hati sampailh tertdo semula..arini gak prasan kadang2 rasa cam sakit nyucuk kt area perut aku.berdenyut pun ye.masa rasa tu memang sakit btllah.tp x slalu.kdg2 je...harap2 simptom tu petanda baik buat aku..Moga2 tu tanda2 embrio2 aku tgh cari port untuk menempel dalam rahim ni.Aminnn

24/11/2013 (hari ke-3 selepas et)
Arini buat pertama kali selepas blk dr hospital pas et baru kuar dari sarang.Kuar pn kejap je.Gi klinik dpn umh tuk amik injection proluton tuk kuatkan rahim.Proluton ni injectionnya sakit skit sbb oil base.Tu yg kena doktor yg injek.Tapi mcm biasa, bagi aku injek proluton ni x sakit pn masa kna injek.Tapi kesannya sehari dua pas tulah.Siaplah nnt sure x blh ngiring belah tempat yg kna injek tu.huhu..Simptom arini perut rasa x selesa.cam cramp2 skit cam org nk senggugut pn ada.Harap2 proses penempelan yg berlaku.Malam tadi pn kul 4 lebih terjaga dari tidur sebab sakit belakang.En.Somi yang terjaga terdengar aku mengaduh membantu mengurut lembut pinggangku.Tq  bang...
Masa dalam tempoh 2ww ni merasalh layanan bak puteri raja.keje aku bedrest je memanjang.Bangun pun jika nak ke tandas n makan je.Solat pn sambil duduk atas kerusi sebab x nak bagi tekanan pada perut.Masak2 sume En.Somi yang buat.Tak sangka jugak ada bakat masak yang terpendam somi aku ni.Pagi tadi goreng bihun tuk aku.Sedap gak cuma termasin skit je.Ni tengahari dia baru pas masak telur masak kicap, sawi goreng + salmon bakar.Boleh tahannnn.... ;)
Ni gambar lauk yang En.Somi masak tengahari tadi.



25/11/2013 (hari ke-4 selepas et)
Rasa nyucuk2 sebelah kanan perut secara on off.

 26/11/2013(hari ke-5 selepas et)
 Arini simptom menyucuk tu makin kerap dirasai.Tapi rasa dua2 belah kanan & kiri perut secara on off.Arini gak dapat whatsapp dari membe yg same date buat et aritu.Dia dh buat blood test awal semalam tuk pantau ohss @ ovary hyper stimulation.Alang2 doc check level bhcg dia skali.Pagi td dia ckp doc msg bagitahu progestrone level dia cantik dgn bhcg bacaan 8.Esok kalo bacaan bhcgnya meninggi dari sebelum tu, confirm dia pregnant.So,esok doc suh dia wat bloodtest lg.Seronok mendengarnya.Harap2 ada good news tuk aku dan dia.Haih.. lambat plak nak nunggu jumaat 29/11 ni menjelma..aku punya bloodtest jumaat ni.Ya Allah berilah peluang untuk aku merasai nikmat mengandung menerusi ivf kali ini Ya Allah....

27/11/2011(hari ke-6 selepas et)
Arini kena kuar sarang lagi untuk injek proluton di klinik berhampiran.Simptom?sama, masih sakit yang menyucuk/berdenyut di bahagian perut.Tapi arini kerap belah kanan.Ditambah lak dengan sakit bontot belah kiri bekas injection kt klinik tadi.Cam pakej plak sakitnya hingga membuatkan air mata ini mengalir.Dalam hati berbisik,Ya Allah jika permulaan kesakitan yang kau beri tapi penghujungnya kemanisan yang ku dapat, aku rela Ya Allah...Tadi gak dapat whatsapp dari membe yang sama semalam.Dia ckp doc msg keputusan bacaan bhcg nya meningkat dari 8 ke 28.Maksudnya dia PREGNANT! Alhamdulillah, tumpang gembira untuknya.Memang dalam setiap kali pas solat namanya turut aku selitkan dalam doaku untuk sama2 berjaya dalam ivf ini.Jadi,tinggallah aku yang masih tertanya2 diri ni mengandung ke x?apapun kena tunggu blood test jumaat nanti...sabarrrr Ieda....!

Thursday 21 November 2013

Hari yang dinanti (Embrio transfer)

21/11/2013
Alhamdulillah... syukur pada Mu Ya Allah...tika dan saat ini prosedure embrio transfer (et) ku baru je selesai...Allah permudahkan segala urusan et  ku hari ini berkat dari doa semua.Sekarang,sedang terbaring di katil yang sama,bilik yang sama serta wad yang sama semasa opu aritu.
Mengimbau kembali saat di bilik ot semasa et dijalankan...saat aku dan En Somi dipertontonkan dengan visual cinta hati kami yang masih berbentuk embrio dan blastocyst..pantas air mata ini bergenang.Subhanallah..cantik sekali ciptaan mu. Daripada 6 telur,1 yang mampu survive ke tahap blastosyct dan 1 lagi dalam bentuk morula . Gynea ku memasukkan kedua-duanya ke dalam rahim ini.Besar harapan kami jika tidak dua,moga2 satu pun jadilah yang kuat dan dapat menempel dalam rahim ini selama 9 bulan 10 hari..Ummi tunggu saat itu tiba duhai  anak....
Untuk pengetahuan semua, et dilakukan disaat pundi kencing kita penuh dengan bantuan ultrasound.Ini bermakna sejam sebelum prosedure dibuat, kita akan dikehendaki minum air secukupnya. Untuk kes aku, nurse bagitahu aku kes ke 3 dan akan dibuat pada kul 1.30 tengahari.Jadi kul 12.30 aku kosongkan dulu pundi kencing.lepas tu baru minum 4 cwn air(cwn polistrine)  dan baring menunggu giliran.Malangnya kul 1.30 baru nk mula kes ke2.Aku yg dh full bladder ni x tahan nk terkucil,terus ke bilik air buang air dulu dan pastu cepat2 topup minum 2 cwn air semula.Kul 2.10 gesaan nk terkucil datang lagi.alamak!...baru je berkira-kira nak ke toilet buang air kecil,skali nurse datang minta aku ke bilik prosedur ivf untuk proses et.fuhhh!nasib baik x buang air kecil td.kalo x masalah besar plak nnt....
Sampai di bilik prosedur ivf,En Somi diminta untuk menukar baju dan seterusnya memakai baju yang ditetapkan untuk masuk ke bilik prosedur ivf.Masuk je bilik tersebut doktor dan embriologist menunjukkan kepada kami hasil persenyawaan telurku dan sperm En.Somi  yg telah menjadi blastocyst serta termasuklh visual ovum yang x jadi.Usai sesi penerangan,aku diminta untuk baring diatas tempat prosedure dengan kaki dikangkang luas dan diletakkan di atas tempat dipasang khas.Bolehlh bayangkan baring sebijik cam orang nak bersalin tulah. Mujurlah En Somi berpeluang melihat segala proses ini dari awal hingga ke akhir.Dia setia disisiku dengan memegang erat tangan ku untuk memberi kekuatan sambil berselawat dan berzikir.Waktu tu hilang rasa malu biarpun ramai nurse yang ada turut sama membantu doktor dan melihat semasa prosedure et dibuat.Entahlah,perasaan ku pada waktu itu lebih kepada rasa sayu+sebak macam x percaya n x sangka lak perjuangan kami untuk mendapat zuriat sendiri ni boleh sampai ke tahap ivf.Sebelum ni hanya dengar dari tv dan rakan je tentang ivf tapi bila diri sendiri yang mengalaminya, perasaan tu lain sangat..Allahurabbi...Saat  doktor membaca bismillah dan turut meminta aku dan En Somi berbuat demikian dan memaklumkan dia akan memasukkan embrio kami ke dalam rahim ini sekarang,dalam x sedar air mata ini mengalir sambil mulut ini tidak putus2 berselawat dan berzikir.Saat itu, aku turut merasa tangan ini digenggam erat oleh En.Somi.Aku pasti dia berkongsi rasa yang sama denganku saat itu...so touching...
Prosedure et tu x lama..dalam setengah jam je.Bila selesai, doktor membantu mengosongkan pundi kencingku yang tersangat penuh tu dengan peralatan khas.Kemudian aku disorong kembali ke wad. Maka saat itu bermulalah saat 2 weekswait (2ww) ku.lepas ni nk kena banyakkan bedrest n  kurangkan pergerakan dah..Aku hanya bermalam sehari je di wad n keesokkannya tengahari dah discharge.
Total payment b4 dischare : RM 1900


Ni gambar En.Somi. Sempat lak dia posing lps abis et..dh cam doktor plak somi aku ni ;)

Tuesday 19 November 2013

Dah dapat tarikh et

19/11/2013
Alhamdulillah....Baru je call klinik n diberitahu confirm tarikh utk et aku pada hari esok,Rabu 20/11/2013. Pelbagai rasa dirasai.Teruja+risau+syahdu & macam2 lagilah...Teruja sebab esok buat kali pertama aku dan En.Somi akan dapat melihat cinta hati kami dalam bentuk embrio.Risau sebab x tahu mcm mana perjalanan prosedure et tu & syahdu bila tadi sempat msg family suh tolong doakan agar et aku berjaya.Ya Allah,permudahkanlh perjalanan urusan ivf kami.Berikanlh kami peluang untuk bergelar ummi dan abi kepada zuriat kami sendiri..Aminnn

Et Ditangguhkan...
20/11/2013
Disaat hati  dan minda bersedia tuk proses Et hari ni,sekali dapat call dari Phkl, Et ditangguhkn ke hari esok.Risau plak.Tertanya-tanya sendiri knape?telurku x dpt jd blastocyst kah?Mmmm...bila perbualan telefon ditamatkn pantas jari jemari membuka encik google tuk cari maklumat tentang et n blastocyst.Mujur gak dalam internet bgtahu ovum akan bertukar jd blastocyst dalam tempoh 5-6 hari..Lega skit...Apapun semoga x de sebarang perkara buruk yang akan berlaku dan besar harapanku dan En Somi semoga Allah berikan kejayaan dalam ivf kami ini...Aminnn...

Malam sebelum Et
7.30 mlm
Macam biasa,rutin solat maghrib berimamkan En.Somi.Alhamdulillah kami masih dpt istiqamah solat berjemaah untuk setiap solat fardhu.Usai solat seperti biasa aku mencium tangan En. Somi mohon ampun dan maaf dan En.Somi akan membalas dengan memberi kucupan padaku.Entah kenapa malam ni terasa kelainannya.Syahdu sangat..dada pun rasa berat..ada sebak disitu...Entah kenapa air mata ni mengalir deras.Terbayang bagaimanalah  saat Et esok dan nasib diri ini untuk mengharungi tempoh getir 2weeks wait(2ww) dan saat menunggu keputusan yg akan mnentukan aku pregnant @ tidak.Aku meluahkan isi hati pada En.Somi.Semua persoalan tentang bagaimana timbul seperti bagaimana jika ivf kami gagal?maksudnya aku gagal mengandung?bagaimana kami nak cari duit lagi jika kami terpaksa ulang semua proses ivf ni semula?bagaimana jika atas alasan tidak dpt melahirkan zuriat ini En.Somi akan beralih arah mencari pengganti diri ini?..huhu....sedih...x tahulh mengapa persoalan ni timbul di benak ini malam ni.Nasiblah En Somi memahami situasiku dan terus memeluk dan menenangkan diri ini.Sempat aku menyuruh suamiku berjanji..berjanji yang dia akan redha menerima walau apapun keputusan ivf kami nanti...berjanji yang dia akan tetap bersamaku berusaha lagi utk next ivf jika yg pertama ni tidak berjaya.nauzubillah.....dan berjanji yang dia takkan menduakan diri ini tanpa pengetahuanku.(walau dlm hati sedikit ragu sbb org ckp lelaki ni x blh percaya sgt.huhu...sori abg meraguimu tp tika dan saat ini aku 100% pasti kasihmu masih utkku seorg..... )

Saturday 16 November 2013

result Opu

17/11/2013
Arini tengahahri dapat msg dari Doc Cantik, gynea aku.. Msg doc berbunyi begini [6 telur-4 matang, 1 x matang,1 x normal].Embriologist dah buat icsi pada 4 telur. 2 jadi embrio dan 2 lagi masih belum jadi embrio. Isnin aku kena call pembantu doktor untuk tahu result seterusnya....Ya Allah...Alhamdulillah...syukur pada mu Ya Allah..Maksudnya sekarang confirm aku dah ada 2 embrio.Harap2 yang lagi 2 tu pun dapat berkembang jadi embrio n dapat berkembang sampai tahap blastocyst...Mulai arini aku kena tingkatkan lagi doa n x lupa juga sedekahkan alfatihah untuk embrio2 ku agar dapat bertahan hingga ke peringkat blastocyst dan dapat menempel di dalam rahimku selama 9 bulan 10 hari...aminnnn...Ya  Khaliq, Ya Bari, Ya Musowwir perkenankanlah doa hambamu ini untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat sendiri untuk suamiku...amin....

sehari selepas OPU

16/11/2013

Malam tadi lepas discharge wad, on d way balik, aku suh somi berenti kt kedai makan  kt area dengkil sebab aku pn nk makan. Sian gak kt En Somi,dia seharian x makan gak dok menemankan aku. Aku order nasi goreng kampung.En Somi plak order nasi goreng pataya dengan tomyam..Walaupun masakan kt kedai tu sedap,aku makan macam orang xde perasaan je sebab  masih rasa sedikit sakit + sengal2 kiri dan kanan perut kesan Opu tu. Abis je makan masa nk ke kereta baru trprasan aku pakai selipar pun terbalik.Sebelah warna hitam sebelah oren..lawak plak rasa..patutlah kt kedai tadi cam trprasan ada orang dok pandang2 je..gelakkan akulah tu kot...ieda...ieda...nasiblah.. korang bukan tahu apa yg aku lalui arini sampai aku jd camni.huhu....Sampai umah kul 11 lebih. aku terus tertido kt ruang tamu. Somi ajak masuk tido dalam bilik pun aku wat x tahu je. Sedar2 kul 5 pagi baru terbangun..Apa lagi cepat2 aku mandi n solat isyak.

Arini plak badan rasa lesu n mengantuk sepanjang hari. Rasa mamai je.Kesan ubat bius lh ni kot.Aku tdo & tdo je sepanjang hari. Nasiblah En. Somi memahami. Untuk breakfast dibelinya roti canai untuk aku..pas makan aku sambung tdo lagi hokeh..bangun pun dh tengahari.Masa tu En.Somi dh siap msk cara dialah..masakkan salmon untuk aku..Tq..bang ;).. Untuk harini kesan opu dah berkurang sebab makan ubat tahan sakit gak.Aku boleh jalan pelan2 dah...harap sok lusa sakitnya lagi berkuranglah....

Wednesday 13 November 2013

Ovum Pick Up (opu)

Ok...entry kali ni nk citer pasal opu @ aka ovum pick up.Hmmmm...opu aku dijadualkan pada ptg Jumaat yg barakah,15/11/2013 pukul 3.30 petang..Opu ni dibuat masa keadaan kita x sedar. Maksudnya kita akan dibius penuh dan telur kita akan disedut dari bawah (vagina)...Jadi, sebelum opu memang kita kena puasa dululah. Untuk itu arini Khamis 14/11/2013 bermula kul 6.00 petang aku hanya akan dibenarkan minum air sahaja. Minum pun setakat air masak, ribena atau sirap je. Air yang berkeladak macam milo atau susu pun x boleh minum sebab boleh membentuk najis. Pukul 10 malam ni lak kena makan 2 biji pil dulcolax untuk proses membuang (cuci usus). Last minum adalah pagi jumaat kul 7.00 pagi..Lepas kul 7.00 pagi Jumaat tu aku tak dibenar makan dan minum lagi  hinggalah tiba saat OPU.Mmm nebes ni...k nnt update lagi k..

15/11/2013
Hari yang ditunggu telah pun tiba..Arini aku dijadualkan untuk menjalani prosedure Opu.Kami perlu admit wad sebelum pukul 12 tengahari. Jadi kami bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi dan sampai di Phkl dalam pukul 11.15. Masa dalam perjalanan ke hospital, aku sempat call mak suh tolong doakan moga prosedure aku ni berjalan lancar.Time tu rasa syahdu je hati sebab walaupun keadaan  mak yang x berapa sihat,mak sempat lagi cakap yang mak sentiasa doakan aku..waktu tu juga sempat sembang dengan abang chik ku yang baru pulang dari haji. Abang aku pun cakap masa dia kt Mekah dengan Raudhah dia selalu doakan aku dan En.Somi moga urusan kami dipermudahkan dan kami cepat dapat zuriat.sebak...T_T....Terima kasih sume yang rajin mendoakan aku ni...huhu...Selepas selesai urusan pendaftaran kemasukan wad, aku dihantar ke wad C2 katil 206. Actually wad ni adalah dalam unit Ivf gak. Masa kat wad, nurse bagitahu yang  katil sebelah aku pun akan menjalani prosedure Opu awal sejam dari aku..Ok...thats good..adalah gak kawan tuk tukar2 pengalaman lps ni. Dalam kepala otak aku dah merancang nak mintak no phone membe katil sebelah nanti..




Ni antara gambar kenangan masa time Opu aritu. Sempat posing lagi tu.huhu...

Okeh sambung citer Opu lagi..12 .30 lebih aku dah suh En.Somi turun bawah bersiap2 untuk solat Jumaat..Pukul 1.15 masuk je waktu zohor,cepat2 aku ke bilik air untuk ambil wuduk dan menunaikan kewajipanku solat zohor. Selesai solat sempat solat hajat kejap.Masa dirakaat terakhir terdengar suara pakar bius Doktor Nazri, dah datang melawat katil sebelah. Alamak...awalnya datang..aku pun berdoa seringkas mungkin. Lepas siap solat, aku cepat2 tukar pakai baju macam kat atas tu pastu terus rehat kat katil. Kemudian Doktor Nazri masuk tanya khabar aku n tanya macam2lah. pakai gigi palsu ke x?ada implan gigi ke x?ada pakai lens x? dan macam2 lagilh..biasalah...soalan sebelum prosedure..lepas tu doktor keluar dan bagitahu kul 2 ptg nurse akan datang bagi injection..Kul 2 lebih,seperti yang diberitahu,nurse pun datang  bersedia untuk menginject.Ingat inject kt lengan tapi skali kt bontot daaa...sedikit tersentap badan aku masa nurse tu inject.bukan sebab sakit tapi terkejut masa jarum tu menembusi kulit..huhu..Lepas injection ni aku dah x dibenarkan ke bilik air atau turun dari katil dah.kalo nak ke tandas kena panggil nurse. Masa ni aku cam dah mula rasa ngntuk skit2..kesan ubatlah ni kot..Kemudian En. Somi masuk lepas siap solat Jumaat n x lama lepas tu, dua,tiga org nurse pun datang tuk tolak aku ke bilik prosedure. Nasiblah sebelum tu dah siap2 awal2 lagi salam ngn En. Somi n peluk dia suh tolong doakan moga urusan Opu ku dipermudahkan. Kalo x, malu gak berdrama air mata kt depan nurse tu.hihi...Kemudian nurse tolak aku sampai bilik prosedure.En Somi pun iring aku sampai pintu depan bilik prosedure tu je pastu dia x dibenarkan masuk & tunggu depan bilik je.Masuk je dalam bilik prosedure aku nampak pakar bius,doktor Nazri dah ada kat situ. Doktor Nazri bagitahu yang dia akan masukkan ubat melalui tangan aku.Aku mengangguk je dan dalam hati x putus2 mengucap dan berzikir.Pastu nurse yang ada kat situ suh aku bernafas dengan alat bantuan pernafasan pastu aku pun pengsan x sedar apa dh.........


Dalam kul 4 lebih aku tersedar sebab kesejukkan yang amat dan nampak Doctor Adilah kat hujung katil. Aku dengar Doktor Adilah tanya sakit ke? aku jawab x lah cuma sejuk je.Serius masa tu sejuk gilerrr.Satu badan aku menggigil-gigil..Ingat masa tu belum mula Opu lagi.Kemudian nurse pegi amikkan aku selimut satu lagi n selimutkan aku.Masa ni dalam kepala otak tertanya2 dh Opu ke belum aku ni? Kemudian doc Adilah minta izin nk inject kat perut. Aku nampak dia amik ubat dalam beg yang aku bawa.Oo.. inject ovidrel lh tu kot..Kemudian datang nurse tuk tolak aku semula balik ke wad. Masa ni aku sedar Opu aku dah selesai n sedikit terkilan napelah tadi x tanya doc terus tentang  keputusan Opu aku...huhu


Balik wad, En Somi dah ada kat situ. Dia sempat citer yang dia belum bagi sample (air mani) lagi..Kemudian dia pegi solat asar n aku terus tertido...Aku terjaga kul 6 lebih..Masa tu En Somi masuk n bagitahu baru je lps bagi sample..Ok alhamdulillah..maksudnya sume dh settle...Allah dah permudahkan urusan kami..Kemudian nurse masuk dan suh aku cuba minum n makan sikit. Katanya kalo xde pening n muntah, lepas 2 jam aku dh boleh discharge..Ok, tepat kul 9 aku dh discharge wad...Alhamdulilah...selesai satu bab.pasni nak nunggu result ovum n nak tahu bila tarikh embrio transfer (et) lak. k ada masa aku update lg...tunggu...




Kos untuk harini = RM7800

Tuesday 12 November 2013

Tvs cycle day 12

Pagi ni rutin tvs di spital pantai lagi tuk tgk progress telur.Alhamdulillah..telur2 ku dh membesar seckpnya utk opu n dinding rahim pun dh tebal n cantik.Walaupun telurku x brp byk dimana sebelah kanan 7-8 folikel n belah kiri 3 folikel namun,aku berharap sume telur yg aku hasilkan tu berkualiti..So,doc decide suh aku buat opu pada petang jumaat 15/11/2013 ,pukul 3.30 petang. Petang ni lak dalam 3.30 ptg gak aku kna inject cetriotide dos yg terakhir.Malam ni kul 4.30 pagi lak kena inject suprefact. Arini gak ada tambahan ubat yang nak kena beli. Tapi doc suh beli kt Farmasi AA Bangsar sebab murah skit berbanding jika amik di Pantai. Ini yang aku suka tentang Doc Adilah ni. Dia sedaya upaya akan carikan kita tempat yang boleh kita dapatkan ubat dengan harga yang murah. Bolehlah jimat kos sikit. Dua ubat yg perlu dibeli ialah Dostinex dgn Femoston.Ubat ni adalah untuk cegah OHSS aka "Ovari Hiper Stimulation" selepas opu..Ok update terbaru femoston adalah untuk tebalkan rahim &mayb dostinex tu yg utk cegah OHSS.Walaupun doc ckp telur aku sikit & mungkin takkan kena OHSS tapi doc tetap suh aku beli gak ubat ni untuk pencegahan awal. Agak mahal gak ubat ni...Nanti kalo rajin aku upload gambar ubat dan ongkosnya k.. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan urusan ivf ku ini.Dengan rahmat kasih sayangmu berilah kejayaan dalam ivf kami ini...Aminn.. Ni gambar farmasi AA Bangsar.Lokasinya terletak di bangunan paling hujung belakang pasaraya TMC dan berhampiran restoren mamak.


Ok..dibawah gambar ubat yang beli semalam.Jika anda perasan harga dikotak tu lebih mahal.Tapi disebabkan beli di Farmasi AA Bangsar dapatlah murah skit seperti rega di bawah.

Femoston =  RM53

 Dostinex = RM190

Sunday 10 November 2013

Tvs cycle day 10

11/11/2013 ( cycle day10)
Pagi ni bersiap awal utk ke hospital pantai utk tvs.Sampai hospital dpt giliran no.2..lps nama dipanggil aku msk jupe Doc Cantik.Doc suh baring utk buat tvs.Hasil tvs,ovari belah kiri ada 4 folikel.belah kanan 7-8 folikel...Sgt pelik berbanding tvs sebelum ni dimana belah kiri yg byk folikel n belah kanan cuma ada 4..Apapun aku bersyukur gak kerana belah kanan tu byk folikel sebab td doc ckp masa opu mayb doc hanya akan ambil telurku dari ovari belah kanan sahaja.Ovari belah kiri terlampau byk salur darah disekelilingnya n doc risau jika diambil dari ovari kiri akan mnyebabkan bleeding n merbahaya pada diri aku..Ok next tvs aku kena jupe doc lagi pada hari rabu 13/11..Mm aku percaya semua ini ketentuan Allah...Ya khaliq, Ya Bari,  Ya Musowwir permudahkanlh perjalanan Ivf kami ini...berikanlah kejayaan dalam ivf kami ini...Aminnn...

Saturday 9 November 2013

Senarai ubat untuk Ivf ku serta ongkosnya

Okeh kat bawah ni aku sertakan senarai ubat yang perlu aku guna untuk Ivf ku kali ni...

1) Pergoveris 150 IU/75 IU = 8 kotak x RM 330       = RM 2640



2) Gonal F 50 IU                 = 1 kotak x RM 550       = RM 550




3) Cetrotide                         = 4 kotak x RM 160       = RM 640




4) Ovidrel                            = 1 kotak x RM 140       = RM 140




5) Suprefact                         = 1 kotak x RM 220       = RM 220




6) Ultrogestan                      =  4 kotak x RM 75         = RM 300



TOTAL UBAT SETAKAT HARI NI  = RM 4490 



Wednesday 6 November 2013

Bermulanya episod cucuk-mencucuk

5/11/2013 (period day-4)/( suntikan pertama- S1)
Hari ini bermulanya aktiviti cucuk-mencucuk ke perutku dengan bantuan En. Somi . Untuk pengetahuan semua, aku dibekalkan dengan ubat pergoveris 150IU sebanyak 8 kotak maksudnya untuk disuntik selama 8 hari. Suntikan ni kami tetapkan pada pukul 6 pagi setiap hari.Macam episod iui ku yg lepas, En. Somi akan jadi doktor dan akulah pesakitnya..pergoveris ni leceh skit sebab nak kena bancuh dulu baru boleh suntik....kat bawah ada aku sertakan gambar pergoveris serta alatan untuk aktiviti cucuk-mencucuk...

    
6/11/2013 (period day-5)/(suntikan kedua - S2)
Macam biasa, aku bgn awal arini untuk bersiap sedia menerima suntikan kedua. Arini jugak kena bersiap awal sebab kena pegi jupe Doc Cantik tuk buat TVS(transvagina scan) kt Hospital Pantai Bangsar. Nebes skit coz kena drive sendiri pegi hospital sebab Encik Somi  kena kursus selama 4 hari..bukannya apa,cuma x biasa drive sorang..tulah manja sangatlh kunun..asyik harapkan somi je drive..bila kena drive sendiri baru tau...padan muka aku...huhu apapun dengan lafaz bismillah  dan niat tawakal ke atas Allah aku gerak dari rumah kul 6.30 pagi & selamat sampai di hospital kul 7.15 pagi...alhamdulillah...sampai hospital terus pegi bahagian pendaftaran & tunggu jelah Doc Cantik datang..aku masuk jupe doc bila namaku dipanggil masuk..Masuk je bilik doc,doc tanya serba sedikit tentang period n sebagainya kemudian doc pun suh aku baring untuk tvs.Walaupun baru hari kedua suntikan,doc cakap tvs ni bukan untuk tengok telur tapi nak kira bilangan folikel yang ada pada ovari kiri dan kananku.Hasil tvs belah kiri ada 7-8 folikel tapi belah kanan cuma ada 3-4 folikel sahaja..Doc cakap bilangan folikel belah kanan tu mcm x mencukupi untuk ivf n macam kena tambah dos ubat je..Haihh... dengar je doc cakap mcm tu dlm kepala otak aku dh terbayang brp RM lagilah yg akan melayang kali ni...huhu  bincang2...doc suh aku tambah dos Gonal F (50 Iu) sekotak,pastu kena tambah suprefact n beli ultrogestan sekali.Gonal F tu kena suntik terus arini sekali n suntik tiap2 pagi bersama pergoveris..Mmm macam biasa..ubat kena beli ngn Kak Fauziah kt LPPKN. so sekali lagi dalam berani x berani drive sendiri  gi amik n beli ubat ngn kak Fauziah kt LPPKN nun..apapun arini boleh puji diriku sendiri sebab dah berani drive sendiri masuk KL...syabas Ieda...chaiyuk! chaiyuk :)

7/11/2013 ~ ( Suntikan ketiga- S3)
Period dah abis arini...Mmm semakin pendek plak period aku ni. Selalu dlm 6-7 ari baru abis..ni sbb amik injection bagai atau sbb apa x tahulah..apapun rutin harian diteruskan.Pukul 6 pagi cucuk pergoveris + gonal F dengan bantuan Encik Somi..Akhir2 ni setiap hari aku ingatkan diri sendiri supaya jgn stress.Risau gak kalo stress tu akan menyebabkan pengeluaran telurku berkurang. Tapi nak wat camno,makin akhir tahun semakin banyak plak keje yg perlu diselesaikan.. latihan sukan sekolahlh,uruskan penghantaran buku teks dan siapkan segala kerja bawah kawalan aku sebelum tutup sekolah.Ditambah lagi dengan masalah dok mikirkan kesihatan mak tercinta yg baru discharge wad arini...Harap sume ni x mendatangkan stress pada aku...huhu..

8/11/2013 ~ (Suntikan keempat - S4)  
Rutin cucuk mencucuk berjalan seperti biasa..6 pagi inject pergoveris + Gonal f .Arini x tahulah En Somi tersalah cucuk ke camne..Sakit giler weh masa inject pergoveris tu. Menjerit aku masa kene cucuk tu.Selalu x pernah sakit macam tu..Abis cucuk, tengok merah je kesan bekas cucuk tu kt perut aku.Tapi nasib baiklah x kuar darah.huhu...

9/11/2013 ~ (Suntikan kelima - S5)
Pagi ni kami berdua terlewat bangun dari tdo..Masa bangun tu tengok jam dh kul 6.45 pagi...Ya Allah, nape lh blh x sedar jam bunyi .Apa lagi...menggelabahlah...ubat x cucuk lagi, solat subuh pun belum lagi..nak x nak bergegas siapkan kelengkapan mencucuk jap...selesai aktiviti cucuk mencucuk terus kami bergegas solat..mmm tapi dh kene qada lh sebab waktu syuruk pun dh abis...Ya Allah...ampunilah dosa kami yang  terlambat solat subuh ni...huhu

10/11/2013 ~ (Suntikan keenam -S6)
 Arini blajo menginject diri sendiri sebab En.Somi xde, pegi family day kt PD. okeh, task ini berjaya dilaksanakn oleh ku dgn jayanya..Well done ieda! !! Mlm ni plak dh kena mula inject cetrotide kul 10 mlm.Cetrotide ni gynea aku ckp penting utk elak@cegah telur dr pecah awal sebelum opu.Oleh kerana En Somi dh blk..maka mcm biasa tugas mnginject ni diserahkan padanya.Tapi, serius ckp,sakit weh inject cetrotide ni.Meleleh gaklh air mata tadi masa kna inject sambil mulut dok bristighfar kuat kerana kesakitan.huhu...

 11/11/2013 ~ (Suntikan ketujuh -S7)
Pagi ni injection dibuat pada pkl 6.15 pagi.Kelam- kabut jugak sbb sblm tu aku dok iron baju kami somi isteri.Pagi ni plak kna ke spital tuk tvs lg.(citer tvs blh baca kt post tvs day10) .Malam ni pulak malam kedua inject cetriotide.Masa nk inject tu aku dh siap2 baring kat katil terus.Malas nk bangun n nak terus tidur je tuk elak dari sakit..Alhamdulillah...mlm ni x sakit sgt bila kene inject cetriotide tu..

12/11/2013~ (Suntikan kelapan -S8)
Arini last day untuk injection Pergoveris dgn Gonal F.Harap-harap dos ubat ni cukup untuk membesarkan telur2 ku...Esok,kena pegi hospital lagi untuk tvs terakhir sebelum tarikh opu(ovum pick up) ditentukan...Ya Allah...permudahkanlah perjalan Ivf ku ini....Rabbi yasir Walatuassir Ya Karim.... Amin...   

Monday 4 November 2013

cik P dah mai

Cik "P" dah mai

2/11/2013 (period day 1) ~  2,3 ari sebelumnya dah ada tanda2 perut ku sakit seperti hendak dtg period....maghrib tu plak rasa dh lain mcm..malas nk memikirkan tanda2 tu...aku buat2 rajin mengvakum rumah di mlm hari...bukan setakat vakum..tapi rajin giler siap sapu sawang di setiap sudut siling rumah. En somi plak kesian gamaknya nengok aku wat keje sensorang maka dia pun tlg take over sapu sawang2 tu so memudahkan keje tinggal aku vakum je nnt.Mesti jiran2 aku pelik ngn kami mlm2 buta pn bising sibuk dok vakum rumah...tp...lantaklah...hihi...abis je vakum aku lipat baju skit n trus tertido kt ruang tamu..Aku tersedar dari tido kul 3 pagi...gi toilet nengok2  confirm period dh kuar setelah 4 ari abis mkn norculut (trpaksa mkn norculut tuk turunkan period sbb sejak lps period pertama lps wat laporoscopy hjg tahun 2012 kitar period makin pjg antara 35-40 hari lebih) .Mmmm nmpknya dengan kedatangan period ni kira bermulalah perjalanan ivf pertama kami. Tak sabar menunggu pagi esk menjelma utk msg gynea ku aka
" DocCantik" utk bgtahu tentang kedtgan period ni dan set appointmnt tuk ivf..

Pagi2 besoknya...seawal jam 7.30 pagi aku dh msg Doc Cantik..msg tuk tanya doc bila kna stop mkn progynova?,bla kena dtg scan? & bila kena inject pergoveris?.lps msg doc,ati dok dupdapdupdap nunggu doc reply..kejap2 aku dok belek hp nengok msg...aihhh dh 10.30 pagi pn x reply2 msg aku lg...tdo ke gynea aku ni? sekali...br trprasan kt whatapps aku ada msg msk .bukak2....ler doc reply kt c ni...patutlah x prasang...yelah wifi on off je manjang ptt pn lmbt msg msk...mmm klah..berbalik pada msg doc,aku kna start inject pergoveris pada pagi2 selasa 5/11/2013...dtg scan plak keesokkannya hari rabu..ok sampai c ni dulu..nnt aku update lg k...

" Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalanan  urusan kami untuk mendapat zuriat kami sendiri ,
 Ya Allah..suburkan diriku dan suami...perbanyak dan perelokkanlah telur2ku sesuai dengan prosedure ivfku nanti, berikanlah kejayaan dalam ivf kami nanti...Ya Allah...Engkau kabulkanlah doa kami ini Ya Allah...."
Aminnnnn......